Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Tuesday, December 27, 2011

Kontroversi, Kemeriahan Industri Perfileman

Assalammualaikum! Penayangan pelbagai judul dan genre filem tempatan di pawagam terus merancakkan arena hiburan tanah air sepanjang 2011. Tahun menyaksikan peningkatan pada jumlah filem yang ditayangkan iaitu 42 buah berbanding 39 pada tahun lalu. Apa yang lebih menarik, industri perfileman turut diwarnai dengan rekod kutipan pecah panggung yang baru, selain rantaian kontroversi yang silih berganti. Jika diselak pada sisi kecemerlangan, kita boleh tumpang gembira dengan kejayaan memberangsangkan oleh tiga filem yang mencatat kutipan tertinggi bagi 2011 iaitu KL Gangster dengan RM11.74juta, Ombak Rindu (RM11.05j) dan Hantu Bonceng (RM8.53j). Namun, kalender perfileman kita turut tidak terkecuali daripada isu-isu panas dan sensasi termasuklah lambakan filem yang tertangguh menanti slot tayangan, trend filem seram yang mendapat teguran, pertikaian keputusan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) dan kontroversi berkaitan dengan beberapa buah filem. Menerusi Sorotan 2011 ini, mari kita imbas 10 filem tempatan paling sensasi yang telah mencetuskan impak tersendiri sama ada positif atau sebaliknya. Ombak Rindu Arahan: Osman Ali Tayangan: 1 Disember 2011 Kutipan: RM11.05 juta dan masih ditayangkan Filem cinta dan air mata ini mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat jumlah kutipan luar biasa dan sekaligus mengungguli carta kutipan tertinggi filem Melayu setakat ini. Menariknya, filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fauziah Ashari ini turut mengundang kontroversi apabila penulis tersebut mendakwa tidak mendapat royalti yang setimpal. Kejayaan filem ini di pawagam membuktikan bahawa selera penonton kita tidak hanya terbatas pada filem seram seperti yang sering didakwa oleh segelintir penerbit sebelum ini. ... Dalam Botol Arahan: Khir Rahman Tayangan: 24 Mac 2011 Kutipan: RM570,000 Asal namanya Raja Azmi, memang tidak sah jika tiada kontroversi dikaitkan dengan penerbit dan penulis popular ini. Walaupun ... Dalam Botol tidak menyerlah di pawagam, setidak-tidaknya filem ini berjaya memberikan impak ketika ia ditayangkan pada Mac lalu. Filem ini dilihat membuka dimensi baru pada penghasilan filem tempatan apabila Raja Azmi dengan beraninya mengetengahkan tema lelaki transeksual yang julung kali buat filem Melayu sehingga mengundang pelbagai reaksi. Antara isu panas yang timbul termasuklah jumlah kutipan sebenar filem ini yang ditimbulkan oleh Raja Azmi apabila pelakon utamanya Arja Lee yang berbogel berdepan tindakan tatatertib kerana masih menuntut di Universiti Sains Malaysia. Filem itu turut mendapat respons meluas daripada media di seluruh dunia termasuk New York Times Online, penyertaan di pelbagai anugerah termasuk festival filem gay iaitu Festival Filem Q di Jakarta, Indonesia dan peminggiran filem itu di FFM24 kerana temanya walaupun ia memaparkan lakonan dan mesej yang baik. Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) Arahan: Yusry Abdul Halim Tayangan: 10 Mac 2011 Kutipan: RM6.5 juta Filem ini meninggalkan impak tersendiri pada kalender perfileman 2011. Ia boleh dianggap sebagai karya epik yang membanggakan kerana bukan sahaja pembikinannya digarap seakan sebuah filem epik antarabangsa, malah turut dinobatkan sebagai filem terbaik di FFM24. Dengan terhasilnya HMM , penerbitnya KRU Studios telah membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan kreativiti yang tinggi, keterbatasan modal dan teknologi mampu diatasi untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Ia juga membawa anjakan pada perfileman Melayu apabila mendapat pengedaran terbanyak di luar negara dan beberapa festival penting. Walaupun kutipannya mencecah RM6.5 juta tetapi ia masih tidak cukup untuk mengatasi kos penerbitan yang mencecah RM8 juta itu. Kongsi Arahan: Farid Kamil Tayangan: 12 Mei 2011 Kutipan: RM8.09 juta Filem terbitan Metrowealth (MIG) ini memberikan kesan tersendiri pada dunia filem kita. Pertama,sebelum tayangan umumnya, ia sudah dicanang-canang sebagai sebuah filem aksi komedi yang luar biasa namun ramai yang kecewa selepas menonton kerana ia disifatkan tidak segah mana. Bahkan, penerbitnya David Teo juga meletakkan sasaran kutipan yang tinggi iaitu RM12 juta tetapi ia gagal dicapai ekoran persaingan sengit filem-filem tempatan dan antarabangsa yang silih berganti. Malah, filem ini juga dikecam oleh Pekida kerana seakan mempersendakan perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan. Pun begitu, Kongsi boleh berbangga kerana aktor utamanya Shaheizy Sam diangkat sebagai pelakon lelaki terbaik di FFM24 menerusi watak Tumulak itu. Hantu Bonceng Arahan: Ahmad Idham Tayangan: 31 Ogos 2011 Kutipan: RM8.53 juta Filem yang ditayangkan pada musim perayaan Aidilfitri lalu ini turut tidak terkecuali daripada tempias kontroversi. Ia menjadi semakin panas apabila dialog dalam salah sebuah babak yang melibatkan pelakon utamanya Zizan Razak telah dikecam oleh banyak pihak kerana dilihat seakan mempersendakan Nabi Muhammad. Kronologi kes tersebut bermula apabila dialog yang dilontarkan oleh Zizan seolah-olah menyamakan Rasulullah dengan syaitan sehingga mengundang campur tangan pihak berkuasa, jabatan agama dan paling panas apabila ia melibatkan parti politik PAS. Kontroversi filem itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan cara yang baik akhirnya. KL Gangster Arahan: Syamsul Yusof Tayangan: 9 Jun 2011 Kutipan: RM11.74 juta Filem kelima arahan pengarah muda Syamsul Yusof ini mencipta dua impak pada industri. Pertama, apabila rekod kutipannya sebanyak RM11.74 juta telah melonjakkan KL Gangster menjadi filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini. Pencapaian itu bukan sahaja mencipta fenomena dan penanda aras baru pada kutipan filem Melayu, malah kejayaan filem Syamsul itu turut mengatasi fenomena sama yang pernah dilakukan oleh bapanya juga penerbit filem Datuk Yusof Haslam menerusi Sembilu 2 dengan kutipan RM6.1j (1995). Kejayaan membanggakan itu bukan sahaja baik untuk pemangkin kerancakan filem termpatan, malah ia membuktikan keutuhan legasi anak beranak ini dalam menghasilkan filem-filem yang digemari oleh masyarakat. Namun, filem yang dibintangi oleh Syamsul, Aaron Aziz dan Adi Putra ini turut terkena tempias ‘panas’ apabila berdepan kecaman daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang mendakwa filem itu mempersenda dan mendedahkan beberapa perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan. Kontroversi itu akhirnya memaksa Yusof Haslam mengadakan pertemuan dengan pertubuhan itu bagi menyelesaikan perselisihan faham yang timbul. Nur Kasih The Movie (NKTM) Arahan: Kabir Bhatia Tayangan: 19 Mei 2011 Kutipan: RM4.93 juta Kemunculan NKTM sememangnya memberikan impak kepada para peminat filem Melayu. Selepas kejayaan rating luar biasa yang dicatatkan oleh drama bersirinya di TV3 sebelum ini, tayangan filem yang dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah ini cukup dinantikan oleh peminat siri itu. Sayangnya, penantian itu tidak diterjemahkan dengan jayanya seperti ramalan banyak pihak apabila NKTM sekadar mengutip RM4.93 juta walaupun ia hangat diperkatakan sebelum itu. Mungkin kerana plot filemnya yang terhad dan rumit atau persaingan dengan filem-filem tempatan lain ketika ia ditayangkan telah membantutkan peluang filem ini meraih kutipan yang lebih besar. Ratu The Movie Arahan: Prof Madya A Razak Mohaideen Tayangan: 17 Mac 2011 Kutipan: RM200,000 Sambutan dingin daripada penonton terhadap filem yang berkisar tentang misteri pertandingan ratu cantik ini seakan membuktikan bahawa filem-filem arahan A Razak Mohaideen boleh ditolak oleh penonton jika tidak kena dengan formulanya. Filem ini tidak terkecuali daripada tempias kontroversi salah seorang pelakonnya Nur Eina Azman didakwa telah mengeluarkan kenyataan dan membuat fitnah terhadap penerbit filem Abdul Latiff Mohaideen kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bkay Nair. Susulan itu, pihak produksi Line Clear Motion Pictures telah menghantar notis peguam yang menuntut agar Eina membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya itu dan dia digugurkan daripada senarai pelakon. Haq Arahan: C.L. Hor & Jumaatun Azmi Tayangan: 27 Januari 2011 Kutipan: RM800,000 Filem aksi ini menyaksikan percubaan sulung aktres Nanu Baharudin sebagai penerbit bersama. Walaupun diterbitkan dengan kos produksi yang tinggi iaitu RM2.5j kerana aplikasi imej janaan berkomputer (CGI), ia gagal membawa pulangan apabila sekadar mengutip tidak sampai RM1 juta. Barisan pelakon yang mantap iaitu Adi Putra dan Zulhuzaimy selain trailer filem yang memikat tidak mampu yang akhirnya kecundang di pawagam. Malah, kontroversi yang melanda iaitu apabila Nanu didakwa melakonkan babak cium dan tampil seksi yang keterlaluan dalam filem itu juga gagal melonjakkan keterujaan penonton untuk memberikan peluang kepada filem ini. Nasi Lemak 2.0 Arahan: Namewee Tayangan: 8 September 2011 Kutipan: RM7 juta Dengan kos penerbitan kurang daripada RM1 juta, produksi filem ini boleh berbangga apabila Nasi Lemak 2.0 berjaya memikat penonton segenap kaum untuk bertandang ke pawagam. Walaupun ia terlebih dahulu disensasikan oleh isu hangat yang melibatkan pengarah dan pelakonnya Namewee yang mempersendakan lagu kebangsaan, Negaraku , isu tersebut dilihat membantu dalam menarik perhatian masyarakat untuk menonton filem ini. Tanpa publisiti yang meluas, filem yang membariskan Adibah Noor dan Datuk David Arumugam ini turut berdepan kecaman umum yang meminta ia diharamkan. Namun, kontroversi itu sedikit pun tidak menjejaskan filem ini apabila meraih kutipan RM7 juta. Malah, perkhabaran terbaru tentang Namewee dan produksi ini adalah mereka sedang menjalani penggambaran filem kedua Hantu Gangster yang menampilkan Diana Danielle dan Noh (Hujan). Apa yang diharapkan adalah kalender filem tempatan 2012 akan menjadi lebih rancak dan hebat dengan barisan filem yang bervariasi dan bertaraf tinggi, seiring dengan visi kerajaan untuk melonjakkan filem kita ke pasaran serantau. * Jumlah kutipan filem adalah berdasarkan statistik daripada laman web Finas.

No comments: