Friday, March 25, 2011
Rezki Telah Ditentukan Tuhan.
Assalamualaikum!
Dalam keghairahan memburu rezki Allah, kita hendaklah selektif. Rezki yang dzahirnya halal, diperolehi secara haram meninggalkan kesan dosa jangakapanjang dalam diri kita. Rezki haram yang diberikan kepada famili akan menjadi darah daging yang tidak baraqah. Jarang sekali kita mengaitkan sesuatu kejadian atau musibah dengan halal/haramnya rezki. Artikel di bawah sungguh menarik untuk dijadikan renungan.
Falsafah Kucing.
Makanan kesukaan kucing ialah ikan.Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.
Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.
Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??
Yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.
Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.
Begitu jugalah dengan dirimu…
untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?
Yaa….hendaklah dikau dekati Tuanmu….ALLAH yang maha agung.
Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.
Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.
Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka..
Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu.
Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan…
Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.
Maka jika begitu… apalah gunanya?????
Begitu lah dengan kita,
jika kita bersusah payah berusaha untuk mendapat rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup,
Namun rezeki yang kita perolehi itu dari sumber yang haram seperti mencuri, menipu, rasuah dan sebagainya,
Sudah tentu lah Allah atau tuhan marah atau murka kepada kita.
Justeru itu fikir-fikirkan lah.
sekian Wa’salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment