Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Tuesday, June 8, 2010

Jom Petik Strawberri!

Assalammualaikum!
Di musim cuti sekolah ini, ramai yang bercuti. Apa kata kita melawat
kebun strawberri di Genting Highlands!


Datang petik sendiri strawberi

MINI Cameron Highlands adalah jolokan nama paling sesuai menggambarkan
suasana kebun strawberi di Genting Highlands.
Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...tetapi itulah hakikatnya dan
pastinya selepas
ini, pengunjung ke kota keriangan Genting Highlands, Pahang tidak akan
melepaskan
peluang meronda di celah batas tanaman kira-kira 40,000 pokok
strawberi di ladang
seluas 0.8 hektar milik Genting Strawberry Leisure Farms Sdn Bhd.
Pemandangannya hampir menyamai ladang strawberi di Cameron Highlands
tetapi apa yang
pasti, pengunjung teruja memetik strawberi kerana konsep di sini ialah
'self picking'
selagi masih berdaya.
Konsep 'kebun rekreasi' atau 'taman santai' yang direalisasikan
pemiliknya menjadikan
pengunjung seperti berada di kawasan tanah tinggi yang sungguh nyaman
dan menyegarkan
dengan haruman bunga-bungaan pelbagai jenis dan berwarna warni.
Melewati pintu gerbang, senyuman manis penyambut tetamu mempersilakan pengunjung
meneroka kebun strawberi yang menyajikan pelbagai 'hidangan' menarik
untuk diterokai
dan dilawati.
Menyusuri lorong kecil, pengunjung pastinya tidak melepaskan peluang
memegang dan
mencuit strawberi tidak mengira yang muda atau masak ranum.
Bagi pengunjung yang tidak pernah ke Cameron Highlands, kini mempunyai
pilihan untuk
'berada' di sana dengan menyusuri segenap pelosok kebun ini.
Pengunjung juga boleh meneroka 'rumah' cendawan yang tersusun ribuan
beg lapan jenis
cendawan. Aduhai, mata tidak berkelip melihat kelopak cendawan yang
segar bugar menghiasi
permukaan beg.
Di penghujung rumah ini, disediakan sebuah kawasan menjual pelbagai
produk cendawan
dan pengunjung boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Namanya
saja ladang
strawberi, tetapi bukan setakat buah strawberi, tomato, tauge Cina
(bean sprout),
markisa, halia, orkid, ros dan anggur turut ditanam.
Sesuatu yang menarik, sebuah bangsal didirikan menggunakan campuran
tumbuhan semula
jadi seperti buluh, rotan dan mengkuang. Memang halus buatannya hasil
kerja tangan
penduduk Orang Asli dari beberapa kampung di Cameron Highlands.
Di sini juga, pelbagai menu masakan berasaskan strawberi disajikan
untuk tetamu yang
ingin meluangkan masa dan 'membuka mata' melihat pelbagai barangan
cenderamata yang
dijual.
Bagi penggemar kopi dan teh, jangan lupa merasai kelazatan kopi dan
teh perisa strawberi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, KC Chung berkata kebun strawberi itu
mengambil konsep
ladang strawberi Cameron Highlands dan apa sahaja yang ditawarkan di
sana, pengunjung
boleh mendapatkannya di sini kecuali ladang teh! Gerai cenderamata
juga menyediakan
pelbagai barangan hiasan untuk di bawa pulang. Harganya tidak mahal
dan paling mencuit
hati apabila setiap produknya mempunyai tanda buah strawberi.
Jika membawa si kecil, pasti tangan tidak cukup untuk menjinjing beg
plastik terisi
tanda mata bertatahkan 'si merah' strawberi.
INFO
> Genting Strawberry Leisure Farms Sdn Bhd mula beroperasi Februari 2009.
> 40,000 pokok strawberi ditanam pada 14 Februari 2009 di kawasan seluas 0.8 hektar
dengan siraman sumber air semulajadi.
> Selain strawberi, markisa, anggur, bean sprout, orkid, ros dan cendawan turut ditanam
> Lebih dikenali sebagai taman santai
> Masuk percuma menggunakan konsep 'self picking' (petik dahulu bayar kemudian)
> Lebih 60 gerai menawarkan pelbagai jenis cenderamata
> Sebuah pentas terbuka binaan bahan semulajadi untuk aktiviti mingguan
> Restoran mini yang menyajikan pelbagai menu masakan perisa strawberi
> Rumah cendawan, rumah sayuran dan kedai cenderamata barangan strawberi
> Maklumat lanjut, layari laman web, www.gentingstrawberry.com

No comments: