Padang Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Gombak – Tanpa disedari dengan sikap diri kita sendiri telah menyebabkan bumi semakin pupus dengan mengalami berbagai masaalah pencemaran alam sekitar oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti dengan melakukan aktiviti penerbangan pokok haram, pembuangan sampah, sisa pembuangan minyak di sungai dan di laut yang semakin menular telah memberi kesan kepada mukabumi ini.
Ini amat membimbangkan kerana hanya segelintir daripada kita yang begitu peka dengan pemulihan persekitaran alam sekitar tetapi terlalu ramai yang telah merosakkannya dengan tangan mereka sendiri.
Oleh itu untuk mengatasi masalah tersebut, kini Pekawanis dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia, Luas, Syabas, Surau, Jawatankuasa Penduduk telah mengambil inisatif untuk menanganinya mekanisma tersebut dengan mengadakan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak kepada Biodesel.
Menurut Y.B Dato’ Hasan Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia dalam ucapan aluannya objektif utama mengadakan program alam sekitar ini adalah untuk menyokong agenda Kerajaan Negeri selangor bagi membersih Sg Klang dan untuk membangunkan sekitar tebingnya disamping memberi kemahiran dalam pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar kepada rakyat.
Disamping itu juga bagi mendidik suri-suri rumahtangga agar minyak masak yang sudah dipakai tidak dibuang begitu sahaja dengan mengalirkan ke dalam sinki, longkang, sungai kerana jika ianya dilakukan sisa minyak tersebut akan menjadi pejal dan seterusnya menjadi lilin.
Malahan jika kerap menggunakan minyak yang telah digunakan maka ianya akan memberi kesan kepada diri kita sendiri iaitu mengalami berbagai penyakit dan perkembangan minda juga menjadi terbantut dan lembap.
Oleh itu, beliau menyeru kepada dirinya sendiri dan semua yang hadir dalam majlis tersebut agar setiap hari sabtu di perkarangan padang Flat Pinggiran ini hendaklah membawa minyak masak yang telah digunakan dikumpul untuk diserahkan kepada pihak kontraktor yang telah dilantik dan hasil tersebut setelah di jual akan diberikan sebahagiannya kepada pihak penganjur / surau untuk bersama menikmati hasil jualan tersebut atau boleh membuat berbagai aktiviti yang bermafaat tanpa mengira bangsa, agama mahupun pemahaman politik yang berbeza untuk mengeratkan siraturrahim sesama kita.
Semoga sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala disisi ALLAH swt dalam membuat kerja kebajikan dan memulih alam sekitar juga, katanya.
Majlis tersebut telah dirasmikan dengan gimik Pelancaran Projek dan upacara penyerahan Tong Minyak Terpakai dari Luas begitu meriah sekali oleh Y.A Bhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Bt Tunut, YDP Pekawanis, isteri Y.A.B Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor.
Turut menghadirkan diri dalam majlis tersebut iaitu Y.B Puan Rodziah Ismai, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan, En Mazlan Idrus Pegawai Laut, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syabas, Y.bhg Datin Salbiah Saamin, Isteri Y.b Dato’ Dr Hasan Ali, Adun Gombak Setia, Ybhg Pn. Shamsidar Baharin isteri kepada Y.B Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa, Parlimen Gombak, Ybhg Pn Mazlinah isteri Y.B Amiruddin Shaari, Adun Bt Caves.
Majlis tersebut telah diiringi oleh semua penduduk untuk mengiringi semua barisan Exco Selangor, Y.A Bhg Puan Sri Salbiah Tunut bagi melawat tapak pameran yang telah dipamerkan dengan berbagai informasi daripada Luas, Syabas bagi mengatasi masalah pencemeran alam sekitar dan melihat sisa-sisa pencemaran yang telah dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Koleksi Foto :
Kehadiran Dif-Dif terhormat disematkan dengan Reben sebelum majlis perasmian dilakasanakan (Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali Adun Gombak Setia , Y.A Bhg Puan Sri Seri Salbiah Tunut (Isteri M.B Selangor)
Bagi melancarkan majlis perasmian, doa dipanjatkan agar majlis diberkati oleh ALLAH swt.
Ucapan Aluan oleh Y. B Dato ‘ Hasan Mohd Ali dan Ucapan Perasmian oleh Y.A Bhg Puan Sri Seri Salbiah Tunut
Cenderahati diberi sebagai ingatan kepada semua tetamu undangan
Meneliti pencemaran air sungai dan laut yang telah dicemari oleh indidvidu-individu yang tidak bertanggungjawab
Kusyuk mendengar informasi pencemaran dan pembersihan air sungai
Setia mendengar masalah penduduk dan bersedia memberi bantuan
Saf pemain kompang mengiringi Dif-Dif terhormat bagi mengimarah dan menyerikan majlis
__._,_.___
10 of 44 Photo(s) (View all Photos)
No comments:
Post a Comment