Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, June 30, 2010

Cerpen: Nurul Ain.

Cerpen - Nurul Ain
Oleh:
Zabariah Zakaria, Selama, Perak

Dipetik dari Majalah SBM: Januari – April 2007

Nota:

Zabariah Zakaria merupakan seorang graduan cacat penglihatan dalam bidang Penulisan Kreatif di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Telah banyak menghasilkan cerpen dan puisi.


Hari ini perkara yang sama masih tetap dilakukan. Perkara yang itu, perkara yang ini, tetap sama. Sama seperti kelmarin dan semalam. Perkara yang itu, perkara yang ini, tetap sama. Esok, lusa dan entah bila. Perkara yang sama, yang itu juga, yang ini juga, tetap sama. Sampai bila?

Setiap pagi di rumah, gegendang telinga Nurul Ain menangkap laungan suci dari masjid berdekatan. Laungan yang menghambat syaitan dan iblis durjana yang cuba bersatu dengan roh untuk mengajak berlakon sama di atas pentas mimpi.

Nurul Ain berkumat-kamit membaca sepotong doa, menjadi kalimah pertama tatkala bersua di hari baru.

Selesai menunaikan solat Subuh, dia berbaring-baring. Merenung dan bermenung menjangkau sesuatu yang dia sendiri tidak tahu kesudahannya. Kotak fikirnya tidak lepas memikirkan masa depan yang masih panjang. Adakah selamanya harus begini? Bagaimana keadaannya bila mak dan ayah sudah tiada? Adakah kakak dan abang akan mempedulikannya?

Ah! Tidak mungkin kakak dan abang akan bertindak begitu. Mustahil! Mereka baik dan sentiasa mengambil berat tentangnya.

Tapi...

Bukankah hati manusia fitrahnya berbolak-balik? Berubah-ubah bagai pantai dipukul ombak? Sekarang memanglah mereka mengambil berat halnya. Tapi bagaimana di kemudian hari? Sampai masa dan ketikanya mereka akan berumah tangga. Kakak akan mengikut suaminya. Abang pula; Adakah isterinya boleh menerima dirinya?

Nurul Ain melepaskan keluhan berat. Dia bangun mengemas tempat perbaringannya. Kemudian menuju ke tingkap.

Sebaik sahaja daun tingkap mengkeriuk luas, wajah mulusnya disapa hembusan pagi yang mendamaikan. Kedengaran siulan burung menyanyi menyambut pagi, ayam jantan yang meneriak nyaring dan derum-deram kenderaan di jalan berhampiran.

Di celah-celah kedamaian itu, telinganya untuk ke sekian kalinya dicuit oleh suara kanak-kanak dan remaja seusianya ke sekolah. Bunyi gelak tawa mereka memilukan hatinya.

“Ain!” Dia tersentak. Lamunannya hancur-lumat dibawa angin pagi.

“Beranganlah tu!”

“Tak pun.”

“Ain tau kan pagi ni ada tetamu nak datang?” Dia tidak langsung menjawab. Bibirnya bergerak tetapi tidak bersuara. Dia mengangguk kecil.

“Bukan apa, takut lupa saja.”

Wanita bergelar ibu yang telah menerannya dari rahim 14 tahun lalu berlalu. Sememangnya dia sudah tahu kedatangan tetamu itu. Dia gembira tetapi sedih. Dia khuatir. Dia tahu tujuan tetamu itu.

Dia ingat lagi suatu ketika dahulu, dia menangis semahu-mahunya dalam bilik. Semua orang tidak tahu dia menangis. Orang tidak tahu dia terkilan. Pada masa yang sama dia memang tidak mahu orang tahu dia menangis dan terkilan.

Dia tahu ayah menyayanginya. Dia tahu ayah mengasihaninya. Ayah tidak mahu dia berjauhan darinya. Ayah tidak mahu orang menganiayainya.

Dia memahami dan mengerti maksud ayah.

Akhirnya tetamu yang datang itu pulang dengan kekecewaan. Mereka tidak berjaya memujuk ayah agar menyekolahkannya. Meskipun jaminan diberikan, keputusan ayah tidak berubah. Kalau hitam, hitamlah, kalau putih, putihlah.

Naluri kanak-kanaknya waktu itu memprotes. Namun dia tidak mampu bertindak. Dia sayang ayah. Dia tidak mahu ayah terasa hati. Justeru itu, dia merela dalam keterpaksaan.

Nurul Ain di sebelah emak. Ayah di satu sudut menghadap tetamu.

“Nurul Ain akan diberi latihan di pusat kami. Nurul Ain akan menerima latihan mengikut peringkat. Setiap peringkat mengambil masa enam bulan. Nurul Ain akan belajar menulis dan membaca tulisan braille. Kemudian Nurul Ain akan menerima latihan berbentuk kemahiran membuat kraf tangan.”

Ayah senyap. Nurul Ain tahu apa yang tersirat di hati ayah.

“Kami akan uruskan semuanya. Nurul Ain akan tinggal di asrama bersama-sama pelatih lain. Makan dan minum disediakan. Pak cik, mak cik sekeluarga tidak perlu membayar apa-apa. Malah Nurul Ain akan diberi elaun setiap bulan.” Pegawai itu berhenti sekejap.

“Kalau pak cik dan mak cik bersetuju, bolehlah hubungi kami. Kami akan bantu dan uruskan.”

Begitu sekali mereka ingin membantu. Bersusah-payah datang ke rumah dan menerangkan dengan jelas kemudahan yang disediakan. Suatu ketika dahulu mereka datang untuk memujuk ayah agar menghantarnya ke sekolah, tetapi kali ini mereka datang untuk memujuk ayah menghantarnya mengikuti kursus di pusat latihan.

Ayah tetap dengan keputusannya. Harapan yang dibawa oleh tetamu-tetamu itu bagai dipulangkan kembali. Dibawa bersama pulang ke pusat latihan. Sama seperti dahulu, mereka gagal lagi.

Ayah tidak berkata apa-apa. Dia diam. Nurul Ain mengerti tentang itu dan tidak pernah menyuarakan apa-apa tentang hal itu.

Hari ini dia tetap begini. Sama seperti hari-hari berlalu.

Setelah puas menikmati hembusan angin pagi dia berlalu. Dia meninggalkan peristiwa-peristiwa itu di situ. Dia ke dapur. Dia mengambil cerek lalu memasukkan air dan menjerangnya. Dia tahu emak akan ke dapur sebentar nanti. Membancuh air untuk ayah. Dia tahu dan itulah rutin hariannya.

Ketika dia habis mencuci pinggan mangkuk yang diguna malam tadi, matahari mula menggarang. Dia kembali ke bilik. Diambilnya dan dikumpulkannya pakaian kotor. Kemudian ke bilik air.

Desas-desus mula kedengaran dari bilik air. Emaknya tahu, ayahnya tahu, Nurul Ain sedang membasuh. Begitulah setiap hari.

Setelah mandi dan bersiap seadanya, dia menyenget mengangkat baldi ke ampaian, disidai satu persatu. Jiran-jiran tahu itu. Mereka tahu kerana setiap hari Nurul Ain melakukannya.

Nurul Ain akui dan tidak menafikan bahawa dia diberi kepercayaan buat itu dan ini. Membasuh, menyidai, menyapu, mengemas dan kadang-kadang memasak. Emak dan kakak mengajarnya, menggalakkannya dan menyuruhnya berbuat begitu. Kata mereka, Nurul Ain perlu berdikari. Sekurang-kurangnya boleh mengurus diri sendiri.

Kelincahan ke sana ke mari dalam rumah, turun naik tangga, buat itu dan buat ini, menjadi pujian jiran sebelah menyebelah. Mereka kagum dan kadang-kadang pelik dan hairan Nurul Ain bertindak seperti orang yang boleh melihat.

Cuma satu sahaja yang tidak lengkap dalam kehidupannya. Dia tidak berpeluang bersekolah. Ayahnya keberatan menyekolahkannya. Bukan ayahnya tidak tahu tentang wujud sekolah khas. Ayahnya bukan tidak tahu itu semua. Ayahnya tahu dan mendengar berita beberapa orang anak kampung sebelah, malah di kampung itu juga ada anak yang tidak dapat melihat dihantar ke sekolah khas. Ayahnya tahu.

Mengapa dan kenapa ayahnya keberatan menghantar Nurul Ain ke sekolah, semua orang tidak tahu. Ramai juga yang datang berjumpa dengan ayahnya. Memujuk dan menyarankan Nurul Ain dihantar ke sekolah khas. Malah Pak Othman yang mempunyai anak sebaya Nurul Ain juga tidak dapat melihat pernah berjumpa dengan ayahnya. Pak Othman menceritakan tentang perkembangan anaknya yang sudah belajar di sekolah menengah dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia. Menceritakan kehidupan anaknya di sekolah. Menyatakan kemudahan yang diperoleh dan keseronokan belajar.

Ayahnya tidak pula berkecil hati pabila orang bercakap tentang hal itu. Dia tidak marah malah membuka telinga mendengarnya. Tetapi keputusannya tetap sama. Ayah tetap berkeras tidak mahu menyekolahkan Nurul Ain.

Kini Nurul Ain sudah berumur 17 tahun. Namun di usia itu Nurul Ain masih tidak mengenal huruf apatah lagi membaca dan menulis. Namanya ’Nurul Ain’ juga dia tidak tahu untuk mengejanya. Hatinya sedih. Namun dia pasrah menghadapinya.

Dia pernah juga mendengar tentang cerita anak Pak Othman yang bersekolah khas. Mereka bercerita anak Pak Othman membaca menggunakan hujung jari telunjuk. Anak Pak Othman menulis dengan menggunakan sebuah mesin taip yang hanya mempunyai sembilan kekunci. Apabila ditekan, pada kertas akan keluar bintik-bintik kecil yang pelbagai posisi dan kelihatan timbul.

Nurul Ain juga pernah mendengar maklumat dari radio memaklumkan kegiatan orang-orang kurang upaya sepertinya. Diajar membuat kraf tangan, mengurut, menjahit dan sebagainya.

Nurul Ain ke dapur semula. Membuka tudung saji dan menjamah sedikit sarapan pagi. Sesekali dia akan bersama-sama emak dan ayahnya bersarapan. Ketika dia sedang mencuci cawan dan pinggan, dia terdengar deruman motosikal berhenti di depan rumahnya. Seketika kemudian terdengar suara lelaki memberi salam.

“Waalaikummussalam. Ha! Man, jemput masuk, masuk.”

Nurul Ain dengar ayahnya menjemput masuk. Siapa? Dia tidak pula mengecam pemilik suara itu. Nurul Ain tahu tugasnya. Dicapai cerek. Dimasukkan air yang sudah suam itu ke dalam bekas. Kemudian memasukkan air untuk dijerang. Sebentar nanti tentu emak ke dapur membancuh air untuk tetamu.

“Yana ni ha beria-ria sangat nak jumpa anak Pak Wan. Dah lama diajaknya ke mari.”

“Ain, Ain, ada kawan nak jumpa ni.”

Kawan? Siapa? Hatinya berteka-teki. Sepanjang kehidupannya dia tidak punya kawan. Cuma ada ayah, emak, kakak, abang, jiran dan saudara-mara. Tidak pula dia punya kawan lain di kampung itu. Siapa agaknya?

“Ain, kawan nak jumpa ni. Sinilah dulu.”

Nurul Ain melangkah perlahan ke ruang tamu.

“Ke kiri sikit. Dekat tv tu. Ha sikit lagi.”

Pencariannya berhasil. Dia terpegang seseorang.

“Salam Ain. Anak Pak Othman tu. Datang nak jumpa Ain.”

Dua gadis yang kali pertama berjumpa itu bersalaman.

“Hai senyap saja. Beria-ria suruh ayah hantar. Ni dah jumpa diam saja.” Tegur Pak Othman apabila melihat kedua-dua anak istimewa itu membisu seribu bahasa.

“Budak-budak memang macam tu. Kalau ada kita bukan nak bercakap.”

”Kalau macam tu ayah balik dululah. Nanti petang ayah datang jemput.”

Setelah minum dan berbual seadanya, Pak Othman meminta diri untuk pulang dahulu. Pak Othman meninggalkan anaknya bersama Nurul Ain.

Emak dan ayah Nurul Ain mengerti. Mereka meninggalkan dua orang anak itu di situ.

“Nama saya Norliana. Panggil Yana pun boleh.” Anak Pak Othman memulakan bicara.

Perbualan mereka semakin rancak. Nurul Ain membawa Norliana ke sudut lain. Selepas bertanya hal-hal keluarga, perbualan mula menjurus kepada persoalan semasa.

“Kenapa Ain tak mahu ke sekolah?”

“Bukan saya tak mahu ke sekolah. Tapi ayah tak benarkan.”

“Ain boleh baca?”

“Tak. Dulu masa kecil kakak ada juga ajarkan. Tapi dah lupa.”

“Ain tak mahu masuk kursus apa-apa? Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang boleh dibuat. Belajar buat bakul ke?”

“Saya memang nak. Tapi masalahnya ayah tak izinkan. Dulu ada orang datang. Kalau ayah setuju mereka akan uruskan semua. Tapi nak buat macam mana ayah tak izinkan.”

“Tak apalah Ain. Kalau dah macam tu tak boleh buat apalah. Tapi Ain mesti pandai masak kan? Saya ni makan tahulah. Masak tak tahu.”

“Taklah pandai sangat. Biasa saja. Untuk diri sendiri tu bolehlah. Alah... Yana bukan tak boleh tapi mungkin tak biasa buat. Nanti bolehlah tu.”

Norliana makan tengah hari bersama Nurul Ain. Mereka mesra dan seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Selesai menunaikan solat Zuhur, mereka berbual lagi.

“Bersabarlah Ain. Saya yakin Ain tak akan selamanya begini. Masanya akan tiba cuma lambat atau cepat sahaja.

“Harap-harap begitulah Yana.” Ain sedikit sebak.

“Nanti saya datang lagi. Saya bawakan kertas yang sudah ditulis dengan tulisan braille.”

“Saya tak pandai bacalah Yana.”

“Tak apalah. Sekurang-kurangnya Ain dapat bayangkan.”

Petang itu Pak Othman datang menjemput Norliana. Selepas solat Asar di masjid berhampiran, Pak Othman terus ke rumah Nurul Ain. Pertemuan antara Nurul Ain dan Norliana itu bakal menjanjikan satu perkenalan yang baik. Sekurang-kurangnya Nurul Ain ada teman untuk mengadu nasib dan meluah perasaan. Norliana pula tidak lokek bercerita itu dan ini. Bukan untuk menambah kesedihan di hati Nurul Ain tetapi untuk berkongsi sesuatu yang dinikmatinya.

Malam itu seperti hari-hari lalu, selepas menunaikan solat Maghrib, Nurul Ain hanya sekadar berada di bilik. Kadang-kadang dia membantu emak menyediakan makan malam di dapur. Selepas solat Isyak mereka akan makan malam beramai-ramai. Kemudian menonton televisyen.

Jika tidak ada rancangan yang menarik, Nurul Ain akan ke bilik. Berbaring-baring sambil mendengar radio.

Perkara yang sama sahaja setiap hari. Suasana mungkin sedikit berbeza apabila ada sanak saudara yang datang ke rumah dan bermalam.

Kebiasaan itu akan terhibur sedikit apabila kakak atau emak membawanya ke pekan membeli-belah. Terubat sedikit kesedihannya apabila dia dibawa ke rumah sanak saudara atau kawasan percutian.

Namun perkara itu dan perkara ini sahaja yang dilakukan ketika dia di rumah. Sampai bila dia sendiri tidak tahu. Dia berdoa dan berharap ayahnya akan berubah fikiran. Dia juga seperti insan kurang upaya lain. Mahu mempunyai kawan dan teman. Mahu bergaul. Mahu mencari rezeki dan mempunyai pendapatan sendiri.

Kata Norliana, masanya akan tiba. Cuma lambat atau cepat. Lambat? Cepat, bila?

No comments: