- Seorang lelaki Australia bernasib baik kerana masih hidup selepas cuba 'menunggang' seekor buaya sepanjang lima meter semasa sedang mabuk.
Lelaki berusia 36 tahun itu melompat masuk ke kandang haiwan itu selepas dihalau keluar dari sebuah kelab malam, dan cuba duduk di atas buaya bernama Fatso seberat 800 kilogram itu.
Lelaki itu digigit di bahagian tangan oleh buaya tersebut tetapi berjaya melepaskan diri sebelum menuju semula ke kelab malam tersebut.
Pengunjung yang terkejut melihat keadaan lelaki itu menghubungi ambulans dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.
No comments:
Post a Comment