Projek RM19b
DIA sudah tentu tidak akan berenang terlalu rapat dengan tebing.
Lelaki ini ialah perenang pertama di dunia untuk menikmati pemandangan menakjubkan - berenang di tingkat 55 sambil melihat sekeliling bandar raya Singapura.
Bangunan kasino Marina Bay Sands yang menelan belanja RM19 bilion dirasmikan Rabu lalu dan kolam renangnya yang sepanjang 150 meter itu - lebih panjang tiga kali ganda berbanding kolam renang Olimpik, menjadi tarikan utama.
Kolam tergantung itu direka untuk menjadikannya kelihatan seolah-olah airnya mencecah hingga ke ufuk. Realitinya, tebing kolam itu hanyalah kira-kira 10 sentimeter di bawah paras air. Ini bermakna air itu akan melimpah di tebing ke ruang perangkap air di bawah dan kemudian dipam semula ke kolam berkenaan.
Konsep itu diilhamkan daripada sawah bukit seperti yang terdapat di Bali, Indonesia.
Ia sering kelihatan di pusat peranginan mewah seperti Marina Bay Sands.
“Di Singapura, Marina Bay Sands akan menjadi tarikan utama, tempat industri pelancongan dijangka meledak,” kata jutawan judi, Sheldon Adelson yang juga Pengerusi Vegas Sands Corp, syarikat pemilik pusat peranginan itu, ketika merasmikan resort berkenaan. Hotel gergasi itu yang kini menguasai pemandangan latar langit Singapura, mempunyai 2,560 bilik dan suite, sekumpulan chef ternama, kawasan beli-belah, pawagam, muzium, kasino dan astaka kristal.
Pusat peranginan berkenaan dijangka menggunakan khidmat 10,000 pekerja secara langsung dan menjana pendapatan RM233 juta setahun. Untuk memasuki kasinonya saja, pengunjung dikenakan bayaran kira-kira RM250 sehari. Sehingga ini, purata 25,000 orang sudah mengunjunginya sejak pembukaan fasa pertama kira-kira dua bulan lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Marina Bay Sands, Thomas Arasit berkata, dia menjangka jumlah itu akan meningkat sehingga 70,000 orang sehari, 18 juta setahun.
Reka bentuk resort itu dihasilkan oleh Moshe Safdie dan sepatutnya dirasmikan pada 2009. Bagaimanapun ia ditangguhkan kerana masalah kekurangan bahan, tenaga buruh serta pembiayaan akibat krisis kewangan global.
Majlis pembukaan Rabu lalu diserikan dengan perlumbaan berani mati, membabitkan tiga peserta dalam tujuh pasukan yang mendaki tiga menara pusat berkenaan secara berganti-ganti sebelum berlari ke garisan penamat yang merentasi Sands SkyPark sepanjang 340 meter, tempat kolam infiniti itu terletak.
C19505_1.gif
http://img6.cdn.adjuggler.com/images/Client280675/1265184685953_468x60.gif
No comments:
Post a Comment