Sebelum adanya pelbagai kemudahan kenderaan pengangkutan, manusia pada suatu masa dahulu ada yang menggunakan keldai untuk mengangkut pelbagai barangan atau sebagai binatang tunggangan.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama seorang anaknya ingin pergi ke suatu tempat dengan menunggang seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Keldai tu dah le kecil. Dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang. Tak ada peri kemanusiaan langsung".
Si bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai. Si bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orang ramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."
Si anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas keldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik keldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."
Mendengar komen itu, si bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anaknya. Keldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada keldai tapi tak mahu naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa keldai!"
Mendengar segala macam rungutan dan ada sahaja yang tak kena dengan apa yang kedua beranak itu lakukan lalu si bapa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan mereka sehingga keesokkan harinya. Mereka dua beranak terus berfikir apakah yang sepatutnya mereka lakukan bagi meneruskan perjalanan mereka sehingga sampai ke destinasi yang dituju tanpa dicemoh oleh orang di jalanan.
Pengajaran:
Hal seumpama inilah yang sering kita hadapi di mana ramai orang yang hanya pandai membuat teguran dengan menyatakan ini salah dan itu tidak betul dengan apa yang orang lain buat sedangkan mereka sendiri pun belum tentu dapat melakukannya dengan sedemikian baik.
Apa pun pandangan yang diberikan, kita tidaklah boleh menerimanya secara melulu sebaliknya perlu membuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan keadaan dan senario yang dihadapi.
Tuesday, November 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment