Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Saturday, July 17, 2010

Taman Hijau di Atas Bumbung.

Kehijauan alam atas bumbung

Oleh Suliati Asri

SIAPA sangka di sebalik kesibukan orang ramai berbelanja di pusat beli-belah terkemuka 1 Utama, terdapat taman rahsia dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan.

Menariknya, ‘The Secret Garden’ itu dipenuhi 600 spesies tumbuh-tumbuhan tropika di bumbung konkrit pusat beli-belah berkenaan.

The Secret Garden yang diilhamkan Pengarah 1 Utama, Datuk Teo Chiang Kok adalah taman atas bumbung terbesar di Asia Tenggara.

Taman rahsia dengan keluasan 30,000 kaki persegi itu dinamakan ‘The Secret Garden’ kerana kewujudannya tidak didedahkan untuk orang awam termasuk kakitangan pusat beli-belah itu.

Bagaimanapun, bermula 25 April 2009, The Secret Garden bukan lagi taman rahsia kerana dibuka kepada pelawat.

Taman rahsia ini menggunakan teknologi air daripada pengaliran sistem penyaman udara 1 Utama untuk pertumbuhan tanaman.

Sistem penuaian air hujan digunakan untuk mengitar semula air hujan untuk pengairan umum.

Kedua-dua teknologi itu disepadukan dalam bangunan untuk menghasilkan tenaga yang efektif dan mesra alam.

Dibangunkan dengan rekaan yang mampan, ruang hijau terapeutik dibahagikan kepada tujuh tema seksyen.

Selain itu, antara kemudahan lain yang terdapat di taman rahsia itu termasuk panduan jalan, air terjun, semaian tumbuh-tumbuhan dan kolam.

Walaupun terletak di tengah bandar dan bumbung, keindahan serta kehijauan alam semula jadi dapat dirasai apatah lagi melihat pelbagai tumbuhan renek, herba, sayur-sayuran, tumbuhan sederhana, pokok kaktus dan sawah padi mini.

Sesetengah tumbuhan yang ditanam di taman rahsia itu tidak terdapat di mana-mana taman di negara ini.

Untuk menyenangkan pelawat mengenali semua spesies tumbuhan yang ada, setiap tanaman diletak nama dan asal usulnya.

Menariknya, pelawat boleh mengambil contoh tumbuhan seperti buah markisa, longan, teh dan kopi yang sudah dituai di kaunter pendaftaran.

Taman rahsia itu dibuka kepada pengunjung dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap Sabtu dan Ahad saja. Bagi mengekal kehijauan dan Taman Hijau di Atas Bumbung.

C19505_1.gif   

Click Here

Jika berminat, dapatkan dapatkan tiket di pusat perkhidmatan pelanggan utama di Ground Floor Highstreet dan guna lif hingga ke Upper Roof.

No comments: