Assalammualaikum!
Berikut ini dikongsikan beberapa panduan ketika di dapur. Banyak atau malah kesemua perkara ini telah diketahui, namun, adakalanya kita terlupa dan perlu diingatkan. Selamat mencuba.
1. Masukkan makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus.
Menyimpan makanan dalam bekas telus memudahkan kita melihat keadaan makanan itu hampir habis dan perlu dibeli baru.
2. Susun botol rempah yang berlabel mengikut susunan abjad.
3. Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat.
Anda boleh mengambil ruang penyimpanan yang banyak jika menggunakan bekas bujur dan bulat.
4. Bandingkan kaedah susunan menyimpan barangan seperti biskut dan papan pemotong.
Susunkan secara menegak atau melintang kerana ini lebih menarik berbanding meletakkan begitu saja di kaunter.
5. Senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet di peti sejuk.
Ia memudahkan ahli keluarga menulis barangan keperluan lain.
6. Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan yang mudah melekat pada bekas pembakar.
Anda tidak mengambil masa yang lama atau kerap ketika membasuhnya.
7. Simpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak atas singki kerana tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barangan berkenaan.
Panduan memastikan sayur-sayuran sentiasa segar
1. Elak mencuci sayur-sayuran sebelum disimpan.
Bagi mengelakkan ia mudah busuk atau layu.
Sebaiknya cuci ketika hendak memasaknya.
2. Ketika menyimpan lobak, bahagian yang berdaun supaya tidak cepat busuk.
3. Selepas sayur dipotong, jangan dibiarkan terlalu lama kerana boleh mengurang�kan kandungan vitamin.
Masaklah secepat mungkin.
4. Masukkan sayur hijau dalam bekas tanpa tutup supaya warnanya mampu bertahan atau perah sedikit limau nipis ke dalamnya.
No comments:
Post a Comment