Assalammualaikum!
Sesungguhnya kekuasaan Allah tidak patut kita ragui lagi. Bayi-bayi kecil ini boleh berkata-kata untuk membersihkan marwah orang beriman yang teraniaya.
Bayi Yang Berkata-kata.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda:
"Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin
Maryam.
dan sahabat Juraij
. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia
membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat.
Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya
berkata (memanggil):
"Juraij. Juraij."
Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya:
"Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?"
Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja.
Ibunya merasa kecewa dan pulang ke
rumah.
Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat.
Ibunya memanggil:
"Juraij. Juraij."
Juraij berkata dalam hatinya:
"Tuhanku, apakah kupenuhi
panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?"
Dia memilih untuk
meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun
pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan
Juraij sedang solat. Ibunya memanggil:
"Juraij.. Juraij.."
Juraij ragu lagi:
"Tuhanku, ibuku atau solatku?"
Dia masih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata:
"Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah
wanita-wanita penzina."
Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya
beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya.
Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata
kepada mereka:
"Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah
dia."
Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba
menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya.
Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak
berapa jauh dari surau Juraij.
Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya
wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak
itu dari Juraij.
Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka
memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya.
Juraij merasa hairan dan berkata:
"Ada apa ini?"
Mereka menjawab:
"Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah
melahirkan
anak dari benihmu sendiri."
Juraij berkata:
"Di mana anak itu?"
Mereka membawa anak itu ke
hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat
sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat,
Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan
berkata:
"Wahai bayi, siapa ayahmu?"
Bayi yang baru lahir itu menjawab:
"Ayahku si Polan, seorang pengembala."
Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan
meminta maaf kepadanya sambil berkata:
"Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat
dari bahan emas."
Juraij berkata:
"Tidak, binalah semula dari tanah."
Mereka pun membangunnya semula dari tanah.
Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di
hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik.
Ibunya tertarik melihatnya dan berkata:
"Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu."
Tiba-tiba anak itu
melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata:
"Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia."
Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masia terbayang bagaimana
Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang
meriwayatkan hadis ini). Baginda
memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian
menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul
bersabda:
"Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak
dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai
dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-
teriak:
"Wanita penzina. pencuri."
Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata:
"Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah."
Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata:
"Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia."
Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-
kejar itu kemudian berkata:
"Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia."
Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.
Ibunya merasa hairan dan berkata:
"Tadi lalu seorang lelaki yang
cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti
dia malah engkau menjawab:
"Ya Allah, jangan jadikan aku, seperti dia.
" Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang
dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu
doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia
tetapi malah engkau berkata:
"Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia."
Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?"
Bayi itu menjawab:
"Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi
sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan
dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri
dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan
berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon
dijadikan seperti dia."
Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW,
bersabda:
"Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu:
anak Masyitah, zaman Firaun,
anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha)
sahabat Juraij (yang dituduh anaknya)
dan Isa bin Maryam."
Friday, June 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment