Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Friday, July 30, 2010

Gua Damai di Batu Caves.

Uji lasak di Gua Damai

Oleh Suliati Asri

TERLETAK berhampiran Batu Caves, Gua Damai adalah lubuk bagi penggemar aktiviti lasak 'rock climbing' dan memanjat gunung sebagai pusat latihan.

Dibangunkan Wira Adventure Consultant dan Gerakan Belia 4B kampung Wira Damai sejak 2002, Gua Damai itu sangat mesra kepada pengunjung yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti lasak kerana ia dipenuhi batu kapur. Bahagian dindingnya mempunyai batu kapur yang rata. Laluan lebih keras gred 6C dan di atasnya boleh dijumpai pada cerun kedua atau ketiga dan ia sangat mencabar pendaki termasuk yang berpengalaman.

Gua Damai adalah yang pertama dan satu-satunya tempat di Malaysia menawarkan aktiviti 'Base Jumpers' setinggi 316 kaki dari puncak Gua Damai dan mendarat di padang bola sepak yang luas.

Ia adalah satu platform yang selamat terutama dibina khas untuk aktiviti ini. Yang pasti, platform ini juga menyajikan pemandangan kampung dengan bumbung yang berwarna warni dan bukit yang menakjubkan.

Selain Base Jumpers, Gua Damai juga adalah lokasi abseiling, rapelling dan menerokai keunikan gua yang terbaik.

Aktiviti abseiling pula menawarkan tiga pilihan ketinggian kepada anda yang mahu melakukan aktiviti lasak itu. Ketinggian itu antaranya dari ketinggian 70 kaki bagi Gua Damai Front, diikuti 100M untuk Gua Damai Top dan 80 meter untuk Komando Wall.

Bagi aktiviti meneroka Gua Damai itu, pengunjung pastinya teruja melihat kepelbagaian batu kapur dalam gua itu.

Selepas dinaik taraf, Gua Damai boleh dikunjungi bukan saja bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti lasak, tetapi juga yang mahu beriadah bersama keluarga.

Ini kerana, Gua Damai ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti taman permainan untuk kanak-kanak, laluan berjoging dan berbasikal, tempat letak kereta, tandas awam dan lampu untuk memanjat pada sebelah malam.

Selain itu, Gua Damai ini juga adalah lokasi bermain 'Paintball' dengan lokasinya yang masih di kelilingi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Pastinya pertempuran kedua pihak akan memberi cabaran yang tersendiri.

Tidak lama lagi kawasan ini akan menyediakan tempat berkhemah yang suasananya seperti di kawasan kampung.

Untuk keterangan lanjut mengenai Gua Damai dan pakej yang disediakan, bolehlah menghubungi Mustapa Al-Bakri di talian 012-4812005 atau melayari www.guadamai.blogspot.com

Click Here

No comments: