Taman Rafflesia Gerik
Teks dan Gambar Yahya Awang
TAMAN Rafflesia, Gerik adalah antara kawasan terpelihara yang menempatkan koloni bunga Rafflesia termasuk beberapa spesies yang hampir sama dengan gelaran bunga terbesar itu.
Di sini, pengunjung berpeluang melihat spesies Rafflesia Azlanii, nama sempena Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pengurusnya, Rostam Mohamed, berkata pengunjung boleh berjalan kaki selama 45 minit untuk tiba ke destinasi yang menempatkan koloni spesies itu.
"Taman seluas lapan hektar ini menempatkan 10 koloni spesies Rafflesia termasuk lapan daripadanya Rafflesia Azlanii dan dua lagi Rafflesia Cantleyi," katanya.
Beliau berkata, bunga Rafflesia Azlanii kali pertama dijumpai di Sungai Halong oleh Datuk Prof Dr Abdul Latif Mohamad pada 1993.
"Dua spesies lain yang terdapat di negeri ini ialah Rafflesia Kerii dan Hasseltii," katanya.
Sementara itu, orang ramai yang berminat mengunjungi taman ini perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan 24 jam sebelum waktu lawatan bagi membolehkan membuat persiapan awal.
Jumlah minimum pengunjung dihadkan empat orang dan bagi kumpulan yang besar.
"Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak digalakkan ke taman ini memandangkan bentuk muka buminya mencabar dan lasak.
"Kami turut melarang mereka yang menghidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis serta penyakit serius lain," katanya.
Mereka yang berminat melawat taman ini boleh menghubungi Rafflesia Azlanii Tour di alamat No 7, Tingkat 1, Jalan Tun Bija DiRaja, Gerik di talian 05-7917279 atau e-mel rafflesiagarden@yahoo.com.
C19505_1.gif
1265184685953_468x60.gif
No comments:
Post a Comment