********************
Assalammualaikum!
Berdasarkan pengalaman, cerita tandas awam, memang banyak busuk dari baik. Namun demikian banyak juga tandas awam yang dikelolakan oleh PLUS yang agak terjaga. Tapi, untuk perjalanan jauh ke sebelah pantai timur, hampir payah dijumpai tandas awam yang terjaga. Ramai yang terpaksa muntah sebelum dapat melepaskan hajat. Kenapa, ya?
Pada suatu masa dulu, seorang columnist OKU pernah menulis tentang perihal tandas OKU yang terbiar dengan dihuni oleh banyak lipas. Apabila dia membuat complaint kepada pihak maintenance, jawapan yang diberikan ialah: “Tandas OKU orang tak guna, jadi kami tak perlu bersihkan selalu.” Bolehkah macam tu?
Cerita di sekolah berasrama pula, tandas-tandas selalu tersumbat kononnya disebabkan pembuangan tuala wanita secara haram ke dalam tandas. Betulkah begitu?
Soalan: Bagaimanakah rupa tandas di rumah mereka yang tidak tahu menjaga kebersihan tandas?
Mentaliti Rakyat Punca Tandas Awam Kotor
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sikap rakyat sendiri yang menyebabkan keadaan tandas awam di Terengganu kotor.
"Sama dengan tandas di masjid yang masih lagi kotor, sehingga lampin pakai buang bayi dan tuala wanita pun mereka sumbat dalam mangkuk tandas.
"Tin minuman, puntung rokok dibaling keluar dari kereta, begitu juga rambutan, bila makan dalam kereta, biji dengan kulitnya di baling keluar ikut tingkap," katanya
Menteri Besar melahirkan rasa kesal dan sedih dengan mentaliti rakyat terutama orang Islam masih rendah kerana gemar mengotorkan tandas awam dan juga tandas di masjid.
Beliau turut mengambil contoh apa yang pernah diperkatakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana banyak kejayaan sudah dicapai dalam pembangunan, tetapi pada masa yang sama masih juga gagal
“Sebab itu Tun Dr Mahathir pernah menyebut, dia boleh mengubah negara kita dari segi fizikal sebagai sebuah negara setaraf dengan negara maju..kita ada Twin Tower, hebat-hebat pembangunnanya, cerdik pandai..tetapi dari segi mentaliti oang kita masih lagi di tahap dunia ketiga,” katanya.
Sumber : http://teganuku.blogspot.com/2010/04/mentaliti-rakyat-punca-tandas-awam.html
No comments:
Post a Comment