Assalammualaikum!
Adakalanya kita dihidangkan dengan nasihat yang menggalakkan kita
memakan banyak buah-buahan. Masih ingatkah lagi, buah pisang boleh
mendatangkan keceriaan bagaikan monyet-monyet di hutan? Ada ketika
juga kita dinasihatkan supaya tidak terlalu banyak memakan buah pisang
kerana mngandungi terlalu banyak potasium. Apa-apa pun, setiap sesuatu
sekiranya diambil secara berlebihan, akan medatangkan mudharat kepada
seseorang. Dan sesungguhnya, tiada siapa yang serupa di dunia ini.
Artikel di bawah mengenai keajaiban pisang. Apabila membaca artikel
ini, Akak teringat sebuah novel bertajuk "rainbow On My Shoulder".
Novel itu mengisahkan kehidupan Baba Nyonya di Melaka. Antara adat
resam mereka ialah: meletakkan setandan pisang lebat di bawah katil
pengantin, dengan harapan supaya pengantin akan dikurniakan banyak
anak seperti pisang! So, bagi kawan-kawan yang masih teringinkan anak,
jom kita makan pisang banyak-banyak.
Ayah tertua di Britain
BEKAS pemandu kenderaan berat, Gerry Burks, mencatat nama sebagai ayah tertua di
Britain apabila isterinya, melahirkan anak bongsu mereka, Ryan, 12 Mac lalu.
Burks, 75, berkahwin dengan Dawn, 41, dan kini menetap di Louth, Lincolnshire.
Di sebalik kegembiraannya, Burks mendedahkan rahsia bagaimana dia
mampu mendapatkan
zuriat walaupun berusia lanjut.
Katanya, selain cinta mendalam terhadap Dawn, amalan memakan pisang sejak sekian
lama dipercayai menyumbang kepada peningkatan kesuburannya.
“Terima kasih kepada pisang,” katanya.
Mengakui berasakan dirinya lelaki paling bertuah di dunia, Burks
berkata, menu sehariannya
sentiasa diselitkan dengan pisang.
Sebelum ini pasangan terbabit dikurniakan anak pertama, Daniel, 6,
sebelum Ryan lahir
melalui kaedah Caesarean.
Burks yang baru bersara empat tahun lalu berkata, dia bangga dengan
kehadiran Ryan
dalam rumah tangganya.
Katanya, walaupun berusia lanjut, dia memberi sepenuh tumpuan kepada
Ryan bagi memastikan
anaknya membesar dengan sempurna.
“Dia hanya perlu berbunyi sedikit dan saya pasti ada di sebelahnya
beberapa detik
kemudian,” katanya.
Setakat ini, kata Burks, Ryan tidak banyak kerenah, membolehkan dia
dan Dawn dapat
tidur tanpa banyak gangguan.
Jika Ryan terjaga pun, katanya, Dawn akan menguruskan bayi itu.
“Selalu juga saya bertanya jika ada apa-apa yang boleh saya bantu,
tapi Dawn lebih
selesa melakukannya sendiri,” katanya.
Mengenai usianya yang lanjut, Burks berkata, dia tidak peduli apa
diperkatakan orang
lain. Baginya, yang penting dia tahu menjaga diri sendiri.
“Betul, usia saya 75 tahun, tapi jiwa saya tetap muda. Saya tidak
merokok atau minum
arak, manakala Dawn pula gemar memasak. Hidangan Dawn sentiasa
menjadikan saya cergas,”
katanya.
Sebelum berkahwin dengan Dawn, Burks beristerikan Monica tetapi rumah
tangga mereka
gagal bertahan sehingga bercerai pada pertengahan 1985. Hasil
perkahwinan itu, mereka
dikurniakan tiga anak.
Sejak kegagalan itu, kata Burks, dia berazam memulakan hidup baru.
“Antara yang saya lakukan adalah memakan pisang. Kadangkala dua biji
sehari,” katanya.
Selepas menduda, Burks berpindah ke rumah pangsa di Louth pada 1994.
Di situ, dia
berkenalan dengan Dawn yang menjadi jirannya.
Mereka kekal sebagai kawan biasa selama hampir 10 tahun sebelum Dawn
mengaku mula
menyayangi Burks. Mereka berkahwin pada 2002.
Pada masa sama, dia mengelak memakan garam berlebihan, selain selalu
menolak mengambil
makanan luar.
Barangkali, katanya, pemakanan itu membantunya kekal sihat.
Tidak kurang pentingnya, kata Burks, adalah rasa cinta yang sentiasa
menyala pada
Dawn.
“Saya cuma buat apa yang datang secara semula jadi,” katanya.
Ryan dilahirkan dengan berat badan 2.6 kilogram.
Walaupun menghadapi masalah pernafasan pada peringkat awal, pegawai
perubatan berjaya
merawatnya sehingga stabil sebelum dia dan Dawn dibenarkan pulang.
Ketika di hospital, perbezaan usia menyebabkan doktor pernah tersalah
anggap dengan
menyangka Burks adalah bapa Dawn.
Apabila Daniel lahir, kata Burks, dia kekok dan jarang membantu Dawn.
Sikap itu kini
berubah sama sekali.
“Setiap kali Dawn perlu bantuan, saya akan membantu, misalnya membawa
anjing kami
bersiar-siar ketika pagi bagi membolehkan Dawn menumpu perhatian
kepada Daniel dan
Ryan,” katanya.
Setakat ini, Burks menganggap keluarnya lengkap dengan kehadiran Ryan.
“Saya tak fikir kami akan mendapat anak lagi. Namun, siapa tahu
mungkin keadaan sebaliknya?
Saya akan terus menjaga kesihatan diri,” katanya.
Sebelum Burks, rekod bapa tertua di Britain dipegang Richard Roden,
72, yang dianugerahkan
anak kembar tahun lalu.
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment