Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, February 2, 2011

Oleole Dari Legend.

Oleole Dari Legend.
Selasa, 1 februari, 2011
Hari ini dalam sejarah. Satu lagi produk intelek telah diciptakan untuk OKU penglihatan. Yang istimewanya, produk ini dilahirkan di Malaysia!

Apa Kata Kak Ai?
"kalau hati dah suka, semuanya indah saja."Mendengar berita dari talian
maklumat mengenai demonstrasi E-panel Braile al-quran for teaching aid sungguh sungguh memporak-perandakan minda di hari cuti. 10% dari mood ingin dilayan santai di atas katil, maklumlah baru saja discaj dari Hospital Tawakal pada hari rabu yang lalu. Manakala 90% meronta-ronta rindu-dendam ingin bertemu dengan gadget baru. terus-terang dikatakan bahawa perkataan 'alquran' tidaklah begitu menjemput mood, namun hardware baru yang adaptive untuk golongan OKU penglihatan bagaikan besi berani menarik kami ke sana.
"Ai! Tak ada rasa nak tengok e-panel braile? Paling tidak, jadi penyokong Cikgu Zakaria!" Suara suami memberi cadangan sekaligus mematikan 10% mood malas yang bersisa.

Apa Kata Kak Ai?
"Hari ini hari cuti. Tarikh yang sesuai sekali untuk menyaksikan pamiran alat baru. Selalunya orang terpilih seperti Moses dan yang lain-lain dijemput. Orang low profile macam aku langsung tak ada harga."
Sejak kurang sihat dari bulan disember yang lalu, Kak Ai sudah kurang melawat blog kawan-kawan, begitu juga blog sendiri. Namun bagaimanapun, ada kawan yang perihatin sering memberi laporan mengenai isu semasa bermula dengan majlis Kasih Sejuta Harapan Alquran Braile. Ekoran dari itu, Kak ai menghantar SMS semangat kepada pemilik blog Besi Waja dan memohon maaf kerana tidak dapat memberi komen kepada tulisannya. Maka dengan itu, berita E-panel braile alquran for teaching aid tidak banyak yang Kak Ai tahu. Cuma sebaris ayat: e-panel alquran memudahkan orang buta merujuk alquran braile tanpa bersusah-payah membawa beberapa jilid yang berat. Paling tidak, ada yang mendescribe sebagai pengubah-suaian terhadap alquran dengan cara yang portable secara digital.
"benda alah tu, macam pendrive kah?" Kak ai bertanya, ingin tahu.

"Bukan pendrive lah. Dia digital, mestilah ada butang boleh tekan-tekan." Kawan menerangkan, secara mengagak.
Kak Ai yang degil, jarang berpuashati dengan pendapat orang, kecuali, disaksikannya sendiri. Lagipun, Kak Ai merasa bertanggungjawab untuk menceritakan pengalaman sebenar kepada rakan-rakan jauh yang tidak mungkin berkesempatan menyaksikan secara dekat.
Apa Kata Kak Ai?
"Kalau kau orang pergi tengok pun, bukan rajin nak cerita balik. Sama macam orang tak pergi juga."

"Excuse me, Legend. Where exactly are you located? How far are you from the nearest LRT stasion?" Seperti biasa, selaku OKU penglihatan yang tanpa bantuan anak atau pasangan celik, terpaksa membuat sedikit soal-selidik sebelum sampai ke mana-mana destinasi. Pengalaman Kak Ai selaku secretary beberapa tahun, menjadikan Kak Ai seorang individu yang sistematik dalam perancangan dan jangkaan kira-kira yang disertai beberapa plan alternatif. Hal ini sangat dikagumi oleh sang suami.

Apa Kata Kak Ai?
"pandai betul pihak penganjur membuat rancangan. Legend Hotel bersebelahan dengan stesen LRT di PWTC. Senang sungguh untuk sibuta macam aku ke sana!"

"Will you take us to 8th floor, please"" Pinta Kak Ai kepada seorang bellboy di Legend.

"9th floor, ma'am." Bellboy itu cuba membetulkan permintaan Kak Ai yang disangkanya ingin ke Bilik Enggang di tingkat 9.
"Please lead us to the prayer room on 8th florr." Pinta Kak Ai, membetulkan ayat asalnya. Maklumat mengenai kedudukan "prayer room" telah Kak Ai ketahui sewaktu sessi soal-jawab bersama receptionist melalui telefon.
Kak Ai memang kaya dengan soalan.  Kak Ai yang sistematik telah mengatur segalanya. Kak Ai tidak akan pergi pada sessi pagi agar tidak terlalu bersesak dengan VIP dan media. Oleh itu, Kak ai memilih sessi tengah hari yang dijadualkan pada jam 2 petang. Untuk tidak membuang masa, jadual sollat zohor telah ditaddirkan di Legend. Bellboy berbangsa filipino membawa kami ke tingkat 8, untuk sollat. Tingkat 8 sebenarnya adalah sebuah kawasan parking yang luas. Bilik sembahyang yang kecil agak tersorok di salah satu penjuru. Di dalam hati Kak Ai berdoa agar berjumpa dengan Cikgu Zakaria atau rakan-rakan yang berkebetulan sollat zohor di situ. Tentu sekali mereka terkejut menemui Kak Ai dan Merak!

"assalammualaikum! Nama saya, Khalid." Seorang lelaki mengambil kami dari bellboy filipino. Hanya lelaki itu saja yang ada di surau. Alhamdulillah. Khalid dan Merak sollat zohor secara jemaah. Sebelum itu, Khalid dengan baik hati menunjuk arah ruang sollat wanita termasuk membentangkan sejadah mengikut arah qiblat.Suatu pengalaman baru, tempat wuduk di Legend adalah secara duduk. sungguh kreatif! Terdapat 4 buah pangkin kecil diperbuat dari marmar berserta paip di dinding. Seorang muslimah hanya duduk selesa di atas pangkin dengan membasuh tangan, kaki dan yang lainnya menggunakan paip di dinding. Pangkin-pangkin itu dipisahkan oleh ruang sekaki untuk laluan masuk/keluar. dalam hati Kak Ai memuji kebijaksanaan arkitek yang merancang rekabentuk binaan tempat wuduk itu. Air wuduk tidak mungkin terpercik ke ruangan sollat seperti di tempat lain di mana ruang wuduk adalah tinggi sedikit dari ruang sollat dan tidak terkepung!

"Hai!" Menghampiri Bilik Enggang, Kak Ai ditegur oleh seorang kenalan yang Kak Ai tidak pasti namanya. Suara itu berlalu menaiki lif untuk turun dan pulang. Tiba-tiba Kak Ai dipeluk dari belakang oleh seseorang yang selalu seronok bertemu Kak ai. Cara tegurannya yang unik dan perlakuannya yang mesra memberi ilham untuk Kak Ai meneka siapa gerangannya.

"Cikgu Zunaidah!" Tersembur dari mulut Kak Ai tanpa dirancang. Cikgu Zunaidah adalah salah seorang guru dari Sekolah Menengah Khas Setapak yang baru dua kali bertemu. Kak Ai kemalu-maluan apabila Merak mendengar cara Cikgu Zunaidah menegur Kak Ai. Seandai yang lain tahu, tentu sekali mereka ingin menjadi Kak Ai pada masa itu juga! Berdasarkan pandangan mata rabun sepasang mata pinjaman kepada seorang peminat yang buta, Kak Ai dilukiskan sungguh jelek. Tapi syukurlah, Kak Ai menyedari Allah mengurniakan Kak Ai suatu aura yang istimewa. Astaghfirullahu adzim! Bersikap ujub adalah berdosa!

""Sila duduk, Cikgu." Suara seorang lelaki di sebelah kanan mempersilakan Kak Ai dan Merak, duduk. Kalaulah Cikgu  Mamat atau Cikgu Suria, guru-guru lain mendengarnya, tentu mereka gelak besar. Kak Ai merasa kurang senang. Adakah acara ini terbuka kepada guru-guru sahaja? Mengapakah mereka tidak telus dalam hebahan?

Apa Kata Kak Ai?
"apa! Kau orang ingat hanya guru saja ada kepala otak, layak tengok produk intelek kau orang! Kau belum kenal lagi guru-guru bengap dari aku!"
"maaf. Satu pembetulan. Kami bukan cikgu. Kami hanyalah pembaca alquran, pengguna braile dan pengakses komputer. Kami berminat kepada sebarang produk berasaskan special adaptive for the blind. Acara ini untuk cikgu-cikgu sajakah?" Kak Ai bertanya ramah dan tegas, hati di dalam sedikit mendidih. Apapun terjadi, Kak Ai takkan berganjak selagi tidak dapat menguji-kaji alat baru itu!

"Tidak!" Jawab beberapa orang lelaki serentak. Di dalam riohan suara itu, Kak Ai mengenali suara Cikgu Zakaria. Kak Ai merasa aman apabila mendengar suara itu.

Walaupun kami bukan guru, VIP atau sesiapa, kami delayan baik oleh pensyarah-pensyarah UTM. e-panel alquran braile for teaching aid adalah projek dan produk yang mereka ilhamkan. Tahniah kepada Dr. Zarhamdy yang OKU kerdil tapi luarbiasa besar jiwa dan otaknya.

Sewaktu menanti acara bermula, Merak dan Kak Ai telah diberi set e-panel braile untuk diexplore. Demi memegang gadget itu, Kak Ai terus jatuh cinta. Demi mendengar sedikit penerangan tentang keupayaan produk itu, Kak Ai bagaikan dipukau. Subhanallah! Anak Malaysia otaknya bergeliga rupanya!

Apa Kata Kak Ai?

"Akhirnya, ada juga produk intelek yang dicipta untuk orang buta oleh anak Malaysia!"
Dalam pemahaman dan pemerhatian Kak Ai, E-panel Alquran Braile for teaching aid adalah sebuah braile display buatan Malaysia sebagai hardware, manakala Text alquran braile adalah softwarenya. Oleh kerana gadget ini diperbuat dari plastik, ianya tidak berat untuk dibawa ke mana-mana. Walau bagaimanapun, Kak Ai mencadangkan agarcasing hardware ditukar kepada aluminium atau padded supaya tahan lasak dan OKU penglihatan tidak teragak-agak membawanya berjalan. Set ini tidak terlalu besar, cuma lebih kurang 18 inci panjang, 6 inci lebar dan 3 inci tinggi. Set ini dilengkapkan dengan butang braile keyboard berserta backspace dan spacebar. Terdapat juga beberapa butang asesori tambahan seperti enter, escape, next dan previous. Susunan butang teratur dan kemas mudah untuk dipelajari dan tidak semak. Set ini menggunakan kuasa bateri yang dicaj selama 3 jam dan boleh digunakan selama 2 jam. Namun demikian, Soket AC supply ada disediakan di bahagian hadapan set. Terdapat 2 buah lubang menyerupai USB di sebelah kiri. Lubang atas lebih besar dari saiz USB adalah dikhususkan untuk software alquran yang berbentuk seperti mobile modem. Untuk pengetahuan semua, set ini tidak mempunyai ram, maka satu gadget sokongan telah direka. Lubang yang ke dua pula adalah transmiter sehala daripada komputer. Dengan erti kata lain, e-panel boleh disambungkan kepada komputer dan dijadikan braile display. Di bahagian bawah sisi kiri ialah 'mode switch' samada 'stand alone' atau 'cluster'. Di bahagian sisi sebelah kanan terdapat butang kontrol volume dan soket ear-phone. Apabila Butang suis dipetik, terdengar suara anak malaysia menyebut: "E-panel Alquran Braile", dan serentak dengan itu, tulisan braile dari braile display tertera di permukaan sebelah atas panel. Set ini menggunakan braile display teknologi Jerman. Perbezaan braile display ini dari produk2 sebelumnya seperti Braile Lite, Braile note dan yang lain-lain: Produk lain meletakkan text braile di bahagian bawah, manakala produk ini meletakkan text braile di bahagian atas dan ini membuatkan produk ini lebih selesa dan istimewa! Produk2 dalam pasaran lain seperti Braile Lite dan Braile Note menggunakan paparan bacaan 18 atau 40 cell. Manakala produk ini menyediakan paparan bacaan 36 cell bersamaan dengan baris mukasurat braile standard. 

Apa Kata Kak Ai?
"Kalau dah suka, semuanya indah saja."
E-panel ini direka untuk 2 mode: samada individu 'stand alone' atau secara guru dan murid 'cluster'. Buat masa ini kita sedang mempelajari cara menggunakan alat ini bersendirian.
Langkah seterusnya ialah menekan butang "enter", maka terdengarlah audio menyebut nama surah "al-fatihah" dan perkara yang sama berlaku kepada text braile di braile display. Apabila butang "space" ditekan, seluruh hadirin terpukau dengan alunan bacaan Surah Al-fatihah dari sheikh saad said al ghamidi. Atas dasar hakcipta, suara sheikh saad said al ghamidi hanyalah demo sementara. Set sebenar akan menggunakan suara anak malaysia yang harga royaltynya boleh dirunding-tawar. Oleh kerana gadget ini dikhususkan untuk pembelajaran, ianya tidak auto untuk pergi ke ayat seterusnya.Tekan "next" untuk surah seterusnya atau "previous" untuk surah sebelumnya. Untuk melompat beberapa nombor surah, butang "space" dan "next" ditekan lama dari biasa. Satu kelemahan yang ketara, software ini belum lagi dilengkapkan dengan "find" atau "search".

Manakala 'mode cluster' adalah mode guru berinteraksi dengan murid. Seorang guru boleh menguasai kesemua e-panel yang berada di sekitarnya tanpa had dengan menggunakan sistem wireless disebut 'zigbe'. Seorang guru akan menaip sesuatu dari kekunci komputernya dan apa yang ditaipkan akan dikongsi bersama kesemua murid-muridnya. Guru juga boleh membuka apa-apa file txt untuk dikongsikan bersama murid-muridnya. Hendaklah difahamkan bahawa file yang dimaksudkan tidak semestinya alquran jawi.

Apa Kata Kak Ai?
"Wow! Hebatnya ciptaan anak malaysia! Terimakasih UTM kerana mengenang kami dalam projekmu!"

Program yang dijadualkan jam 2 petang akhirnya bermula pada jam 3.00 petang. Sejam telah berlalu, banyak sungguh yang telah kami pelajari mengenai e-panel. Sejam telah berlalu, masa itu dipenuhi dengan kaji-selidik dan soal-jawab yang bernas. Sejam telah berlalu, kami saling mempelajari mengenai bidang-bidang masing-masing. Kami bercakap bagi pehak pengguna braile dan alquran, manakala yang lain pula memikirkan cara untuk menulis software. Sejam telah berlalu, tiada tamu tambahan. Untuk sessi kali ini, hanya Kak Ai dan Merak saja yang menjadi tamu pamiran. Oleh kerana jumlah pengkaji yang terdiri dari pensyarah dan programmer agak ramai, Bilik Enggang tidaklah kosong dan sepi. Walaupun para penyelidik terdiri dari proffesor, doktor dan programmer, mereka bersikap terbuka terhadap kritik. Kak Ai merasa terharu apabila seorang profesor mengatakan input aktif dan positif dari kami lebih bermakna dari sedewan hadirin yang bersikap 'yesman'. Mana tidaknya! Kami adaalah pembaca alquran, pengguna braile dan pengakses komputer. Kami berminat kepada sebarang produk berasaskan special adaptive for the blind. Kami telah kenali pelbagai adaptive gadget yang telah dicipta dari berlainan negara. Bersandarkan alasan-alasan demikian kami berupaya mencabar software baru!

Apa Kata Kak Ai?
"kalau majlis kahwin berbayar, orang tak kenal pun, kau orang berduyun-duyun pergi. Orang nak minta feedback untuk kebaikan sendiri, masing-masing sombong pulak! Masa demo iphone, ramai pulak! Kasihan kau orang Tak pandai membuat pilihan, yang mana harus diutamakan."

Program bermula dengan bacaan doa kemudian diikuti dengan demonstrasi 'mode cluster' guru bersama murid. Di waktu itu juga, kami dihidangkan dengan minum petang berserta sandwich, doughnut dan cucur udang. 
Untuk mendengar sedikit penerangan mengenai e-panel serta mendengar bunyinya, anda semua diminta layari:


http://dl.dropbox.com/u/3119095/Epanel.mp3
Sementara itu, gambar hanya dikongsikan dengan mereka yang benar-benar ingin melihatnya.

Apa Kata Kak Ai?
"produk tu mahal lah, kawan! Sampai mati pun, aku tak mampu membelinya. Bukan salah mereka, hak royalty braile display saja harganya rm15 ribu! Bedebak, bedebuk! mahu rm25 ribu!"

No comments: