Monday, March 14, 2011
Untukmu, Sahabat.
Assalammualaikum!
Kepangkuan sahabatku sekalian. Harapanku agar kalian berbahagia menikmati dan mensyukuri rahmat dari yang maha pemurah lagi penyayang. Baraqah doakalian dan dengan keizinanNya, kita dipertemukan lagi.
Hari ini hari ke 5 akak meninggalkan hospital, baru hari ini akak merasakan sedikit sihat. Rasa ngeri dan trauma akan ditebuk leher masih belum hilang lagi!
tahun 2011 masih muda, tapi sudah 2 kali akak menginap di hospital. Entah berapa kali lagi akak harus bercuti di sana, hanya Allah sahaja yang tahu. Rawatan kali ini mengambil masa 2 minggu dan menelan belanja lebih rm14 ribu. Ramai yang berkata akak beruntung menerima layanan rawatan hospital 4 bintang tetapi sebenarnya mereka lebih beruntung kerana tidak sakit menderita seperti akak. Pada bulan Oktober dan bulan januari yang lalu, akak dijaga oleh 2 orang pakar, tapi untuk kemasukan bulan februari seorang lagi pakar ditambah kerana suatu penyakit lagi dikesan. Bagi mereka yang suka menyebar maklumat palsu, ingin akak mewartakan bahawa akak bukanlah pengidap sakit kaki dan diabetic kronik, akak sebenarnya menderita radang hati dan buah pinggang. salah satu daripada simptom sakit buah pinggang adalah pada kaki. Hairan juga, ya! Ada yang mengaku kawan, tidak sedikit pun bertanya khabar tapi sibuk menyebarkan berita-berita palsu. InsyaAllah, mereka akan diberi hidayah untuk tidak sibuk bercerita bukan-bukan.
Alhamdulilah! sewaktu termenung di hospital, banyak sekali yang akak pelajari. Di samping kaedah rawatan dan nama beberapa jenis antibiotic, akak juga mempelajari erti kesihatan dan nilai kehidupan terutama erti sahabat dan kenalan. Akak menghargai dan terharu dengan sikap prihatin beberapa orang sahabat seperti Kiah, yang sanggup mengorbankan waktu kerja suami untuk menziarah akak beberapa kali. Kekerapan memasuki hospital, membuatkan Kiah cemas sebenarnya. Akak juga terharu dengan lawatan Zu all the way from JB. Seronokkan golek-golek atas katil! Akak juga terharu dengan kunjungan sahabat yang tidak pernah akak kenali: Rahman Rahmad. Akak juga terharu dengan harapan KakShimah untuk menziarah sewaktu cuti sekolah, tapi, akak telahpun keluar hospital. Tentu sekali akak tidak lupa berterima kasih kepada kawan-kawan lain yang telah lama tidak berjumpa dan bertanya khabar, tetapi bertemu di hospital. Akak benar-benar terpukul, kawan-kawan yang tidak akak hubungi melalui mailing list atau facebook, ramai sekali yang sudi menziarah. Dengan linangan airmata akak memohon maaf kerana mengklas duakan mereka kerana tiada kemudahan komputer. Mudah-mudahan mereka ikhlas mengampunkan akak yang tidak pernah berniat untuk memutuskan silaturahim dengan sesiapa. Bersama kesempatan ini, akak ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas doa-doa sahabat sekalian. Akak juga dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas segala kelancangan sewaktu berhubungan.
Sahabat...!!!
Pertemuan yang tidak terduga sewaktu perkenalan dahulu,
Meninggalkan kenangan yang manis untuk kita kenangi,
Senyuman kau hulurkan kusambut penuh kegembiraan,
Hari-hari yang berlalu,
Membuatkan kau dan aku terleka dengan hubungan yang dijalin...
Namunnn...,
Tanpa kita sedari,
Masa berlalu cukup pantas,
Kini kita semakin dewasa,
Sama-sama punya cita-cita,
Keakraban yang dahulunya kebanggan kita,
Kini telah pudar ditelan kesibukan kehidupan...
Wahai teman yang kurindui,
Ingin sekali aku bertemu denganmu,
Untuk menyambung semula ukhwah yang kian terlerai,
Kerna ku tahu tanpamu teman ku keseorangan...
Duhai teman yang ku kasihi,
Demi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
Hanya engkaulah teman,
Yang bisa mengisi kekosongan hati,
Meski waktu akan terhenti,
Namun ku harapkan tidak untuk jalinan suci ini...
Temannn...,
Hanya satu yang kuharapkan,
Agar kita dapat dipertemukan kembali,
Bagi menyambung semuaa ikatan yang lama terjalin,
Supaya ukhuwah yang kita cipta tidak akan pudar meski ditelan zaman...
Aku menadah tangan,
Bersujud bersyukur kepada yang Esa,
Dikurniakan engkau wahai teman,
Sebagai sahabat kala duka dan lara...
Terima kasih wahai teman,
Kerana menghargai persahabatan ini,
Kejujuran dan keikhlasanmu,
Membuatkan hatiku terkenang kebahagiaan yang kita pernah lalui...
Doaku buatmu teman,
Semoga kita akan menjadi insan beriman,
Tabah menghadapi segala dugaan dalam kehidupan,
Supaya menjadi contoh modal insan terbilang...
Yang Ikhlas:
Kak Ai.
Kata Kunci:
Kak Ai's Diary.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment