Tahi Bintang?
Assalamualaikum! ‘subhanaallah’ Maha Suci Allah yang menjadikan segala kejadian di dunia ini.
400 cedera tahi bintang timpa Russia
YEKATERINBURG/CHELYABINSK: Kira-kira 400 penduduk mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api
Terasa macam melihat filem Armageddon pula rasanya, tetapi ini realiti yang berlaku. Di Chelyabinsk, Russia, penduduk di sana digemparkan apabila meteorit dari angkasa telah meletup ketika orang ramai sedang bersiap-siap untuk pergi bekerja.
Kejadian itu telah berjaya dirakam oleh beberapa orang awam melalui kamera yang dipasang pada kereta.
Gambar dari Rauters
Dalam video yang sedang tersebar di laman Youtube, kelihatan satu cahaya putih panjang dari langit, sebelum ia bertukar menjadi satu cahaya putih yang terang.
“Saya sedang memandu kereta untuk pergi bekerja, waktu itu keadaan masih gelap, tetapi tiba-tiba menjadi terang seolah-olah hari telah siang,” kata Viktor Prokofiev, 36, warga Yekaterinburg.
“Terasa seperti mata ini buta akibat cahaya silau itu,” katanya lagi.
Kemunculan meteor itu telah menyebabkan kaca tingkap pecah, lantai bergegar dan talian telefon menjadi terganggu.
Kementerian Dalam Negeri mengatakan letupan meteorit tersebut telah menyebabkan terjadinya letupan sonik.
Kementerian Kecemasan Russia berkata, 514 orang telah mendapatkan bantuan perubatan akibat luka ringan daripada serpihan kaca, 112 daripada mereka dikejarkan ke hospital.
Sebuah kumpulan khas telah dibentuk untuk mencari sisa-sisa meteorit tersebut.
NASA menganggarkan saiz metoerit itu sekitar 46 meter dalam diameter.
Kawah tahi bintang gergasi dijumpai di Mesir
KAHERAH - Sebuah kawah tahi bintang baru yang dikesan menerusi bantuan enjin carian Google Earth mungkin membantu saintis menentukan kesan hentaman objek dari angkasa lepas itu pada masa depan, lapor sebuah akhbar.
Imej kawah gergasi Kamil dari google map
Batu tahi bintang itu yang dikenali sebagai kawah Kamil sedalam 16 meter dan selebar 45 meter.
Ia terletak di sebuah gurun di selatan Mesir dan dipercayai terbentuk akibat hentaman batu tahi bintang seberat 10 tan yang bergerak pada kelajuan 12,070 kilometer sejam.Gambar dari udara menunjukkan kawah tahi bintang Kamil di selatan Mesir.
Kawah tersebut dikesan pada 2008 oleh seorang pakar galian, Vincenzo De Michele dari Milan, Itali yang kemudian melancarkan ekspedisi selama dua minggu melibatkan 40 orang pada Februari lalu.
Saintis-saintis percaya, ia merupakan antara kawah muda yang dianggarkan kurang sepuluh ribu tahun. - Agensi
Friday, February 15, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat
-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
WhatsApp +62 822 4631 1483
Post a Comment