Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Saturday, August 28, 2010

Kita Boleh Menang!

 

Malaysia boleh menang apa-apa acara dunia, hendak atau tak hendak, dengan komitmen bukan sahaja pemain, tetapi jurulatih, pengurus dan pegawai. Kalau nak berjaya semua pengurus, pegawai, jurulatih dan pemain makan menu yang sama, bilik taraf yang sama, kenderaan yang sama. Kalau pergi pertandingan atau latihan luar negara tu jangan bawa anak bini, semua dari pemain hingga pegawai.
Baru-baru ni saya ke Shah Alam atas urusan peribadi. Terserempaklah seorang brother ni, yang tak pernah saya jumpa sebelum ni, tapi sebab ada urusan terjumpalah dia. Dia pun ceritalah sikit karier beliau. Beliau terlibat dalam sukan Muay Thai atau Tomoi atau Kickboxing.
Sebut Tomoi ni selalunya yang kita ingat hanya orang Thai atau Jean Claude Van Damme. Rupanya ada budak Melayu yang sekarang ini ranking No 1 Dunia kategori Feather Weight.
Brother yang saya jumpa ni kata , Melayu yang terlibat dalam seni bela diri ini ada segelintir kecil yang tunjuk terror sesama sendiri sahaja. Tapi tak ke mana.
Muay Thai katanya perlu disiplin yang tinggi. Ada budak kita yang tak tahan.
Hairan ya, kenapa ahli sukan macam ni yang mendapat ranking No 1 dunia tidak mendapat liputan dan ganjaran yang sehebat sukan lain seperti Badminton dan Squasy dan lain-lain ?

http://www.worldmuaythai.org/fighter-ranking
Feather Weight
55.338 KG (122 Lbs) - 57.153 KG (126 Lbs)
1. Saiful Boxx Warrior - Malaysia
2. Ochir Odbayar - Spain
Light Weight
58.967 KG (130 Lbs) - 61.235 KG (135 Lbs)
1. Jerson Estoro - Philiphine
2. Rivero Alexander - Spain
3. Uiziibat Turbayr - Mongolia
4. Wayi Boxx Warriors - Malaysia
http://boxxtomoi.blogspot.com
http://muaythaimalaysia.blogspot.com
http://muaythaitigers.blogspot.com

__._,_.___

Saturday, August 21, 2010

Mulia Sungguh Hatimu, Cikgu!

Assalammualaikum!
Oh, Cikgu! Siapapun kamu, jasamu akan tetap dikenang. Siapapun/sehebat mana  kita hari ini, jangan lupa tapak bermula segalanya adalah jasa gigih dan kreativiti guru yang berdedikasi.
Sedih pun ada, terharu pun ada, gembira pun ada, apabila membaca cerita ada seorang Guru Besar di Negeri Sembilan tidur di sekolah. Sedih sebab jarang kita dengar seorang guru apatah lagi seorang guru besar yang begitu komited hinggakan sanggup menjadikan sebuah setor di sekolahnya seluas 12 kaki kali 12 kali sebagai bilik tidurnya.

Cikgu Liu Shuang Zhen dari SRJK (C) Kampung Baru Tanah Merah, Port Dickson tinggal di Bahau , 105 km dari sekolah. Jadi beliau lebih rela tidur di sekolah tiga hari seminggu. Bukan dia tidak mampu untuk menyewa rumah atau menyewa bilik, tetapi Cikgu Liu suka dengan keadaan demikian, di mana beliau boleh memberi tumpuan yang lebih di sekolah dan ibu bapa lebih mudah untuk berjumpa beliau di luar waktu sekolah.

Sedihkan, tak ramai orang yang sanggup berkorban macam Cikgu Liu ini. Berkorban dengan rela hati, tanpa rasa hendak menyalahkan sesiapa, tetapi suka akan apa yang dilakukannya, demi kejayaan anak bangsa.

Semoga ramai daripada kita, bukan sahaja dari kalangan guru bahkan dari kalangan menteri, wakil rakyat, pegawai daerah, doktor, askar, polis, pekerja kilang dan lain-lain dapat mencontohi sikap Cikgu Liu ini.

Laporan penuh dan gambar tempat tidur Cikgu Liu di laman web akhbar Sin Chew di
http://www.mysinchew.com/node/40722

Saturday, August 14, 2010

Bahana Menonton Cerita Seram.

*****************************************
Assalammualaikum!

Sejak setahun dua kini, rancangan TV banyak menyiarkan cerita seram pada waktu malam. Mungkin ini adalah satu tarikan kommersial, tapi sebenarnya, dalam tidak sedar, psikologi penonton telah diracuni secara halus. Masihkah tiada pihak yang ingin membetulkan perkara sebegini?

 


Tonton siri seram lahir anak kuat menangis
Utusan Malaysia 20 Jun 2010. CHENNA 19 Jun - Wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.
Kajian Kolej Perubatan Madras di sini mendapati bayi yang dilahirkan oleh wanita mengandung yang suka menonton siri televsiyen Tamil seperti Chitty lebih kerap menangis.
"Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang tidur awal.
"Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis termasuk selepas diberi makan," kata Dr. S. Elango, bekas pengarah kesihatan awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama.
Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu.
Ibu-ibu tersebut dipantau semasa mereka sedang mengandung manakala bayi mereka turut diperhatikan sehingga beberapa hari dilahirkan.
Kajian turut mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menonton televisyen lebih nyenyak tidur. — BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Thursday, August 12, 2010

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang

dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu

beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut

solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T

:

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu

bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam

tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku

dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan

dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).

Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana

pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku

telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu

sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan

Allah S.W.T. menolak  1 doa dari doa Rasullullah S.A.W.

Saturday, August 7, 2010

Mesjid di Kuala Kangsar.

Destinasi masjid tercantik

KUALA KANGSAR, bandar diraja di Perak mempunyai kira-kira 39,300 penduduk. Ia terletak berhampiran Sungai Perak dan terkenal dengan tempat bersejarah.

Nama Kuala Kangsar dipercayai diambil daripada perkataan Kuala Kurang-Sa yang bermaksud 100 tolak satu.

Disebabkan kedudukannya hampir dengan Sungai Perak, Kuala Kangsar sering dilanda banjir. Bah besar pernah berlaku pada 1926.

Istana Sultan Perak terletak di Kuala Kangsar sejak kurun ke-18. Malah, ketika zaman pemerintahan British, residen pertama ke negeri itu, James W W Birch beroperasi dari bandar diraja itu.

Kuala Kangsar turut terkenal sebagai tempat pertama menanam pokok getah yang pernah menjadi industri utama negara.

Jika bertandang ke Kuala Kangsar, anda boleh melihat pokok getah itu yang kini menjadi sejarah negara.

Dua jambatan menghubungkan Kuala Kangsar ke Sayong ialah Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah dan Jambatan Sultan Iskandar.

Jika datang dari arah selatan atau utara, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Dari Kuala Lumpur, perjalanan menggunakan kereta mengambil masa dua jam.

Kuala Kangsar memang terkenal dengan tempat menarik, antaranya Istana Kenangan, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Medan Selera Sungai Perak dan kolam air panas.

>Masjid Ubudiah
Masjid ini dianggap antara masjid tercantik di negara ini dengan kubah dan menara yang menggambarkan seni bina yang klasik.

Ia direka bentuk arkitek, Arthur Benison Hubback yang pernah terbabit mereka bentuk Stesen Keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur.

Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah 1, ia terletak berhampiran Muzium Diraja Bukit Chandan.

Masjid itu siap pada akhir 1917 dengan kos, RM200,000, jumlah yang agak mahal ketika itu. Ia dirasmikan, Sultan Abdul Jalil Karamtullah Shah.

>Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK) dahulunya adalah sekolah lelaki untuk golongan elit.

Pengetua pertamanya ialah W Hargreaves. Sejak 1965, MCKK diterajui pengetua daripada orang Melayu.

Pada Jun 2006, kolej itu mencatat sejarah apabila menerima tetamu kehormat, Mahajara Akihito and Permaisuri Michiko dari Jepun yang melawat kolej itu.

MCKK terkenal kerana melahirkan ramai cerdik pandai di negara ini termasuk perdana menteri dan menteri kanan selain golongan diraja.

>Medan Selera Sungai Perak.
Siapa yang pernah datang ke bandar diraja ini pasti tidak melepaskan peluang menikmati keenakan laksanya selain cendol pulut.

C19505_1.gif   

Click Here

Jika teringin menikmati masak lemak ikan patin, sepanjang gerai di medan selesa terbabit menjual makanan itu. Ia menjadi tumpuan penduduk tempatan termasuk pelancong asing.

1265184685953_468x60.gif   

Kolam Tergantung!

Projek RM19b

DIA sudah tentu tidak akan berenang terlalu rapat dengan tebing.
Lelaki ini ialah perenang pertama di dunia untuk menikmati pemandangan menakjubkan - berenang di tingkat 55 sambil melihat sekeliling bandar raya Singapura.

Bangunan kasino Marina Bay Sands yang menelan belanja RM19 bilion dirasmikan Rabu lalu dan kolam renangnya yang sepanjang 150 meter itu - lebih panjang tiga kali ganda berbanding kolam renang Olimpik, menjadi tarikan utama.

Kolam tergantung itu direka untuk menjadikannya kelihatan seolah-olah airnya mencecah hingga ke ufuk. Realitinya, tebing kolam itu hanyalah kira-kira 10 sentimeter di bawah paras air. Ini bermakna air itu akan melimpah di tebing ke ruang perangkap air di bawah dan kemudian dipam semula ke kolam berkenaan.

Konsep itu diilhamkan daripada sawah bukit seperti yang terdapat di Bali, Indonesia.

Ia sering kelihatan di pusat peranginan mewah seperti Marina Bay Sands.

“Di Singapura, Marina Bay Sands akan menjadi tarikan utama, tempat industri pelancongan dijangka meledak,” kata jutawan judi, Sheldon Adelson yang juga Pengerusi Vegas Sands Corp, syarikat pemilik pusat peranginan itu, ketika merasmikan resort berkenaan. Hotel gergasi itu yang kini menguasai pemandangan latar langit Singapura, mempunyai 2,560 bilik dan suite, sekumpulan chef ternama, kawasan beli-belah, pawagam, muzium, kasino dan astaka kristal.

Pusat peranginan berkenaan dijangka menggunakan khidmat 10,000 pekerja secara langsung dan menjana pendapatan RM233 juta setahun. Untuk memasuki kasinonya saja, pengunjung dikenakan bayaran kira-kira RM250 sehari. Sehingga ini, purata 25,000 orang sudah mengunjunginya sejak pembukaan fasa pertama kira-kira dua bulan lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marina Bay Sands, Thomas Arasit berkata, dia menjangka jumlah itu akan meningkat sehingga 70,000 orang sehari, 18 juta setahun.

Reka bentuk resort itu dihasilkan oleh Moshe Safdie dan sepatutnya dirasmikan pada 2009. Bagaimanapun ia ditangguhkan kerana masalah kekurangan bahan, tenaga buruh serta pembiayaan akibat krisis kewangan global.

Majlis pembukaan Rabu lalu diserikan dengan perlumbaan berani mati, membabitkan tiga peserta dalam tujuh pasukan yang mendaki tiga menara pusat berkenaan secara berganti-ganti sebelum berlari ke garisan penamat yang merentasi Sands SkyPark sepanjang 340 meter, tempat kolam infiniti itu terletak.

C19505_1.gif   

http://img6.cdn.adjuggler.com/images/Client280675/1265184685953_468x60.gif  

Click Here