Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, June 16, 2010

Fakta Unik Mengenai Haiwan.

 

Assalammualaikum!

Jom kita kenali fakta unik mengenai haiwan. Sebenarnya, terdapat banyak lagi fakta unik/anih/pelik mengenai haiwan. Ini sekadar yang biasa dan lumrah saja. Sesiapa ada info, silakan menambah.

 

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam
merenggangkan badannya setiap pagi.
2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.
3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan
bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri
di dalamnya.
4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!
5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!
6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.
7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.
8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.
9) Tiram boleh bertukar jantina.
10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk
ia boleh hidup selama 3-6 bulan.
11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu
hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.
12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi
matanya dikawasan padang pasir.
13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.
14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.
15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran
6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk
masak.
16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan
tumbang ke sebelah kiri.
17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.
18) Rama-rama tidak mempunyai perut.
19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.
20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada
seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!
21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan
hanya 10-20 hari sahaja.
22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat
sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang
bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga
kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada
terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan
mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.
24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80%
hayatnya semata-mata untuk tidur!
25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia
hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak
terkeluar isi perut.
26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya
dan ia diganti setiap tahun.
27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun
28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!
29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.
30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap
embrionya ke dalam tubuh.
31) Buaya pula tidak boleh mengundur.
32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.
33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.
34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1
malam sahaja.

No comments: