Assalammualaikum!
Ramai di antara kita melancung menggunakan kereta, kemudahan untuk bergerak. Namun demikian, masih ramai lagi, yang lebih mudah menggunakan kenderaan awam seperti keretapi dan bas express. Untuk keretapi, baggasi selalunya disimpan berdekatan dengan penumpang. Masalah kehilangan, atau terlupa, amat jarang berlaku. Bagi mereka yang menggunakan bas express pula, beberapa baggasi selalunya disimpan di ruang baggasi bahagian atas kepala penumpang. Untuk baggasi besar dan bermasalah, bolehlah disimpan diruang khas di bawah bas. ke dua-dua tempat ini mudah kelihatan, dan risiko kehilangan agak tipis. Bagi mereka yang melancung dengan menggunakan kapal terbang, perhatian/tumpuan lebih terpaksa diberikan terhadap baggasi agar tidak hilang atau disalah-guna oleh pihak-pihak yang selalu menganiaya orang.
Kehilangan beg ketika melancong sememangnya sangat menyakitkan hati, membuat tidak tenteram sekali gus boleh mengundang kemarahan.
Justeru, tip kali ini mungkin boleh membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.
1) Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau 'padlock' supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.
2) Mendaftar masuk penerbangan seawal mungkin juga mampu memastikan beg tidak hilang. Ini kerana dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke pesawat.
3) Semak dengan pembantu penerbangan supaya dia melekatkan tag destinasi yang betul kepada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tapi ia adalah untuk kebaikan anda juga.
4) Buang segala pelekat atau tag lama yang ada pada beg anda kerana ia boleh mengundang kekeliruan.
5) Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di tuangan tuntutan bagasi.
6) Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan bahawa anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir.
7) Ambil beg anda sebaik anda tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas 'carousel' sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di dalam lapangan terbang.
1 comment:
Did you know that that you can make dollars by locking premium pages of your blog / website?
Simply join Mgcash and use their content locking widget.
Post a Comment