Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Monday, February 14, 2011

Mengapa Mesti di Kurung?

Assalammualaikum! Semakin hari, semakin banyak kisah pelik yang kita temui. Kadangkala terfikir juga, mengapakah manusia tergamak melakukan sedemikian? Apakah yang mereka dapat dari berbuat demikian? Di bawah ini beberapa kisah benar masyarakat hari ini. Kisah bapa mengurung anak untuk dijadikan hamba sex, kisah suami mengurung isteri untuk berlaku curang, kisah bapa dikurung tanpa sebab dan bermacam-macam lagi. Bersamalah kita mendoakan agar penyakit masyarakat gila ini tidak melanda kenalan atau kaum kerabat kita.

 

Dirantai macam haiwan

MELAKA: Dia dirantai seperti haiwan ternakan dalam sebuah bilik tanpa tilam dan tandas. Lebih mengejutkan, remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit kurus kering umpama pelarian perang kebuluran di Afrika.

KEJAM...pegawai JKM melihat keadaan remaja OKU yang dirantai  selepas dibawa keluar dari bilik dia dikurung.
KEJAM…pegawai JKM melihat keadaan remaja OKU yang dirantai selepas dibawa keluar dari bilik dia dikurung.

SEJUK...keadaan remaja terbabit ketika ditemui dalam bilik,  semalam.
SEJUK…keadaan remaja terbabit ketika ditemui dalam bilik, semalam.

Penderaan terhadap remaja kurang upaya (OKU) itu terbongkar selepas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah diketuai pegawainya, Saidatul Aini Jafri, memeriksa sebuah pusat jagaan swasta di Jalan Tan Cheng Lock di sini, semalam.
Saidatul Aini berkata, ketika ditemui pihaknya, remaja terbabit terbaring atas lantai kesejukan dengan kaki kanannya dirantai pada jeriji tingkap bilik di pusat jagaan itu.
Menurutnya, beliau langsung tidak menyangka paksaannya supaya pintu bilik itu dibuka membongkar rahsia ia menempatkan remaja terbabit dalam keadaan amat memilukan.
Sebelum itu, katanya, wanita warga Indonesia berusia 30-an yang menjaga pusat jagaan itu cuba berdolak-dalik ketika diminta membuka bilik berkenaan dengan mendakwa ia kosong dan tidak perlu diperiksa.
Pada mulanya, beliau hairan apabila penjaga berkenaan kelihatan gelisah ketika pegawai JKM lalu di depan bilik terbabit seperti menyembunyikan sesuatu.

Dia (penjaga) sanggup menyatakan bilik berkenaan dihuninya sendiri dan tiada apa di dalam. Melihat keadaan sedemikian, saya mendesaknya membuka pintu berkenaan bagi memastikan perkara sebenar.
Sebaik dibuka, alangkah terkejut apabila mendapati seorang remaja lelaki yang kurus kering terbaring kesejukan di atas lantai dengan kaki dirantai.
Tindakan berkenaan tidak wajar kerana remaja terbabit dirantai seperti binatang tanpa bertilam, tikar dan tandas, katanya ketika ditemui mengetuai Operasi Taska dan Pusat Jagaan tidak berdaftar di sini, semalam.
Difahamkan, remaja lelaki berkenaan ditempatkan di pusat jagaan itu sejak dua bulan lalu selepas dihantar keluarganya.

Saidatul Aini berkata, JKM yakin remaja berkenaan dibiarkan terkurung dalam bilik itu berikutan tubuhnya banyak kudis dan amat kurus.
Menurutnya, penjaga pusat jagaan itu juga mendakwa tidak pernah mengabaikan remaja berkenaan, namun apabila kakitangan JKM meminta kunci untuk membuka rantai berkenaan, mereka mendakwa sudah hilang menyebabkan ia terpaksa dipotong.
Malah, mereka mendakwa remaja lelaki itu dikurung kerana ganas dan akan mencederakan diri, namun selepas rantai dibuka, dia kelihatan seperti biasa serta tiada aksi agresif.
Alasan itu menunjukkan mereka tidak peka dengan syarat ditetapkan JKM untuk membuka pusat jagaan berkualiti dan selamat bagi golongan memerlukan.
Pusat jagaan itu tidak menepati kualiti dengan keadaan bangunan tidak selamat, tiada tangga keselamatan selain pakaian penghuni tidak bersesuaian serta banyak katil rosak, katanya.

Saidatul Aini berkata, pusat jagaan terbabit menempatkan 23 penghuni terdiri daripada OKU dan warga emas.
Katanya, JKM mengambil tindakan sementara menghantar remaja berkenaan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
Kami akan berbincang untuk mengambil tindakan lanjut, selain memaklumkan kepada keluarga remaja itu bagi setiap keputusan dibuat.

Jika keluarga masih mahu menjaganya, kami akan membenarkannya dibawa pulang apabila keadaannya kembali sihat, namun jika sebaliknya, dia akan ditempatkan di bawah jagaan JKM.
Kami juga sudah mengambil tindakan terhadap pusat jagaan terbabit dengan memberi notis untuk tindakan selanjutnya, katanya.

berita-harian-online.com/dirantai-macam-haiwan/ -

 

 

berita-harian-online.com/dirantai-macam-haiwan/ -

 

 

 

Suami ditahan kurung isteri selama 16 tahun

tahun
RIO DE JANEIRO - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengurung isterinya dalam bilik bawah tanah selama 16 tahun, sementara dia tinggal bersama teman wanitanya di dalam rumah yang sama, Khamis lalu.
Sebastiana Aparecida Groppo, 64, ditemui dikurung tanpa pakaian, dibungkus dengan selimut dalam bilik bawah tanah di Sorocaba, Sao Paulo, Brazil.
Pegawai polis Sorocaba, Ana Luiza Salomone berkata, Joao Batista Groppo (gambar), 64, mengurung Sebastiana sejak 1995 kerana mendakwa isterinya mengalami sakit jiwa dan berkelakuan agresif.
"Sebastiana ada menunjukkan tanda-tanda dia mengalami masalah mental mungkin disebabkan dikurung terlalu lama dalam bili gelap, tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang masalah seperti yang didakwa suaminya," katanya.
Groppo dan teman wanitanya didakwa atas kesalahan melakukan pengurungan haram dan jika disabit bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara lapan tahun.href=”www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8698125.asp”

Bapa binatang Kisah Joseph Fritzl, 73, yang mengurung anak perempuannya untuk dijadikan hamba seks selama 24 tahun hingga melahirkan tujuh orang anak adalah jenayah paling kejam dalam sejarah Austrvia. -------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------------------- MINGGU ini, para juri di Austria menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki, Joseph Fritzl, 73, dan mengarahkannya ditahan di sebuah hospital sakit jiwa. Fritzl didapati bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan - membunuh, merogol, melakukan penghambaan serta sumbang mahram. Gambar-gambar lelaki ini membayangkan dia seorang yang sangat dihormati di sebuah pekan kecil di Austria, Amstetten. Di sana dia tinggal bersama seorang isteri dan tujuh orang anak. Bagaimanapun, Fritzl mempunyai satu lagi keluarga rahsia iaitu dengan salah seorang anak perempuannya, Elisabeth, yang kini berusia 42 tahun. Wanita itu disembunyikan di dalam sebuah kurungan yang terletak di bawah rumah keluarga mereka sejak tahun 1984. Di situ Elisabeth dirogol berulang kali sehingga melahirkan tujuh orang anak. Selepas empat tahun dikurung, anak perempuannya itu melahirkan anak pertama tanpa sebarang bantuan perubatan atau peralatan yang disteril. Tiga daripada anak itu telah dijadikan anak angkat oleh Fritzl dan isterinya. Tiga lagi yang berumur antara lima dan 19 tahun, terus tinggal bersama ibu mereka di tiga buah bilik kurungan bawah tanah seluas 60 meter persegi (650 kaki persegi), tanpa tingkap dan kalis bunyi. Semasa 'kehilangan' anaknya pada 24 tahun lalu, Fritzl memberitahu pihak berkuasa bahawa Elisabeth telah melarikan diri. Namun Fritzl pernah dipenjarakan selama setahun atas tuduhan merogol Elisabeth pada tahun 1967. Berdasarkan siasatan, Fritzl didapati mampu membekalkan keluarga rahsianya dengan pakaian dan makanan tanpa menimbulkan rasa syak dengan membeli-belah di luar Amstetten. Polis mengatakan bahawa beliau mudah bergerak ke luar Amstetten tanpa disyaki kerana mempunyai sebidang tanah di luar bandar itu. Dia juga sangat berhati-hati dengan tidak membenarkan sesiapa mendekati bilik kurungan tersebut. Pihak polis menggambarkan Fritzl, seorang jurutera elektrik, sebagai 'sangat pintar' apabila memasang kunci-kunci elektrik di bilik kurungan itu dan hanya boleh dibuka dengan kod yang khusus. Dia mengunci pintu gelongsor konkrit ke bilik kurungan itu dengan alat kawalan jauh dan menyembunyikannya di belakang rak. Fritzl turut dituduh melayan Elisabeth seperti seorang hamba dengan mengurung dan memaksanya melakukan hubungan seks. Dirantai SALAH sebuah bilik kurungan yang tidak bertingkap dan kalis bunyi, tempat Fritzl menyembunyikan Elisabeth untuk dijadikan hamba seks. -------------------------------------------------------------------------------- Elisabeth memberitahu polis bahawa dia telah dirantai dan dirogol, namun Fritzl tetap mempertahankan bahawa hubungan seks antara mereka itu adalah atas kerelaan kedua-dua pihak. Pada tahun 1996, Elisabeth melahirkan anak kembar. Salah seorang bayi itu mengalami komplikasi pernafasan dan tubuhnya bertukar menjadi biru. Fritzl bukan sahaja tidak mendapatkan bantuan malah sekadar berkata, 'apa-apa yang terjadi adalah takdir'. Bayi itu meninggal dunia beberapa hari kemudian. Mayat bayi itu telah dibakar oleh Fritzl di dalam insinerator sebelum menaburkan abunya di sekitar halaman rumahnya. Kerana perbuatan tersebut, Fritzl dituduh membunuh 'anaknya' secara sengaja kerana tidak mendapatkan bantuan perubatan walaupun menyedari bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal. Rahsia mengenai 'keluarga kedua' Fritzl itu terbongkar apabila anak sulung hasil hubungan haram itu jatuh sakit pada April 2008. Setelah puas dipujuk, Fritzl bersetuju membawa anak itu ke hospital. Kanak-kanak perempuan itu kekurangan oksigen dan mengalami komplikasi buah pinggang. Walaupun dia kembali pulih, pihak hospital merasakan ada sesuatu yang mencurigakan khususnya mengenai identiti kanak-kanak itu. Sejak itu, pihak berkuasa melakukan siasatan hingga membawa kepada pembongkaran kegiatan Fritzl. Jiran tetangga terkejut dengan kes tersebut kerana Fritzl dilihat sebagai seorang yang baik dan rajin. Fritzl juga dikatakan merupakan seorang datuk yang penyayang terhadap cucunya. Isterinya sendiri tidak mengetahui perilaku jijik suaminya dan sangat terkejut dengan berita tersebut. Anak-anak sebenar Fritzl memberitahu, bapa mereka itu seorang yang autoritarian dan terlampau tegas. Dia juga begitu mengongkong ibu mereka. Sebuah majalah Austria, NEWS, memetik kata-kata peguam Fritzl, Meyer, bahawa Fritzl sedar dengan apa yang dilakukan selama 24 tahun itu adalah salah tetapi beliau 'gila' untuk melakukan perbuatan itu. Dia mengaku ketagihan!

 

Di kurung dan tubuh dipakukan ke papan

 

Seorang perempuan muda dikurung selama bertahun-tahun sebagai budak seks oleh pasangan suami isteri di Missouri. Dia dikunci dalam sangkar dan sebahagain tubuhnya dipakukan ke papan.Hakim Beth Phillips, menyatakan ini kes yang ngeri yang pernah diadilinya di wilayah itu.
Perempuan itu dikurung dan di perlakukan begitu sejak berusia 16 tahun oleh Ed Bagley (43) dan istrinya, Marilyn. Dia hidup di rumah yang dibuat daripada trailer supaya boleh dibawa kemana-mana oleh Bagley-Marylin.Kes itu akhirnya terbongkar pada awal 2009 setelah si perempuan muda, kini 23 tahun.
Apabila kejadian ini disiasat secara teliti makin banyak kejadian yang tak disangka terjadi  diantaranya lain seperti kekerasan seks, bergambar untuk  sebuah majalah porno dan pekerjaannya sebagai penari bogel di kelab malam.

Ed Bagley, menghadapi 11 tuduhan, termasuk konspirasi perdagangan seks, pencurian dan kekerasan. Ada empat lelaki lain yang juga dituduh bersubahat.
Surat dakwaan setebal 21 halaman dilengkapi gambar menunjukkan, alat-alat seksual seperti dari zaman pertengahan digunakan pada perempuan muda itu dalam rumah bergerak Bagley.
Marilyn, isteri Bagley, mengaku mengenali perempuan itu kerana dia teman wanita anak lelakinya. Hubungan itu berakhir, tetapi si perempuan ingin hidup dengan keluarga Bagley-Marilyn dengan alasan hubungannya dengan keluarga angkatnya buruk.
Marilyn juga mengatakan, perempuan  itu bersama dengan keluarganya ketika berusa 17 tahun, bukan 16 tahun, dan tidak pernah berhubungan seks dengan suaminya hingga setelah berusia 18 tahun.(link)

href=”www.borakkosong.com/.../di-kurung-dan-tubuh-dipakukan-ke-papan.html”

 

 

 

Dikurung dua anak

 

TIONG Peng dikurung sejak tiga bulan lalu di garaj rumah sewa di Taman Intan, Alor Setar.

Warga tua dibiar hidup daif dalam garaj
ALOR SETAR: Malang nasib seorang warga emas berusia 66 tahun apabila dua anak kandung sanggup mengurungnya di dalam garaj berjeriji di rumah sewa di Taman Intan, Jalan Datuk Kumbar di sini, selama tiga bulan sehingga diselamatkan polis.

Dua anaknya yang tinggal di Naka, Kuala Nerang dan Pulau Pinang hanya sekali-sekala melawat Lee Tiong Peng yang tidur, makan serta membuang air besar dan kecil di situ. Malah mereka juga mengunci rumah sewa itu.

Ketua Kampung Taman Sri Taman, V Kumar, berkata dia menerima aduan beberapa penduduk taman berkenaan mengenai nasib Tiong Peng kelmarin dan meminta penduduk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Saya dimaklumkan seorang penduduk taman ini yang bersimpati dengan Tiong Peng kerana dia dikurung sejak tiga bulan lalu. Dia terpaksa makan, tidur dan buang air kecil dan besar di garaj kerana anak-anaknya mengunci pintu rumah berkenaan.
“Tindakan mereka sungguh zalim kerana membiarkan bapa mereka tinggal seorang diri di situ. Difahamkan, mereka datang sekali sekala untuk menjenguk bapa mereka,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, nasib Tiong Peng agak baik kerana dia menerima bantuan jiran yang memberinya makan dan minum setiap hari.
Kumar berkata, penduduk taman itu membuat aduan kepadanya kerana tidak tahan bau busuk kerana warga tua berkenaan terpaksa membuang air kecil dan besar di situ.

 

href=”www.bharian.com.my/bharian/articles/Dikurungduaanak/Article –“

 

 

Isteri kurung suami hilang ingatan

 

 

Seorang isteri terpaksa 'memenjarakan' suaminya di dalam sebuah kurungan selepas doktor-doktor enggan meneruskan pemberian ubat kepada lelaki berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.


Lelaki tersebut, Wu Han, 43, terpaksa dikurung selepas dia hilang ingatan dan kerap merayau dari rumah selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta.


Sebuah hospital tempatan di sini, timur China menyekat pemberian ubat-ubatan bagi membantu lelaki itu selepas isterinya, Mingmei tiada wang untuk membayar kos ubat-ubatan.


"Sejak kemalangan itu, dia mudah menjadi bingung dan gemar marayau-rayau," kata wanita itu.


"Ubat-ubatan tersebut banyak membantu kerana ia boleh menenangkan suami saya," tambahnya.


Menurut wanita tersebut, dia berharap pihak pengurusan hospital berkenaan akan menyambung rawatan suaminya selepas berita bahawa dia terpaksa mengurung lelaki itu tersiar di media tempatan.-kosmo online

Di kurung oleh isteri muda

Seorang lelaki tua yang berusia 80 tahun telah dikurung didalam bilik membasuh pakaian selama setahun.Selain isterinya ,mangsa juga sering menjadi mangsa penderaan kekasih wanita itu serta anak lelakinya.Mangsa hanya diberi makan roti yang tamat tempoh guna dua kali sehari.Mangsa telah diselamatkan oleh polis separa tentera Peranchis.


Wanita yang berusia 45 tahun itu kini dipenjarakan sementara untuk menanti kes perbicaraan ,manakala teman lelaki dan anaknya dibebaskan dengan jaminan.Wang merupakan motif utama wanita serta teman lelakinya mengurung mangsa.Kira-kira 2 juta wang mangsa telah di keluarkan dari bank.-harian metro

Kisah Rahimi Osman dikurung di Hotel Quality

Berikut merupakan kisah penahanan Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurung di Hotel Quality, Shah Alam selama 5 hari 4 malam, bermula pada 28 Jun 2008, ketika Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis diliwat oleh Anwar;
Pada 28 Jun, ketika melawat Saiful di HKL, Rahimi menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada penyokong-penyokong Anwar. Tetapi Rahimi enggan menjawab mana-mana panggilan tersebut.
Kemudian Ibrahim Yaacob turut menelefon Rahimi. Rahimi menjawab. Ibrahim berkata Anwar Ibrahim mahu berjumpanya di Quality Hotel dengan kadar segera kerana ada perkara mustahak yang mahu dibincangkan.
Rahimi akur dengan arahan Ibrahim Yaacub.Namun begitu, dia pulang ke rumahnya terlebih dahulu berjumpa dengan bapanya untuk mendapat nasihat daripada bapanya. Bapanya yang juga penyokong Anwar menasihatinya agar berjumpa dengan Anwar di hotel tersebut.
Akur dengan nasihat bapanya, pada lewat malam, 26 Jun 2008, Rahimi tiba di Hotel tersebut. Ketika itu, terdapat ratusan penyokong PKR dan juga orang-orang kanan Anwar sedang berkumpul.
Rahimi disambut oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard), kemudian membawanya naik lif ke tingkat 10, tempat Anwar sedang menunggu.
Sesampainya di Tingkat 10, Anwar kemudian menarik Rahimi di sebuah bilik untuk berbincang secara peribadi. Anwar menanyakan kepada Rahimi apa yang telah Saiful beritahunya.
Rahimi memberitahu Anwar bahawa Saiful telah beritahunya, tentang dirinya telah diliwat, di pelbagai lokasi seperti kondominium Desa Damansara, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.
Ketika mendengar penjelasan Rahimi itu, Anwar nampak sangat cemas dan selepas habis bercerita Anwar menyuruh Rahimi jangan membuka mulut lagi. Anwar arahkannya jangan memberitahu sesiapa apa yang diceritakan tadi berkenaan aktiviti liwat tersebut, termasuk kepada pihak polis.
Kemudian, Anwar terus mengarahkan kedua peguamnya yang berada di Tingkat 10 itu untuk menguruskan Rahimi. Kedua peguam Anwar itu adalah Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli yang berfungi menyiapkan satu Akuan Bersumpah untuk ditandatangani oleh Rahimi.
Seperti perjanjian awal, kedatangan Rahimi ke hotel itu semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar dan selepas perjumpaan itu, Rahimi memohon izin untuk pulang ke rumahnya, namun kedua-dua peguam itu tidak mengizinkannya. Mereka mengarahkan Rahimi supaya tidur di Quality Hotel bersama seorang lagi rakan bernama Rashid Rosdi.
Di hotel itu, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli sedang mengarang Akuan Bersumpah untuk Rahimi tandatangani. Akuan Bersumpah tersebut bakal digunakan untuk membantu Anwar. Kerana bimbang keselamatan dirinya, akhirnya Rahimi menurunkan tandatangannya pada akuan bersumpah berikut, meskipun dia sendiri tidak bersetuju dengan kandungan Akuan Bersumpah tersebut.
Ketika itu, hotel tersebut menjadi kubu bagi ratusan penyokong dan orang-orang kanan Anwar. Rahimi amat risau jika apa-apa terjadi kepadanya jika dia enggan memberikan kerjasama.
Rahimi ditahan di hotel tersebut untuk beberapa hari, dan pada malam itu juga telefon bimbitnya telah diambil oleh YB Yusmadi Yusof. Entah apa yang dicari oleh Yusmadi dalam telefon bimbitnya dan Yusmadi memulangkan semula telefon bimbitnya pada keesokannya harinya.
Semasa ditahan di hotel itu, Rahimi dikawal rapi oleh beberapa orang dipercayai yang penyokong kuat Anwar.
Dalam pada itu, peguam-peguam Anwar (Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli) telah membuat beberapa kali pindaan kepada Akuan Bersumpah yang telah ditandatangani, kali ini mereka sendiri menambah cerita rekaan dengan memalitkan nama Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam akuan bersumpah Rahimi.
Pada ketika itu baru Rahimi tahu betapa kotornya permainan politik Anwar dan rasa menyesal kerana menyumbang tenaga selama ini untuk membantu karier politiknya.
Tidak cukup dengan Akuan Bersumpah, peguam-peguam itu juga mengarahkan Rahimi untuk membuat rakaman video yang kandungannya dikarang oleh mereka sendiri.
Rahimi kemudiannya dibawa ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Old Town Petaling Jaya untuk menandatangani Akuan Bersumpah yang terakhir.
Dan selepas menandatangani Akuan Bersumpah terakhir itu, Rahimi dibenarkan pulang, tetapi masih di bawah pengawasan ketat mereka lagi. Segala pergerakan Rahimi dipantau dan mereka kerap menelefonnya untuk mengetahui status terkini Rahimi.
Pada suatu ketika, pernah mereka menelefon Rahimi dan meminta dia bermalam di rumah Anwar di bawah pengawasan beberapa orang.
Ketika polis menahan Anwar supaya memberi keterangan kepada pihak polis, Rahimi dan Rashid telah dibawa lari oleh orang-orang Anwar ke pelbagai tempat. Dari Tropicana, ke Hotel Armada serta ke sebuah pondok agama di Kajang.
Rahimi hidup seperti pelarian ketika itu. Dilayan oleh orang-orang Anwar seperti orang bersalah menyebabkan jiwanya memberontak dan berazam tidak mahu lagi mendengar arahan-arahan mereka.
Akhirnya, Rahimi bertekad kembali ke rumahnya. Selepas beberapa bulan, Rahimi masih lagi dihubungi oleh orang-orang Anwar.
Apabila kes liwat bermula di mahkamah, nama Rahimi telah disebut oleh Saiful dalam keterangannya. Ketika itu, Latheefa Koya telah menelefonnya untuk berjumpa.
Rahimi hadir dalam perjumpaan dengan Latheefa seperti yang diminta. Ketika itu Rahimi sebenarnya takut untuk berjumpa dengan peguam Anwar itu, bimbang kalau-kalau dirinya akan ditahan kembali.
Sebelum berjumpa dengan Latheefa Koya, Rahimi sempat berpesan kepada isterinya, dengan berkata jika dia tidak kembali dalam masa 4 jam selepas perjumpaan itu dan dia tidak dapat dihubungi, Rahimi meminta isterinya membuat laporan polis.
Dalam perjumpaan dengan Latheefa itu, peguam Anwar itu sekali lagi memintanya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah kerana akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Rahimi pura-pura bersetuju di depan peguam Anwar itu dan meminta peguam itu menelefonnya selepas telah siap sedia dengan akuan bersumpah baru itu.
Selepas perjumpaan itu, Rahimi pulang ke rumahnya, dia telah menukar nombor telefon bimbitnya dan berpindah rumah. Namun mereka berjaya juga mengesan Rahimi.
Semasa kes bersambung semula di mahkamah dan semakin hangat, Latheefa sekali lagi menelefon Rahimi untuk berjumpa dengan Peguam Karpal Singh. Namun Rahimi tidak melayan permintaan mereka itu.
Apabila menyedari Rahimi mula tidak mahu memberi kerjasama, Anwar sendiri telah menelefon bapa Rahimi untuk menyuruh anaknya berjumpa dengan peguam-peguamnya.
Bapa Rahimi telah memaksa Rahimi berjumpa dengan peguam-peguam Anwar itu. Rahimi keberatan. Berlaku perang dingin di antara Rahimi dengan bapanya yang merupakan penyokong kuat Anwar. Rahimi beritahu bapanya, Anwar hanya mahu peralatkannya, Anwar adalah kaki penipu dan tidak boleh dipercayai, kata Rahimi.
Bapa Rahimi akhirnya tidak dapat membuat pilihan untuk mempercayai kata-kata Anwar yang merupakan individu yang disanjungnya atau mempercayai kata-kata anaknya sendiri yang sudah sekian lama bekerja dengan Anwar.

href=”http://cyber1trooper.blogspot.com/.../kisah-rahimi-osman-dikurung-di-hotel.html” -

No comments: