Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, September 29, 2010

Iran Lancarkan Bot Terbang?

Assalammualaikum!

Sejak akhir-akhir ini, kita selalu dihidangkan dengan berita warga iran yang ditangkap bersama Shaboo. Tapi, kali ini, kita akan membaca tentang kejayaan Iran setapak lagi. Syabas, saudaraku!

 

 

Iran sekali lagi menggemparkan dunia sains dan teknologi. Walaupun dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa , Iran telah melancarkan Bot Terbang buatan sendiri yang dilengkapi dengan senjata mesingan, teropong malam dan kamera video untuk tugasan peninjau dan pengawasan angkatan laut Iran.
********************
September 28, 2010
Flying boats delivered to IRGCN
Gambar lengkap di http://uskowioniran.blogspot.com/2010/09/flying-boats-delivered-to-irgcn.html
Domestically manufactured flying boats delivered to IRGC Navy
Tehran Times Political Desk
TEHRAN - A new squadron of flying boats was delivered to the Naval Force of the Islamic Revolution Guards Corps on Tuesday.
Defense Minister Ahmad Vahidi said the boats of the Baver 2 squadron were designed by Iran’s naval and aviation industry organizations and Malek Ashtar University.
The flying boats can carry out reconnaissance and surveillance missions on the sea, he noted.
Each boat is equipped with a machine gun, regular and night-vision binoculars, and video cameras that can transmit images, he explained.
Iran plans to manufacture the next generation of flying boats in the near future, Vahidi stated
Sumber : http://www.tehrantimes.com/index_View.asp?code=227577

__._,_.___

Thursday, September 23, 2010

Perlukah Kita Boikot Barangan rusia?

Assalammualaikum!

Anak-anak kita sedang jihad mencari ilmu di rusia, terancam. Tergamakkah kita membiarkan mereka tertekan, begitu? Apakah orang kita berani nak buat demonstrasi depan kedutaan Rusia di Kuala Lumpur ? Apakah kita berani desak kerajaan hentikan hubungan perdagangan dengan Rusia, hentikan pembelian senjata dari Rusia , jet Sukhoi dan MIG , akibat tindakan rakyat Rusia yang mengganggu pelajar Malaysia di sana ?
*********************
Pelajar kita di Moscow terancam
Utusan Malaysia 23 Sep 2010
SAYA terganggu mendapat berita bahawa sekumpulan penuntut-penuntut perubatan perempuan Malaysia tahun empat tajaan Mara di Moscow dihalau keluar dari rumah sewaan oleh penduduk-penduduk tempatan kelmarin sehingga melibatkan campur tangan polis.
Penuntut-penuntut tersebut semuanya telah dibawa ke balai polis akibat kekecohan ini.
Perasaan benci terhadap orang Islam semakin meningkat di kalangan penduduk Moscow selepas satu kejadian pengeboman baru-baru ini.
Penuntut-penuntut perubatan Malaysia itu yang pada mulanya dijanjikan penempatan hostel di universiti oleh Mara tiba-tiba tidak mendapat hostel yang dijanjikan kerana Mara memberi keutamaan kepada penuntut tahun pertama yang baru tiba, manakala penuntut tahun empat yang berada di tahun pengajian yang kritikal telah dinafikan hak untuk mendapat penginapan di universiti sejak tahun satu lagi.
Dengan kebencian yang makin menjadi-jadi di Moscow dan negara Rusia, saya amat bersimpati dan amat bimbang dengan keselamatan mereka yang terpaksa mengharungi kehidupan di Moscow dalam keadaan keselamatan yang makin tidak terjamin.
Mara pula hanya memberitahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Saya amat berharap Kedutaan Malaysia di Moscow dapat membantu memantau keselamatan penuntut-penuntut Malaysia di sana.
Jika kita tidak dapat menjamin keselamatan anak-anak kita di Rusia, saya cadangkan supaya Kerajaan Malaysia termasuk Mara berhenti serta-merta menghantar penuntut Malaysia ke Rusia kerana negara tersebut sesungguhnya adalah sebuah negara yang mempunyai culture yang amat berbeza dan penduduknya pula terlalu dingin terhadap orang asing khususnya orang Islam.
Bayangkan kalau anak-anak kita sendiri terpaksa melalui kehidupan yang begitu tidak tenteram dan selamat di sana, walhal pada masa yang sama, mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian perubatan mereka yang amat mencabar.
NORAIDA RAMLI
Shah Alam
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Taman Herba Kenyir.

Assalammualaikum!

Sesungguhnya, kekuasaan Allah tiada hadnya. Kita hanyalah insan kerdil yang hanya mampu mengkaguminya. Taman Herba Kenyir hanyalah salah satu dari ciptaan Allah yang sungguh menakjubkan. Herba, bukan saja cantik, berbau harum, malah boleh mengubati berbagai penyakit, jika tahu caranya.

MELANGKAH saja masuk ke Taman Herba Tasik Kenyir, hati terasa tenang melihat pokok menghijau dan kicauan burung yang merdu menyambut kedatangan.

Terletak di Pulau Sah Kecil, salah satu daripada 340 pulau di tasik itu, pengunjung yang datang pasti akan terpegun melihat kepelbagaian tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan ada di situ.

Hutan hujan tropika berhampiran garisan khatulistiwa, kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan.

Justeru, lebih 12,500 spesies tumbuhan berbunga ditemui dan lebih 1,200 spesies direkodkan ada nilai perubatan yang penting di negara ini. Di samping itu, penggunaan tumbuhan sebagai bahan perubatan tradisional sememangnya sudah lama diamalkan masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli di negara ini untuk mengubati pelbagai penyakit. Gabungan amalan penggunaan tumbuhan ubatan mereka melahirkan satu bentuk ubatan herba tradisional Malaysia yang unik.

Justeru, dengan keluasan 15.84 hektar, Taman Herba Tasik Kenyir yang mula dibangunkan sejak 1995 kini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba meliputi 230 jenis pokok.

Antara pokok herba yang ditanam di situ termasuk pecahan herba seperti Tongkat Ali Haji Samat, Tongkat Ali Baginda dan tongkat ali biasa.

Selain itu, taman ini juga mempunyai beberapa herba yang jarang ditemui di tempat lain seperti pokok jerangau, tongkat ali itam, mas cotek, sekentut, ganda rusa dan raja berangkat.

Tumbuhan makan ulaman dan perasa masakan (antioksidan), rawatan antiradang, antimikrob, darah tinggi, kencing manis, khusus untuk lelaki dan perempuan, tumbuhan beraroma serta yang tidak pernah kita terfikir juga ada di taman itu.

Oleh itu, hanya 15 minit menaiki bot laju dari Pangkalan Gawi atau sejauh tujuh kilometer (km), kunjungan anda ke situ pastinya tidak sia-sia.

Apa yang menarik, selain melihat kepelbagaian tumbuhan herba di sini, pengunjung berpeluang menikmati minuman tongkat ali dan kacip fatimah atau mas cotek yang di masak di sini khusus untuk dinikmati.

Taman herba itu juga bakal mempunyai tarikan batu iaitu sebuah spa yang pastinya akan menggamit pengunjung untuk singgah ke taman itu.

Bukan itu saja, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berhasrat membangunkan pusat rawatan perubatan tradisional seperti aroma terapi, mandian herba dan perubatan berasaskan herba.

>INFO
> Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 12,500 spesies tumbuhan berbunga dan lebih 1,200 spesies direkodkan ada nilai perubatan yang penting
> Taman Herba Tasik Kenyir mempunyai 26,000 pokok herba
> Hanya 15 minit iaitu tujuh km menaiki bot laju dari Pangkalan Gawi
> Taman Herba itu mempunyai keluasan 15.84 hektar

Tuesday, September 21, 2010

Lukisan Gergasi.

DI TENGAH permukaan Tasik Baikal yang mengeras ketika musim sejuk dan angin dingin membeku bertiup dari Siberia, seorang seniman, Jim Denevan, dibantu pasukannya melakar kerja seni di atas permukaan seluas 20 kilometer persegi.

sebelum  -  selepas

Saiz itu — jika ditukarkan kepada padang bola sepak — menyamai 4,469 Stadium Wembley di London.
Tasik Baikal mengandungi sehingga 20 peratus daripada air tawar dunia dan terletak di kawasan terpencil Siberia.
Diupah oleh firma pakaian mewah Anthropologie, lakaran itu dihasilkan sebagai satu daripada siri The Anthropologie yang digunakan sebagai promosi untuk produk mereka.
Denevan, 49, menghabiskan masa 15 hari di atas permukaan tasik itu untuk menyiapkan karya seni berkenaan.
Menggunakan ais hitam di bawah lapisan salji sebagai kanvas, Denevan dan pasukannya terpaksa berkampung di bawah khemah dalam kedinginan bagi menyiapkan tugasan itu.

Click Here

Lakaran itu pula dihasilkan menggunakan jentera pemecah salji serta penyodok yang membentuk bulatan pelbagai saiz — paling kecil mempunyai ukur lilit 45.7 sentimeter.
Menurut Denevan, dia menggunakan rumusan matematik pakar bidang itu dari Itali, Fibonacci, untuk menghasilkan lebih 1,000 bulatan berasingan.

Untuk permulaan, kata Denevan, dia ‘melukis’ lakaran kasar lukisan itu menggunakan basikal dan kayu sebelum ia diperkemaskan anggota kumpulannya.
“Ini adalah lukisan terbesar di dunia dan memadam rekod saya sebelum ini,” katanya.
Menurut seniman yang menetap di California itu, lukisan terbesar sebelum itu yang pernah dihasilkan dibuat di atas padang pasir Nevada, meliputi kawasan seluas 14.5 kilometer persegi.
Katanya, lukisan di atas Tasik Baikal itu kira-kira 10 peratus lebih besar berbanding rekod sebelumnya.
“Bagaimanapun, ia dicipta dengan bentuk berbeza selepas mengambil kira keadaan tebing tasik,” katanya.
Menurut Denevan, bulatan di bahagian kanan mempunyai dimensi sama seperti di Nevada tetapi ia tidaklah dalam bentuk bulat sepenuhnya kerana keadaan geografi tasik itu.
Mengunjungi Khuzhir di Pulau Olkhon yang terletak di tengah Tasik Baikal, Denevan akhirnya berjaya mencipta lukisan itu mengikut keinginannya.
“Awalnya kami mahu ke Ross Ice Shelf di Antartika, tetapi selepas melakukan sedikit penyelidikan, kami sedar bentuk muka bumi di tasik ini mempunyai persamaan dengan permukaan padang pasir yang pernah kami gunakan,” katanya.
Jelas Denevan, biasanya kawasan itu mengalami tekanan rendah berpanjangan, menyebabkan salji tidak turun walaupun suhu berada pada paras lima hingga 10 darjah di bawah takat beku.
“Maknanya, kami boleh menghasilkan lakaran tanpa banyak gangguan daripada salji,” katanya.
Bagaimanapun, sesuai dengan sifatnya yang besar, usaha Denevan tidak selancar seperti dirancangnya.
Jelasnya, dia bermula dengan berbasikal sambil memegang kayu mengelilingi tasik berkenaan.
“Ia membolehkan saya melakar garis kasar menggunakan tayar dan kayu. Hanya selepas hari kelima, tiba-tiba salji turun dengan lebat dan menutup semua lakaran itu.
“Kami terpaksa bekerja keras mencari kesan yang ada bagi memastikan ia tidak tersilap,” katanya.
Akhirnya, selepas bertarung dengan cuaca sejuk mencucuk tulang angin Siberia itu, Denevan dan kumpulannya bertungkus-lumus menyiapkan lukisan itu di antara lapisan salji setebal 1.4 meter.
Menurut Denevan, pada hari kesembilan pula mereka berdepan ribut, menyebabkan sebahagian daripada lapisan atas salji ditiup semula menutup garisan dibuat.
Sesetengahnya, kata Denevan, selebar 2.4 meter. “Ia amat mengecewakan,” katanya.
Selepas bekerja siang malam, lukisan itu akhirnya disempurnakan pada hari ke-15, pada Mac lalu.
“Ini adalah lukisan hebat dan indah walaupun hanya bertahan selama sebulan sebelum ia luput,” katanya.

Thursday, September 16, 2010

Siapa Berhantu?

Assalammualaikum!
Malaysia memandang keras adegan sex ganas dan lucah di media elektronik. Bagaimana dengan cerita-cerita hantu yang sememangnya menghiburkan tapi merosakkan minda serta melemahkan semangat penontont? Bilakah minda raayat Malaysia benar-benar bebas dari pengaruh hantu? Gua malu Babe!
Hari raya baru ini, banyak bebenor cerita hantu yang ditayangkan. Sungguhpun sesetengahnya berbentuk lawak dan jenaka tetapi ia masih lagi dalam lingkungan hantu. Hemmm, raya ni berantu betoi. Heran betoi, kerana dalam dunia yang serba maju ini, kita seronok pulak nengok cerita hantu. Menariknya, hantu dalam pemikiran melayu menakutkan manakala dalam pemikiran cina membantu manusia.

http://myfaisalonline.blogspot.com/

Berikut adalah entri di dalam blog ini yang telah disiarkan pada tahun sudah (Penyemaian Pemikiran khurafat dan tahayul oleh Media Massa). Mudahan dimanfaatkan.

Setelah Islam bertapak di Nusantara, sedikit sebanyak kepercayaan tahayul dan khurafat seperti pemujaan kepada keramat; amalan memuja kampung dan semangat padi; memohon kepada roh wali; bintang dua belas penentu nasib; bomoh boleh mengetahui alam ghaib; bulan Safar bulan bala; suara burung hantu membawa pertanda malang; benda yang pecah menjadi petanda belaku perkara yang tidak baik; cara uri ditanam akan mempengaruhi kehidupan anak yang baru dilahirkan; kucing hitam yang melintas membawa pertanda buruk; nombor 13 membawa sial dan 1001 kefahaman masyarakat telah dapat dinyahkan.

Anehnya, dalam keadaan masyarakat masih belum bersih sepenuhnya daripada belenggu pemikiran dan amalan tahayul dan khurafat itu, kedapatan pula media elektronik yang cuba menyuburkan semula pemikiran dan amalan tahayul dan khurafat ini melalui filem dan drama TV. Sejak kebelakangan ini, didapati begitu banyak penayangan filem-filem dan drama-drama berunsurkan seram dan mistik bertemakan hantu, jin dan syaitan.

Terfikirkah kita kenapa anak-anak zaman sekarang takut nak ke tandas kalau tidak ditemani oleh Ibu bapa? Kalau tidak pengaruh media massa masakan jadi begini! Dan jangan terkejut jika generasi masa depan adalah generasi yang penakut hantu dan lebih mengenali hantu daripada Tuhannya.

Pemikiran tahyul dan khurafat ini bukan sahaja tersebar melalui media elektronik, malah media cetak juga turut memainkan peranan menanam pemikiran ini. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat sesetengah majalah, akhbar dan tabloid yang memberikan ruang yang cukup selesa untuk paparan cerita-cerita misteri, hantu itu dan ini, sejarah puaka di sana sini dan bermacam-macam lagi.

Sebenarnya kepercayaan kepada tahayul dan khurafat ini melambangkan kemunduran dan tidak bertamadun.

Pertama: Orang yang mengamalkan kepercayaan ini terdiri di kalangan masyarakat yang mundur lantaran pendedahan terhadap ilmu sains yang sangat terhad. Ini membawa kepada kepercayaan kepada khurafat apabila sesuatu fenomena alam berlaku. Sebagai contoh, bunyi guruh dipercayai berpunca daripada dewa atau hantu yang sedang marah sedangkan penemuan sains mendapati bahawa bunyi itu disebabkan oleh cahaya yang melintasi ruang udara. Maka terhasillah bunyi yang kuat seperti apabila kita menghayunkan sebatang lidi di udara. Masyarakat yang bertamadun dan maju tidak mudah mempercayai perkara khurafat kerana mereka sering mempersoalkan rasional disebalik sesuatu perkara. Sebagai contoh, kencing ditepi pinggir hutan perlu meminta izin daripada ”tok” kerana takut dimarahi oleh penunggu. Apa perlunya berbuat demikian kerana kuasa memudaratkan itu adalah dari Allah, bukan penunggu.

Kedua: Pengamalan kepercayaan ini turut berpunca daripada kekurangan teknologi dan kekurangan sumber manusia yang menyebabkan manusia terpaksa bergantung kepada pertolongan jin (baca: hantu raya, toyol dan sebagainya). Sebagai contoh, untuk membuka ladang padi huma memerlukan kepada tenaga yang begitu banyak untuk menebang pokok, membakar kayu, menebas dan sebagainya. Mahu tak mahu, orang-orang dulu terpaksa bergantung kepada tenaga jin. Begitu juga mereka terpaksa bergantung dengan bomoh/pawang yang sebahagian mereka itu menggunakan jin kerana tiada/kurang kemudahan klinik.

Selain itu, meminta tolong daripada jin hanya akan menambahkan lagi kebergantungan kepada dunia misteri ini dan membawa jauhnya manusia daripada Allah. Ini berbanding apabila menggunakan ayat al-Quran atau minta tolong dengan pengamal perubatan traditional yang berasaskan al-Quran. Pergantungan adalah kepada Allah.

Melambakkan filem dan cerekarama bertemakan jin, misteri dan hantu seperti bawang putih bawang merah, susuk, bunian dan sebagainya seolah-olah ingin membawa masyarakat kepada kemunduran di dalam fikiran. Sungguhpun ia bersifat hiburan tetapi sejauh mana pendedahan lakonan tahayul dan khurafat ini mampu mengajar masyarakat. Apakah ianya mengajak masyarakat menjauhinya atau lebih terpengaruh ke arahnya?

Sebagai umat Islam, kita perlu percaya dengan alam ghaib termasuk jin dan syaitan. Hantu tergolong dalam kelompok jin. Namun kegahirahan untuk menyingkap rahsia jin dan hantu tidak membantu mengembangkan minda masyarakat. Sebaliknya menghanyutkan masyarakat dengan perkara yang kurang berfaedah dan boleh menjejaskan akidah umat Islam. Apa akan berlaku kepada akidah umat Islam jika cerita-cerita begini terus disebarkan di kalangan masyarakat dan diberikan ruang pula oleh pihak media? Tepuklah dada, tanyalah iman. Selamatkan keluarga anda!

--

Sijil Halal Jakim?

Assalammualaikum!
Makan rezki halal adalah tuntutan wajib bagi umat islam. Janganlah kita rengan-rengankan hukuman Allah. Setiap yang dihukum dalam alquran, ada hikmahnya. Mungkin aqal kita belum berupaya untuk menikmati logiknya.
Ramai muslimin yang berpendapat restoran bangsa asing yang banyak dikunjungi oleh orang melayu adalah halal kerana tidak memasak binatang mughalazah. Restoran seperti itu hanyalah "Porkfree" belum tentu status kehalalannya. Ayamnya mungkin dari sumber yang tidak disembelih secara islam. Apatah lagi para chef tidak mungkin membaca shallawat atau bismillah sewaktu menyediakan makan. Berhati-hatilah dengan hukum Allah, sebelum kita memilih untuk tawaqal sahaja.
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
   2) A&W
   3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
           2) Kam Lun Ta
          3) Lotus Family Restoran  

          Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:

         1) San Francisco Steakhouse
         2) Chicken Rice Shop
        3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.  Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.  

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Bersama ini dilampirkan sekali artikel yang dikirakan relevan untuk tajuk ini.
12 syarikat kuih bulan dapat sijil halal
UMAT Islam kini boleh menikmati keenakan kuih bulan selepas Jakim mengeluarkan sijil
halal kepada 12 syarikat pengeluarnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan sijil halal kepada
12 syarikat pengeluar kuih bulan yang produknya boleh dimakan oleh masyarakat Islam.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal Jakim, Abdul Hamid
Mohamed Salleh berkata, syarikat yang mendapat pengesahan halal tersebut ialah HYT
Food Industries Sdn. Bhd., Leong Yin Pastry Sdn. Bhd., Sakura Food Manufacturing
(M) Sdn. Bhd., TT Food Manufacturing Sdn. Bhd. serta The Baker's Cottage Sdn. Bhd.
Selain itu, katanya, syarikat LB (Lian Bee) Confectionery Sdn. Bhd., KLT Food Industries
Sdn. Bhd., King's Confectionery Sdn. Bhd., Tanjung Omega Sdn. Bhd., Tuan Sanawi Tuan
Ngah Sdn. Bhd., Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. dan Bake Station Sdn. Bhd. turut
diberi sijil halal tersebut.
"Sekiranya kuih bulan tersebut ada tertera sijil halal Jakim, ia boleh dimakan dan
dibeli dan umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk makan kuih bulan yang tertera sijil
halal tersebut," katanya.

Sunday, September 12, 2010

Batu yang anih.

BATU-BATU YANG ANEH

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah.

Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji.

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu

disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang

Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih

dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji

batu lalu berkata pada batu itu :

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan

Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh

batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang

kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh

Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka.

Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut.

Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat

itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia

pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke

dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak

akan menyeksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak

lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh,

neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh

batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia

naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah.

Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan

aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah

engkau ke dalam syurga."

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka

lebar.

Benarkah Nabi Allah Musa Membelah Laut Merah?

 
 

Assalammualaikum!

Kita hanyalah insan yang lemah, tidak berdaya mencabar kekuasaan Yang Maha Esa. Mempercayai kitab al-quran adalah rukun iman yang wajib dipatuhi. Al-quran telah menceritakan bagaimana Nabi Allah Musa membelah laut merah. Ramai yang membaca kisah ini sebagai dongengan yang tidak boleh dibahaskan. Namun kini, para saintis telah mula membuktikan bagaimana laut merah boleh terbelah dengan berdasarkan hukum logik alam. Dalam kes sebegini, teringat pesanan/bidalan inggeris lama: “The heart knows today, the head understands tomorrow.”  

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi