Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, August 24, 2011

Alquran tulisan tangan ditemui?

Al-Quran Tulisan Tangan Maharaja Aurangzeb rah Ditemui
Dari Blog Ustaz Hambali
Baru- baru ini satu Quran lama tulisan tangan yang ditulis oleh Maharaja Monggol Aurangzeb rah salah seoran maharaja Dinasti Monggol di India telah dijumpai. Al-Quran tulisan tangan tersebut diandaikan berumur hampir 400 tahun ( 1636M – 1644M & 1653M – 1658M )
Beratnya 13.5kg manakala panjangnya 39.5cm dan lebarnya 20cm. Hiasan mukanya dengan bertahtakan emas dan perak.
Setiap muka surat Al-Quran berkenaan diwangikan dengan wangian yang berbeza-beza serta muka surat dan kulit hadapan dicipta khas untuk rintangan api ( fire proofed )
Al-Quran ini dirampas oleh pihak polis India dari seorang lelaki Hindu, M.G Sukumar dari Kerala ketika cuba menjualnya pada orang ramai khusus kepada pelancong asing dengan harga 5 Crore Rupees.
Komentar :
Aurangzeb rah sememangnya terkenal sebagai Maharaja Dinasti Monggol yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Malah sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya salah seorang waliAllah di zamannya.
Mengikut sesetengah catatan mengatakan bahawa beliau belajar agama dari salah seorang ulama paling terkenal di zamannya yang dikenali sebagi "Mulla Ji Wun".
Penemuan Al-Quran bekenaan membuktikan kehebatan dan keagongan Islam di zaman tersebut. Ianya dianggap sebagai penemuan barang bersejarah yang paling tinggi nilainya. Malah dianggap hasil seni yang istimewa sebagaimana Taj Mahal, Red Fort, Kutub Minar, Istana Mysor dan lain-lain kesan sejarah di Benua India.
Dari kesan sejarah inilah menghasilkan pendapatan negara paling tinggi di India dari sektor pelancongan. Nehru, Perdana Menteri India yang pertama pernah mengatakan bahawa,"Kalaulah tidak kerana Islam menguasai India maka India tidak akan maju dan berkembang."
Bayangkan India telah diperintah oleh Kerajaan Islam hampir 600 tahun manakala kerajaan Hindu India sekarang ini memerintah hanya sekitar 60 tahun sahaja. Itu pun melalui penjajahan Kerajaan British serta memecahkan India kepada 3 bahagian iaitu India,Pakistan dan Bangladesh. Kalaulah semua itu masih di dalam Benua India, Maka rasanya pasti sukar Kerajaan Hindu sekarang boleh bertahan.
Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com/2010/09/al-quran-tulisan-tangan-maharaja.html

Saturday, August 20, 2011

Khalifah Omar Yang prihatin.

KHALIFAH UMAR, KISAH PEMIMPIN YANG ADIL
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Allah memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” (QS An Nahl \[16]: 90)
Dalam masa pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, hampir setiap malam khalifah Umar melakukan perjalanan secara diam-diam masuk kampung keluar kampung untuk mengetahui kehidupan rakyatnya. Umar khawatir jika ada hak-hak mereka yang belum ditunaikan oleh aparat pemerintahannya.
Malam itu pun, bersama salah seorang pembantunya, Khalifah Umar berada di suatu kampung terpencil. Dari sebuah rumah yang tak layak huni, terdengar seorang gadis kecil sedang menangis berkepanjangan. Umar bin khattab dan pembantunya bergegas mendekati rumah itu. Setelah mendekat, Umar melihat seorang perempuan tengah memasak di atas tungku api. Asap mengepul dari panci, sementara si ibu terus saja mengaduk-aduk isi panci dengan sebuah sendok kayu yang panjang.
“Assalamu’alaikum,” Khalifah Umar memohon izin untuk masuk.
Si Ibu yang tidak mengetahui siapa gerangan tamu nya itu memberi izin untuk masuk.
“Siapakah gerangan yang menangis di dalam itu?” tanya Umar.
Si ibu itu menjawab, “Anakku.”
“Apakah ia sakit?”
“Tidak,” jawab si ibu lagi. “Tapi ia kelaparan.”
Khalifah Umar ingin sekali mengetahui apa yang sedang dimasak oleh ibu itu. Kenapa begitu lama sudah dimasak tapi belum juga matang. Akhirnya khalifah Umar berkata, “Wahai ibu, Apa yang sedang engkau masak?”
Ibu itu menjawab, “Engkau lihatlah sendiri!”
Khalifah umar dan pembantunya segera melihat ke dalam panci tersebut. Alangkah kagetnya ketika mereka melihat apa yang ada di dalam panci tersebut seraya memastikan Umar berteriak, “Apakah engkau memasak batu?”
Perempuan itu menganggukkan kepala. Dengan suara lirih, perempuan itu menjawab pertanyaan khalifah Umar, “Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Aku seorang janda. Sejak dari pagi tadi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Sementara aku berusaha untuk bekerja tetapi karena kewajiban menjaga anakku, hal itu tidak dapat kulakukan. Sampai waktu maghrib tiba, kami belum juga mendapatkan makanan apapun juga. Anakku terus mendesakku. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasukkannya ke dalam panci. Kemudian batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Ia tetap saja menangis. Sungguh Khalifah Umar bin Khattab tidak pantas jadi pemimpin. Ia tidak mampu menjamin kebutuhan rakyatnya.”
Mendengar penuturan si Ibu seperti itu, pembantu khalifah Umar ingin menegur perempuan itu. Namun khalifah Umar dengan cepat mencegahnya. Dengan air mata berlinang ia pamit kepada si Ibu dan mengajak pembantunya cepat-cepat pulang ke Madinah.
Khalifah Umar langsung menuju gudang baitul mal untuk mengambil sekarung gandum dan memikulnya di punggungnya. Ia kembali menuju ke rumah perempuan tadi.
Di tengah perjalanan sang pembantu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku saja yang memikul karung itu.”
Khalifah Umar menjawab dengan air mata yang berlinang: “Rasulullah pernah berkata, jika ada seorang pemimpin yang membiarkan rakyatnya mati kelaparan tanpa bantuan apapun, Allah mengharamkan surga untuknya.”
Khalifah Umar kemudian melanjutkan, Biarlah beban berat ini yang akan membebaskanku dari siksaan api neraka kelak.”
Dalam kegelapan malam Khalifah Umar berjuang memikul karung gandum itu, hingga akhirnya ia sampai ke rumah sang Ibu.
Dengan kaget, sang Ibu bertanya: “Siapakah anda? Bukankah anda yang datang tadi?”
Khalifah Umar tersenyum dan menjawab, “Benar. Saya adalah seorang hamba Allah yang diamanahkan untuk mengurus seluruh keperluan rakyat saya. Maafkan saya telah mengabaikan anda.”
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya pemimpin yang berlaku adil dalam pandangan Allah seperti berada di tempat-tempat yang penuh dengan cahaya. Mereka itu adalah suami yang berlaku adil terhadap istri dan anak-anaknya dan pemimpin pemerintahan yang berlaku adil terhadap rakyat yang dalam kekuasaannya.”[B] (HR Muslim[/B]

Thursday, August 18, 2011

Jangan Kosongkan Pahala Ramadhan.

Assalammualaikum!

 

Elak kesalahan sepanjang Ramadhan

PERTAMA :  Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan uzur yang dibenarkan syara’)

Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al  Bukhari : sesungguhnya barangsiapa yang telah makan (batal puasa)hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu)

Amat besar dosanya mereka yang berbuka pada bulan Ramadhan tanpa uzur yang dibenarkan syara’. Nabi ada bersabda seperti yang telah didiriwayatkan oleh  Abu Daud dan Ibn Majah. :  “Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu walaupun ia berpuasa selama-lamanya.”


KEDUA : Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan bersahur di akhir malam  yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w : Telah berkata  Zaid bin Thabit : Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian kami mengerjakan solat subuh. Aku bertanya kepada Zaid berapa lama tempo antara habis makan sahur dengan solat? Jawab Zaid kadar 50 ayat al Quran”. (Al Bukhari dan Muslim)


KETIGA : Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan besar sedangkan pada waktu tersebut pada hakikatnya adalah masa  terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam.

Allah berfirman : Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar (Az Zariat : 18)

Telah ditanya kepada Rasulullah s.a.w oleh seorang sahabat : Wahai Rasulullah waktu bilakah doa paling didengari oleh Allah? Jawab baginda : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” (At Tirmizi)


KEEMPAT : Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Walaupun solat bukan syarat sah puasa namun ianya adalah tonggal kepada keislaman seseorang. Kita sering mendengar ada sebilangan jamaah yang hanya hadir ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat Sunat Tarawih tetapi tidak melaksanakan solat maghrib.


KELIMA : Tidak mengutamakan solat subuh berjamaah sebagaimana Tarawih.

Ramai yang lupa bahawa kelebihan solat subuh berjamaah menyamai pahala menghidupkan seluruh  malam dengan beribadah


KEENAM : Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alas an ia adalah ibadah.

Al Imam As Sayuti telah menegaskan bahawa hadis yang menyebut tidur orang berpuasa itu ibadah adalah hadis yang sangat lemah (al Jami’ as Soghir)

Seterusnya baca di
http://ismaterengganu.com

Wednesday, August 17, 2011

Apa Ada Dalam Kakbah?

Assalammualaikum!

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.

Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

Dinding

Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.

Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.

“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.

“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.

“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.

Bahkan, jelas beliau, undang-undang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.

Tambah ustaz Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.

“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.

Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.

Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.


PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.


Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.

Monday, August 15, 2011

Bersyukurlah.

Assalammualaikum!

Bersyukurlah kepada nikmat Allah. Nescaya, rezki anda akan ditambah.

 

Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting.

Dengan bersyukur kita akan sentiasa merasa tenang, tenteram dan bahagia.

Sebaliknya, jika kita selalu tidak bersyukur…

Kita akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.

Ada dua perkara yang selalu membuatkan kita tidak bersyukur.

Pertama :

Kita sering memfokuskan pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang telah kita miliki.

Katakanlah kita telah memiliki sebuah rumah, kereta, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.Tapi kita masih merasa kurang. Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan.

Kita sangat obses dengan rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang bergaji besar.

Kita ingin itu dan ini. Bila tak mendapatkannya kita akan terus memikirkannya.

Tapi peliknya, walaupun kita sudah mendapatkan apa yang kita citakan, kita hanya menikmati kesenangan sekejap sahaja.

Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA” dalam erti yang sebenar.

Mari kita jelaskan pengertian kita mengenai ‘orang kaya’.

Orang yang “kaya” bukanlah orang yang memiliki apapun, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.

Tentu sahaja kita boleh memiliki impian hidup, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tak tenteram.

Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokus pada apa yang sudah kita miliki.

Cubalah lihat keadaan di sekeliling kita, fikirkan yang kita miliki, dan bersyukurlah.

Anda akan merasakan nikmatnya hidup.

Pusatkanlah perhatian anda pada sifat-sifat baik boss anda, pasangan, dan orang-orang di sekeliling Anda.

Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa bersyukur.

Ada cerita menarik mengenai seorang miskin yang mengeluh kerana tidak dapat membeli kasut, sedangkan kasutnya sudah lama koyak.

Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Masa itu juga orang tadi berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.

Kedua:

Perkara yang membuat kita tidak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.

Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih percaya diri dan lebih kaya dari kita.

Rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri.

Ada cerita menarik mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.

Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menjerit “Siti, Siti”.

Seorang pengunjung yang bertanyakan masalah yang dihadapi orang ini.

Doktor menjawab, “Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Siti.”

Pengunjug tadi mengangguk tapi semasa melalui bilik lain, dia terkejut melihat ada orang gila lain yang menghantukkan kepalanya di tembok dan berteriak “Siti, Siti”.

“Orang ini juga ada masalah dengan Siti?, adakah Siti yang sama?” tanyanya kehairanan.

Doktor kemudian menjawab, “Ya, dialah yang akhirnya berkahwin dengan Siti”.

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki.Oleh kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.

Bersyukurlah !

Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan.

Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.

Bersyukurlah untuk jika ada masalah yang sukar. Di masa inilah kamu akan menjadi kuat untuk hidup.

Bersyukurlah untuk kebatasanmu. kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.

Bersyukurlah untuk setiap tentangan. Kerana itu akan membangun kekuatan jatidirimu.

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.

Rasa bersyukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.

Saturday, August 13, 2011

Kenapa Anda Bernikah?

banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???

1. Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
3. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
4. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
5. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
7. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

Thursday, August 11, 2011

Hukum Berbuka Puasa Kerana Ingin Jimak.

Soalan;

Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.

Jawapan:

Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;
1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.
2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.
Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).
(Sumber: Fitrah Islami Online)

Wednesday, August 10, 2011

Restoran Anih?

Assalammualaikum!

 

Insya Allah. Jika akak diberi limpahan wang ringgit pun, akak tak teringin nak kesemua restoran ini.  Restoran murahan biasa pun sudah cukup menggembirakan akak.

 

Sushi Restaurant Los Angeles

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di DuniaTerletak di tengah kota West Hollywood di jalur Sunset ini “Hanya Dewasa” Sushi Restoran, bar dan lounge adalah bahagian yang sama eksotis dan lazat. Puting spin baru pada sushi adalah meremehkan. Di mana lagi anda boleh menempah Nyotaimori “tubuh sushi”? Yang merupakan amalan dari makan sashimi atau sushi dari tubuh perempuan atau laki-laki. Makanan yang tidak pernah menyentuh model dan disajikan di daun pisang terbungkus dengan indah pada tubuh.

Ini adalah satu-satunya yang pertama dan nanti anda akan menemui beberapa lagi restoran lebih aneh dan luar biasa di dunia.

10 PhotosBeer Spa in the Czech Republic

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Gunung Bahenec Wellness Hotel terletak di daerah Slezské Beskydy, di kota Pisek u Jablunkova, sangat dekat dengan sempadan Poland. Semua prosedur, yang juga termasuk Sauna Finland dan, selepas mandi bir, relaksasi di tempat tidur dari jerami gandum, memakan masa sekitar dua jam. The Bier Bottich Buruk (BBB, Bir tab mandi) resep dikandung oleh Hedwig Hotelier Austria Bauer dan merupakan rahsia yang terpelihara.

‘W’Duck Toilet Restaurant In Portugal

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Adakah anda keberatan duduk di tandas sementara anda makan? Atau menyapu mulut dengan tisu tandas? Jangan ganggu muncul di W’Duck di Matosinhos jika anda perlu untuk memikirkan jawapan anda. W’Duck telah menduduki ruangan Sapataria tua Concalve di 245 Avenida da República di bandar pelabuhan ini Portugal kecil.

Dinner In The Sky Restaurant Las Vegas

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Dinner In The Sky adalah sebuah restoran baru berasaskan Belgium yang digunakan untuk hoist crane pengunjung restoran tersebut, meja, dan waitstaff 150 meter ke udara. Makan malam di langit kini telah membuat jalan ke Las Vegas Pasar dengan grand opening pada Malam Tahun Baru

Maldives, Hilton Resort & Spa

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Maldives, Hilton Resort & Spa adalah restorant dan resort dalam laut pertama di dunia. Direka bentuk di New Zealand dan dibina di Singapura dan sekarang dihantar di Maldives. Bagi anda yang mencari sesuatu yang menarik dan indah, Restoran bawah laut pertama di dunia hanya dibuka di resort Hilton di Maldives.  Ia seperti sebuah kapal selam raksasa stasioner direndam dalam air yang paling indah di dunia.

O’Noir Restaurant in Montreal, Canada

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Gambar tidak hilang. Itu lah yang anda akan lihat jika anda makan di O’Noir. O’Noir merupakan sebuah restoran di Montreal, Kanada berusaha untuk menyebarkan Injil. Ia menawarkan makan malam dalam gelap. Tidak rendah, cahaya ambient. Kesemuanya kegelapan. jam tangan, lilin, telefon bimbit, bahkan apa yang bersinar dihapuskan.

Guolizhuang (Penis Restaurant Beijing)

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Guolizhuang (Penis Restoran Beijing) merupakan sebuah restoran di mana hampir setiap hidangan ada zakar di dalamnya. Anda mempunyai pilihan anjing, yak, keldai, segel, dan banyak lagi. Menurut beberapa tradisi perubatan China, anda adalah apa yang anda makan. Jika anda pengecut, dianjurkan untuk makan buah pelir harimau atau sesuatu seperti itu untuk meningkatkan keberanian anda. Dan yang mencintai organ pembiakan haiwan lazat, mengangkat tangan anda! Anda akan mendapatkan banyak di tempat ini di Beijing kerana hanya itu yang mereka layani. Sekarang yang diperintahkan zakar anjing dihiasi dengan plum.

Robot Kitchen in Hong Kong

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Robot Dapur di Hong Kong melakukan sebagai memasak, menyiapkan makanan. Dengan deru dan kilatan lampu, whizzes robot lain ke meja dan mengambil order pelanggan, sementara kumpulan kedua ke meja lain untuk memberikan pinggan makanan.

Hobbit House Restaurant Manila

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Sebuah restoran kecil yang memaparkan rakyat kecil di mana parti dan makanan baik. Mereka mengiklan dengan memiliki pelayan yang terkecil di dunia dan itu memang benar. dia pemilik dan kakitangan adalah orang-orang kecil yang mempunyai reputasi besar  sebagai Bar ‘Live’muzik.

Asia SF Restaurant San Francisco

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Asia SF adalah sebuah hip Restoran kecil yang terletak di Howard Street di San Francisco. Sepuluh tahun yang lalu dua orang membuka Restoran ini penuh dengan makanan deliscious dan sama delicisous artis wanita. Sebenarnya, para pemain secara teknikal bukan perempuan, tetapi illusionists gender “”

 Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia  Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia  Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia  Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia  Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia  Top 10 Restoran Paling Aneh Di Dunia

Sumber: Mran3238′s Blog » Aneh Tapi Benar

Saturday, August 6, 2011

Koleksi rumah Allah.

Assalammualaikum!

Koleksi 40 Masjid Terindah Di Dunia.
Sebagaimana telah diketahui, masjid adalah tempat suci bagi umat muslim.
Selain menjadi tempat beribadah, masjid dapat juga menggambarkan kebudayaan umat Islam dan menjadi bangunan dengan senibinanya yang indah, seperti yang akan anda lihat pada foto-foto dari masjid terkenal di bawah ini yang terdapat di berbagai penjuru dunia :

Masjid Suci Al-Haram, Arab Saudi

Masjid Nabawi, Arab Saudi

Masjid di Brunei

Masjid Putrajaya, Malaysia – dibangun di atas air

Masjid Umayyad, Damascus

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid Faisal, Pakistan

Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei

Masjid Besar Jumeirah, Dubai

Masjid Putra di Putrajaya, Malaysia

Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan, Abu Dhabi UEA

Masjid Sultan Ahmet Camii (The Blue Mosque), Istanbul Turki

The Blue Mosque dilihat dari Hagia Sophia

Masjid Crystal, Malaysia

Masjid Schwetzinger, Jerman

Masjid Suci Golden, Singapura

Masjid Sehzade, Istanbul Turki

Makkah, Arab Saudi

Salah satu Masjid di Jeddah Arab Saudi

Masjid Lao Huasi Sufi di Linxia Cina

The Mezquita, Spanyol

Masjid Sheikh Zayed

Masjid Shahjahan, Pakistan

Masjid dan Menara Kembar, Malaysia

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid Omayad, Syria

Masjid Besar, Bahrain

Masjid Muhammad Ali, Kairo Mesir

Masjid Badshahi

Masjid Tooting, London

Masjid Zahir, Malaysia

Masjid Ubudiah

Masjid Sultan, Singapura

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid terbesar di India

Masjid Al-Hassan II, Casablanca Moroko

Masjid terbesar di Amerika Utara

Masjid Alnour, Sharjah

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Jadi bagi anda umat muslim yang akan melancong ke luar negera, jangan lupa untuk berkunjung juga ke masjid-masjid diatas. Luangkan masa untuk sollat dan berdoa di dalam rumah Allah itu, dan berbanggalah menjadi umat islam yang mesjid indahnya bertaburan di serata dunia. Jika ada kasih-belas pada hamba, tolonglah doakan kesejahteraan pengunjung dan pemilik blog ini, di dunia, mahupun di akhirat.