Assalammualaikum!
Beberapa hari lagi, tahun 2011 akan meninggalkan kita. Banyak sekali suka-duka kita untuk tahun 2011. Bagi akak secara peribadi, tahun 2011 adalah sebuah tahun yang banyak menguji kekebalan kesihatan akak. Selama 8 kali akak dimasukkan ke hospital bermula dengan hospital mahal sehingga peruntukkan insurans habis digunakan, maka terpaksalah berpindah ke hospital kerajaan dengan dibiaya oleh JKM. Kerana penyakit radang hati yang berpunca dari kebocoran kidney. Penyakit akak itu telah merubah penampilan kaki malah menjijikkan bagi ramai yang melihat. Kaki akak bengkak/sembab mengandungi air yang terperangkap. Ekoran dari itu, air-air mula mencari jalan keluar sendiri dengan mengalir melalui kulit hingga menimbulkan penyakit kulit yang kronik iaitu eczema dan psiarosis. Besar sungguh dugaan pada tahun ini. Tapi, alhamdulilah, nampaknya, akak bertambah sihat untuk menhadapi hidup. Betapa besarnya rahmat Allah, yang tidak kita ketahui selama ini.
Sebenarnya tak ada apa yang hendak akak ceritakan, cuma ingin akak kongsikan sebuah artikel hiburan mengimbau tahun 2011. Selamat membaca.
Ibu-ibu glamor Bollywood
TAHUN 2011 menyaksikan ramai aktres-aktres terkenal Bollywood telah melahirkan zuriat masing-masing. Berikut antara aktres-aktres yang dimaksudkan.
Aishwarya Rai Bachchan
Kehamilan aktres dan bekas Ratu Dunia Aishwarya Rai, menantu pelakon Amitabh Bachchan yang juga isteri kepada anak Amitabh, Abhishek Bachchan telah menjadi suatu perkara yang heboh satu dunia. Ini kerana muncul banyak pihak yang bertaruh tentang tarikh kelahiran anak sulung Aishwarya.
Namun akhirnya pada 16 November lepas, dia telah melahirkan anak perempuan.
Bagaimanapun nama anak itu dikatakan hanya akan diberikan pada upacara pemberian nama atau digelar sebagai namkaran dalam masyarakat India.
Namun mungkin ramai yang tidak sedar, pada hakikatnya Aishwarya telah melahirkan anak yang sihat dalam usianya yang kini mencecah 39 tahun!
Konkona Sen Sharma
Aktres yang menyerlah sebagai wartawan hiburan dalam filem Page 3 , Konkona Sen Sharma yang berkahwin dengan Ranvir Shorey telah melahirkan anak sulungnya pada 15 Mac lepas. Dia menamakan anaknya itu sebagai Harron dan Konkona kini sudah kembali aktif dengan kerjaya lakonannya.
Kiran Rao
Isteri aktor tersohor Aamir Khan ini melahirkan anak pada 1 Disember lepas dengan menggunakan teknologi persenyawaan in-vitro (IVF). Anak itu dinamakan sebagai Azad Rao Khan.
AISHWARYA RAI
Lara Dutta
Aktres Lara Dutta yang berkahwin dengan Mahesh Bhupati belum melahirkan anak lagi tetapi dia kini sedang sarat hamil anak sulungnya dan dijadual melahirkan anaknya itu pada Januari tahun depan.
Shilpa Shetty
Selepas melayari bahtera rumah tangga bersama Raj Kudra, aktres jelita Shilpa baru sahaja mengumumkan dia kini hamil anak sulung. Dia dijadual melahirkan anaknya itu menjelang hujung tahun depan.
Preeti Jhangiani
Aktres Preeti Jhangiani yang mengahwini Parvin Dabas telah melahirkan anak lelaki pada 11 April lepas. Preeti pernah membintangi filem-filem pecah panggung seperti Mohabbatein dan Awara Pagal Deewana.
Neha Bajpai
Aktres Neha Bajpai telah melahirkan anak perempuan pada Februari lepas dan menamakan anaknya itu sebagai Ava Nayla Bajpayee.
Malaika Khan
Malaika Khan, isteri kepada aktor muda, Zayed Khan telah melahirkan anak kedua mereka yang merupakan bayi lelaki pada 23 September lepas.
No comments:
Post a Comment