Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Monday, February 21, 2011

Hikmah Berkaki ayam.

Assalammualaikum!

Dizaman miskin dulu, ramai anak-anak desa berkaki ayam, kecuali untuk ke pekan atau ke sekolah. Ramai yang mengatakan cara berkaki ayam membolehkan pembesaran kaki secara sihat tanpa sekatan. Tapi, apabila sudah kaya, ramai yang melupakan fakta itu malah mula mencemuh mereka yang berkaki ayam di atas alasan tidak hygenic.

 

Ia membuatkan anda berlari dengan lebih baik dan mengelakkan kecederaan.Bukan, ia bukan sepasang kasut berteknologi tinggi keluaran terbaru – ia adalah dengan berlari kaki ayam!

Pandangan tertanya-tanya, reaksi tidak percaya, malah ada yang memerli — Tan Wah Sing sudah melihat dan merasa semua itu.

Yang ingin tahu akan bertanya , “Sakit ke?” Yang skeptik akan berkata, “Apa yang dia cuba buktikan?”

Jurutera berusia 53 tahun ini sudah pun merasa gembira berlari kaki ayam sejak dekad yang lalu. Dia sudah menamatkan 29 larian marathon dan menyertai kira kira 50 perlumbaan setahun. Rekod yang agak baik juga buat seorang pelari rekreasi.

Sejak 2009, industri larian telah disemarakkan lagi dengan debat tentang larian berkaki ayam, terima kasih kepada buku, Born to Run yang ditulis Christopher McDougall yang laris dijual di pasaran.

Setelah menderita kesakitan kaki yang kronik dan dinasihatkan oleh  doktor agar bersara dari arena larian, McDougall memutuskan untuk mempelajari rahsia puak Tarahumara yang tinggal di lembah dalam di negara Mexico.

Puak Tarahumaras terkenal dengan berlari sejauh 100 batu dengan hanya memakai sejenis sandal getah buatan sendiri yang sangat nipis.

McDougall membuat kesimpulan bahawa kasut (running shoes) di zaman moden ini yang dilengkapi dengan alas bantal, kawalan pergerakan dan orthotics, – tidak membantu langsung dalam langkah mengelakkan kecederaan. Kini, bekas korresponden perang Amerika Syarikat ini, telah berlari dalam banyak perlumbaan marathon dengan berkaki ayam dan tanpa sebarang kesakitan.

Berlari kaki ayam bukanlah satu pergerakan atau kempen yang baru dicipta. Berzaman lamanya manusia sudahpun berlari kaki ayam atau dengan memakai sandal yang asas untuk tujuan melindung kaki. Kasut moden hanya mula dicipta sekitar era 1970an. Idola kaki ayam seperti pelari Olimpik, Abele Bikila dari Habsyah dan Zola Budd-Pieterse dari Afrika Selatan telah berlari dan menguasai perlumbaan jarak jauh sekitar era 1960an dan 1980an.

13 tahun yang lalu, penyokong kuat ‘kaki ayam’ berbangsa Amerika iaitu Ken Bob Saxton a. k. a. Barefoot Ken Bob, telah membina laman web (runningbarefoot.org) dan forum pada tahun 2001 untuk tujuan perbincangan dan juga untuk promosi. Sehingga kini, dia sudah mengumpul 2000 ahli – pelari kaki ayam.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kajian-kajian saintifik telah mendedahkan bahawa kasut moden gagal mencapai matlamatnya seperti yang diwar-warkan melalui iklan dan kempen pemasaran yang memakan belanja jutaan dollar.

Walaupun dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi, kasut moden mungkin tidak banyak membantu dalam meningkatkan prestasi larian dan mencegah kecederaan, menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine oleh Dr Craig Richards dari University of Newcastle, Australia (2009).

Kadar kecederaan juga mungkin dua kali ganda lebih tinggi dalam kes kumpulan pelari yang mengenakan kasut moden yang mahal menurut kajian yang dibuat oleh University of Bern, Switzerland ke atas 5,000 peserta larian 16 kilometer.

Jadi, kenapa perlu berkaki ayam? ” Lari kaki ayam menguatkan otot-otot kaki dan menyeimbangkan bahagian depan kaki,” kata seorang pakar orthopedik sains sukan Austria, Dr Karl-Heinz Kristen.

Dr Kristen mula-mula mendalami dan menyelidik tentang berlari kaki ayam apabila beliau menganalisa gaya berjalan kanak-kanak pada tahun 1998.

“Bagi mereka yang membesar dekat dengan persekitaran semulajadi dan boleh berjalan serta berlari dengan berkaki ayam, bahagian tapak kaki mereka akan menjadi lebih terbiasa secara natural terhadap kesakitan dan luka-luka, dengan faktor masa juga.” tambah pakar bedah kaki dan buku lali ini dalam temuramah yang dijalankan melalui e-mel.

“Kaki anda lebih tebal dengan saraf-saraf pengesan (sensory nerves), ia lebih banyak di situ berbanding tangan anda”

Dengan belajar ‘mendengar’ pada kaki kita apabila kita merasa sakit bermakna kita tahu bila kita perlu berhenti dan cuba memperbaiki apa yang silap.

Kajian yang dibuat seawal tahun 1905 mengatakan bahawa berlari kaki ayam di atas tanah adalah yang terbaik untuk pertumbuhan kaki yang sihat, tambah Kristen.

Kajian terkini mengatakan sesiapa yang berlari kaki ayam, atau mengenakan alas yang minimal pada kaki (tanpa alas bantal dan sokongan lain), cenderung untuk mengelak dari membuat pijakan pertama atau pendaratan dengan menggunakan bahagian tumit, tapi memilih untuk mendarat menggunakan bahagian tengah atau depan kaki. Langkah ini dapat membantu mengelakkan impak kerosakan pada kaki mereka.

“Terdapat bukti perubatan yang menyatakan bahawa memijak dengan bahagian depan atau tengah kaki boleh menolong mengelakkan atau mengurangkan risiko berulangnya kecederaan stress pada kaki, terutamanya retak tulang kaki, plantar fasciitis (penyebab biasa kesakitan kaki) dan juga di bahagian lutut pelari” kata Daniel E. Lieberman, professor dalam bidang evolusi biologi manusia di Harvard University.

Walaubagaimanapun, kajian ini tidak mengambilkira jenis kecederaan dari berlari dan tidak membuat kesimpulan bahawa pelari-pelari berkasut lebih kerap mengalami kecederaan.

Tan dan mereka yang sepertinya mula terpikat dengan berlari kaki ayam atas sebab pengalaman peribadi masing-masing.

“Saya biasa menyertai half-marathons dengan memakai kasut dahulu tapi, saya biasa mengalami black toenails yang perlu dicabut setelah menamatkan larian. Ini bermakna saya memerlukan masa yang lama untuk pulih sebelum saya boleh berlumba semula ,” kata Tan, orang Kuantan yang peramah.

Walaupun sudah mencuba semua jenama, dia gagal mencari kasut yang muat dan selesa dengan kakinya.Kemudian, dia terserempak dengan orang-orang yang berjalan kaki ayam di Bukit Pelindung – dan kemudian dia berfikir – “Hey, kenapa saya tidak cuba untuk berkaki ayam sahaja?”

Tan bermula dengan berjalan naik turun bukit sejauh 5 kilometer sekali seminggu. Kemudian, secara berperingkat dia meningkatkan kadar frekuensi rutin ini, diikuti dengan jogging pada kadar perlahan setelah dua bulan.

“Pada mulanya, saya ada juga menerima kesan lecet dan kesakitan pada otot betis. ” akui Tan. Batu-batu kerikil jalan yang tajam juga turut mencalarkan sedikit tapak kaki beliau.

“Ia mengambil masa berbulan-bulan juga untuk membiasakan diri. Saya mendapati saya mula mendarat dengan bahagian depan kaki, bukan tumit, dan saya mengambil langkah-langkah yang lebih kecil, dekat dan dalam rentak yang lebih laju.”

Apabila Tan mendarat dengan tumit, dia kehilangan tenaga dengan lebih cepat. 9 bulan adalah masa yang diambilnya sebelum dia membuat perubahan secara total kepada berlari kaki ayam dalam larian separuh marathon (21 kilometer) dan 2 tahun sebelum dia mula menyertai marathon penuh pertamanya dengan berkaki ayam.

“Berkaki ayam meningkatkan ketahanan saya dan saya tak perlu lagi membawa kasut ke mana-mana” kata Tan sambil tertawa kecil.

Dia berlatih di atas jalan berturap dan berlari secara purata 8 kilometer sehari. Sebagai pelari yang bersemangat waja, dia sering mengambil bahagian dalam perlumbaan di Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Thailand.

Lelah dan kecewa setelah tercedera lagi di bahagian buku lali dan kaki, Su Mei Toh dari Petaling Jaya memikirkan untuk mencuba jalan yang lebih baik untuk berlari dan bebas dari kecederaan.

“Saya menghabiskan masa untuk pulih lebih daripada masa berlari” kata Toh, yang sudah tidak menggunakan kasut untuk berlari sejak 2007.

Dia menjumpai laman web Barefoot Ken Bob’s dan Ted MacDonald’s (a. k. a. Barefoot Ted; www.barefootted.com/). (Barefoot Ted adalah salah satu watak dalam buku McDougall)

“Kedua-dua laman web itu memberikan inspirasi dan bercorak ilmiah” berkata ahli biologi berusia 37 tahun ini. Seperti Tan, Toh juga sudah mencuba pelbagai jenama kasut sukan.

“Kasut-kasut yang saya telah cuba (dengan alas bantal dan sokongan) lebih membuatkan kaki, sendi dan otot -otot saya menjadi lemah’’ kata Toh, yang sudah berlumba dalam acara larian 10, 15 dan 21 kilometer.

Pengalaman awal Toh mengubah haluan kepada berlari kaki ayam penuh dengan cerita kesakitan dan keringat.

“Berlari 200 ke 300 meter mengelilingi blok sahaja sudah boleh membuat kaki saya melecet, kalau saya berkaki ayam juga selepas itu mungkin akan menyebabkan luka pula sebab saya tak begitu sabar menanti kaki saya pulih sepenuhnya.” kata wanita yang penuh dengan semangat gung ho ini.

Ia mengambil masa beberapa bulan sebelum beliau merasa selesa dengan perubahan ini.

“Saya percaya bahawa minda dan tubuh badan saya lambat laun akan biasa dengan perubahan ini. Lagipun, kita semua mula berlari dengan tidak berkasut kan?”

Toh mengambil inisiatif untuk mendapatkan sepasang Huaraches, sandal buatan sendiri yang ringkas, bahagian tapaknya diperbuat dari getah dan tali dari kulit untuk menyokongnya. Beliau menggunakannya sebagai langkah perlindungan apabila dia berlari di tempat yang dia belum merasa biasa.

Kurang dari setahun berlari kaki ayam, Toh telah menamatkan larian 10 kilometer, tanpa sebarang kesan lecet, lenguh, black toenails atau kepenatan di bahagian kaki..

“Saya dah menjangkakan untuk bebas dari kecederaan, tapi saya tak sangka pula akan mendapat nikmat dan keseronokan berlari yang tidak terhingga” ujar Toh, yang turut aktif berenang, berbasikal dan melakukan pendakian.

“Ia juga tentang memahami minda dan tubuh badan anda – dan juga menjadi seorang yang lebih tenang dalam kesedaran dan lebih selari dalam kesempurnaan.”

“Saya melihat berlari kaki ayam sebagai pembelajaran seumur hidup”

Walaupun mendapat liputan meluas oleh media, berlari kaki ayam perlahan-perlahan mengumpul pengikutnya tersendiri namun menurut Tan, di Malaysia, pelari kaki ayam amat sedikit jumlahnya dan boleh dikira dengan jari. Dia pernah juga beberapa kali disapa oleh mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang berkaki ayam.

“Sekiranya anda ingin mencuba, nasihat saya, berhati-hati dan ambil masa untuk menguatkan mana -mana otot yang lemah. Tiada jalan pintas atau formula ajaib, ia memang seratus peratus ke arah melatih, membentuk dan membiasakan keadaan fizikal sendiri” ujar Tan yang sudah menikmati sepuluh tahun berlari bebas dari sebarang kecederaan.

“Ia mungkin berkesan buat seseorang tapi tidak buat yang lain”

Sepertimana yang telah disimpulkan oleh McDougall dalam laman web beliau : “Paling penting sekali, ia bukan debat untuk menyatakan yang mana satu lebih bagus antara berkaki ayam dan berkasut, ia tentang mempelajari cara untuk berlari dengan corak yang lebih lembut dan tersusun. Cuba kuasainya, dan selepas itu, anda boleh memilih untuk memakai apa saja yang anda suka, atau anda juga boleh memilih untuk berkaki ayam,”

No comments: