Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Friday, July 2, 2010

Kelantan, Negeriku.

Assalammualaikum!
Selamat datang ke negeri hamba. Tiada yang istimewa di sini, kecuali ciptaan Yang Maha Esa.
Maafkanlah segala kekurangan yang nyata.

Tumpat » Geleri Info Tengku Anis
INFO-GALERI TG ANIS
Dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di
dalam kawasan Pengkalan Kubur iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok.
Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara.
Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk
mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui
bentuk muka bumi kawasan sekitarnya.
Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikan kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana
seperti kawasan permainann kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat
berkelah. Kawasan rekreasi ini juga disediakan kedai makan untuk para pengunjung.

Muzim Adat-Istiadat Di Raja >> Istana Jahar
Istana Lama atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh
Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan
sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan
di sini sentiasa menarik minat pelawat.
Waktu lawatan :
8.30 pagi - 4.45 petang setiap hari (kecuali Jumaat)

Muzium Islam >> Dewan Sura
Sejarah Islam di negeri Kelantan telah didokumenkan dan diilhamkan dalam bentuk artifak
dan dipamerkan di sini. Penubuhan Muzium islam adalah untuk memaklumkan bahawa negeri
kelantan merupakan salah satu pusat pengajian islam yang terkemuka.
Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat

Muzium Peperangan >> Bank Kerapu
Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank
pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan
ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan
ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini di simen
dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.
Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap
dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile
Bank of India Ltd".
Dalam tahun 1914-1945 Negeri Kelantan telah diperintah oleh tentera Jepun. Bangunan
Bank ini telah digunakan sebagai pejabat kepada polis rahsia Jepun (Kempetai). Bangunan
ini kemudiannya dijadikan pejabat, lokap, tempat siasatan, tempat penderaaan dan
lain-lain keganasan mereka.
Bila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini
digunakan semula sebagai bank. Tahun 1977 nama Bank tersebut bertukar kepada ‘The
Hongkong & Shanghai Banking Corporation". Tahun 1981 bangunan ini dijadikan Balai
Senilukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai
Memorial Peperangan Dunia Ke II di Kelantan.

Kampung Kraftangan & Muzium Kraftangan
Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket,
batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai.
Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan
Muzium Kraf.
Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang minggu kecuali
hari Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
gelanggang Seni
gelanggang Seni Merupakan pusat pameran khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi
oleh orang-orang Kelantan sejak turun-temurun. Pertunjukan kebudayaan dan kesenian
sering diadakan di gelanggang ini termasuklah pertunjukkan Wayang Kulit, Seni Silat,
Permainan Gasing, Wau di samping persembahan muzik tradisional Kelantan yang unggul
dan unik.
gelanggang ini dibuka 3 kali seminggu pada bulan Mac sehingga Oktober setiap tahun.
Waktu persembahan : Jam 3.30 hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu.
Pertunjukkan malam juga di adakan pada hari Rabu dan Sabtu bermula jam 9.00 hingga
larut malam.

Istana Balai Besar

dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan
Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan
untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri.
Diperkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana
dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran
Di Raja.

Masjid Negeri
Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu
pemerintahan Sultan Ismail IV.
Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut
menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah
di negeri ini.

Muzium Kuala Krai Dan Zoo Mini
Terletak lebih kurang 64 km dari Kota Bharu, Zoo Mini menempatkan berbagai jenis haiwan
seperti beruang, rusa, kera dan burung-burung.
Manakala Muzium Kuala Krai pula mempamerkan berbagai barangan seperti koleksi haiwan
terawet, gambar-gambar, dokumen-dokumen lama mengenai sejarah pembangunan Pekan Kuala
Krai.
Waktu lawatan : 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat).

Muzium Negeri
Terletak di Jalan Hospital turut menggabungkan Balai Seni Lukis Negeri Kelantan. Bangunan
ini pernah digunakan sebagai Pejabat Tanah sewaktu zaman penjajahan sehingga tahun
1990 dan kini telah diubahsuai menjadi Muzium Negeri.
Muzium ini mempamerkan barang-barang seni hasil kerjatangan dan berbagai peralatan
muzik tradisional Kelantan. Turut dipamerkan barang-barang seramik yang membuktikan
wujudnya jalinan perdagangan Kelantan dengan Negara China.
S
elain dari itu terdapat berbagai artifak lama yang ditemui di beberapa buah tapak
arkeologi yang turut membuktikan akan kewujudan tamadun pra-sejarah Kelantan.

Air Terjun Jeram Pasu
Terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga
ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang
jernih, sejuk serta nyaman pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap
pengunjung.

Air Terjun Jeram Lenang
Jeram Lenang merupakan hutan lipur air terjun yang menarik Berada kira-kira 65 km
daripada Kota Bharu, dan 15 km dari Machang dan 10 km dari Pasir Puteh. Jeram Lenang
merupakan satu lagi destinasi yang menjadi kunjungan orang ramai. Ia merupakan destinasi
yang ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas
hutan.

Lata Beringin
Lata Beringin terkenal dengan ketinggian air terjunnya iaitu setinggi 120 meter. Terletak
di Sungai Pas di bawah Skim Kesedar dan boleh di kunjungi melalui laluan lebuhraya
Kuala Krai – Gua Musang. Keindahan permandangan dan kawasan sekeliling yang menarik
di sini menyebabkan ianya popular untuk tujuan berkhemah.

Air Terjun Kuala Koh
Perjalanan 2 jam dari Gua Musang akan membawa kita ke Kuala Koh, pintu masuk sebelah
utara ke Taman Negara yang menjadi ibu pejabat Taman Negara Negeri Kelantan. Di sini
terdapat chalet-chalet dan restoran dengan harga yang rendah. Khidmat pemandu pelancong
yang bertauliah boleh didapati dari syarikat pelancongan di Pekan Gua Musang. Dari
sini kita juga boleh menyewa kenderaan untuk ke Kuala Koh.
Para peminat burung akan berpeluang melihat pelbagai jenis burung liar yang terdapat
di persekitaran hutan Kuala Koh. Bagi mereka yang gemar memancing pula, tentu sekali
ingin menduga kebolehan memancing di sungai-sungai yang ada. Hutan tropika yang kaya
dengan berbagai flora dan fauna menghadiahkan peluang keemasan untuk peminat seni
fotografi untuk mengabadikan hutan ini dalam karya seni mereka.
Terdapat berbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sungai-sungai di sekitar Kuala
Koh seperti berkayak, mengayuh rakit buluh dan rakit gelembung. Namun sesiapa yang
berminat menyertai aktiviti ini perlu mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi
Jabatan Perhilitan dan Taman Negara di Kuala Koh.
S
elain itu, sebuah jambatan kanopi telah siap dibina berhampiran Kuala Koh memberikan
peluang kepada para pengunjungnya untuk menyaksikan keajaiban hutan hujan tropika
yang menyimpan sejuta rahsia.

Merentasi Sungai & Meredah Hutan
Pengunjung yang menggemari ekotourism pastinya akan gembira jika berpeluang menyusuri
sungai Kelantan melawati hutan hujan yang masih belum dicemari. Anda juga berpeluang
mendengar kicauan unggas dan tanda-tanda hidupan liar sepanjang menyusuri sungai.
Selain itu, pelancong boleh menikmati suasana aktiviti masyarakat yang tinggal di
perairan sungai menjalani hidupan harian mereka.
Untuk menyusuri sungai, ianya bermula di Kuala Krai iaitu kira-kira sejam setengah
perjalanan di Selatan Kota Bharu. Di Kuala Krai, anda perlu menaiki bot di jeti sungai
untuk memulakan perjalanan selama 2 jam yang akan berakhir di Dabong.
Dari Dabong, beberapa alternatif boleh di ambil. Anda samada boleh menaiki keretapi
untuk kembali Kota Bharu dengan persiggahan di Wakaf Bharu ataupun meneruskan perjalanan
ke Jelawang untuk mengalami aktiviti merentas hutan. Aktiviti ini memerlukan anda
untuk bermalam . Anda boleh menyewa rumah rehat yang disediakan. Jangan ketinggalan
untuk mengujungi Air Terjun Jelawang yang begitu mempersonakan dengan tarikan semulajadinya
, dan pastinya boleh meninggalkan pengalaman yang manis yang mengambil masa selama
sejam setengah merentas desa untuk sampai ke sana.
Alternatif yang lain boleh di buat dengan mengambil perjalanan selatan selama 2
jam daripada Dabong ke Gua Musang. Di sinilah terletaknya Air Terjun Lata Beringin
yang menakjubkan. Gua Musang merupakan salah satu rekreasi Taman Negara yang dianggap
sebagai salah satu hutan hujan tertua di dunia. Anda berpeluang menikmati aktiviti
berakit safari serta melawat gua-gua yang terdapat di sana.
Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi tempat-tempat menarik ini, bolehlah menghubungi
agen pelancongan di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu untuk membuat tempahan.

Gunung Stong
Mempunyai
ketinggian 1,442 meter merupakan gunung yang tertinggi di Negeri Kelantan. Terdapat
sebuah gua bernama Gua Ikan, diambil sempena daripada sebuah batu besar berbentuk
ikan di dalamnya. Menurut cerita penduduk tempatan, terdapat harta karun zaman pemerintahan
Jepun yang tersembunyi di dalam gua tersebut yang masih tidak di jumpai sehingga
kini.

Pantai Cahaya Bulan
Pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang dahulunya dikenali
sebagai Pantai Cinta Berahi. Pasirnya halus memutih, pepohon rhu dan nyiur meliang-liuk
bagaikan menari-nari menyambut kedatangan tetamu.
H
amparan rumput bak permaidani menghijau membentuk lanskap semulajadi pantai yang
indah. Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga.
Terdapat deretan chalet di sepanjang pantai ini untuk keselesaan para pengunjung.

Pantai Irama
Terletak di daerah Bachok kira-kira 30km dari Kota Bharu. Pantai ini tergolong di
antara yang tercantik di sepanjang Pantai Timur yang pasti menghadirkan kerinduan
buat para pengunjung untuk kembali ke sini.

Pantai Bisikan Bayu
Di daerah
Pasir Puteh, kira-kira 50 km dari Kota Bharu, sebuah pantai di utara dan selatan Kampung
Semerak. Hembusan bayu lembut dan gesekan dedaun rhu menghasilkan bunyi seolah-olah
bisikan halus.
Seindah namanya, Pantai Bisikan Bayu turut menjadi tumpuan para menggemar sukan meluncur
air selain dari tempat perkelahan yang menarik.

Pantai Sri Tujuh
Pantai indah ini terletak berhampiran sempadan Thai dan dilindungi oleh lagun terpanjang
di negara ini. Ia terletak di Kampung Tujuh, Tumpat, 7 km daripada Kota Bharu. Pantainya
amat sesuai untuk perkelahan dan bersantai.
Terdapat gerai-gerai menjual makanan dan kraftangan. Untuk ke sana pengunjung bolehlah
menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Pantai ini terpilih untuk
menjadi Tapak Pesta Pertandingan Wau / Layang-layang Antarabangsa.
Di pantai Sri Tujuh juga ada menyediakan resort iaitu
Pantai Sri Tujuh Resort.

Pantai Sabak
Ia menjadi tumpuan para nelayan membawa pulang hasil tangkapan. Pasirnya yang halus
keemasan serta pohon nyiur melambai merupakan daya tarikan utama para pengunjung
untuk datang bersantai di sini sambil berpeluang menyaksikan bot-bot nelayan yang
berwarna-warni menyusur ke tepian. Airnya yang jernih serta desiran ombak halus memukul
pasir pasti memukau hati para pengunjung.

Kampung Nelayan
Ketika
berada di Kelantan, kunjungilah mana-mana kampung nelayan dan kita pasti merasa kagum
apabila melihat keindahannya. Kampung Kuala Besar dan Kampung Sabak adalah di antara
yang terkenal dan mudah dilawati kerana kedua-duanya terletak hanya 15km dari bandar
Kota Bharu.
Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan adalah melihat nelayan membawa hasil tangkapan
pulang pada lewat petang,melihat keindahan bot-bot nelayan yang berwarna-warni bersama
hasil tangkapan pada hari itu.Keriuhan suasana dengan suara nelayan dan pembeli di
tepi pantai menimbulkan suasana yang sangat meriah. Aktiviti lain yang di lakukan

No comments: