Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak. Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
Kebiasaannya kucing menghabiskan dua pertiga daripada masanya seharian dengan tidur. Terdapat lima jenis tidur kucing yang berbeza iaitu tidur lelap,tidur 'diawang-awang' atau 'sensory drift’, tidur lena hinggalah kepada tiga kategori tidur nyenyak. Jenis tidur yang pertama merupakan satu fenomena biasa yang sering dipanggil 'tidur kucing' - satu istilah yang kerap digunakan untuk menjelaskan keadaan tidur seseorang.
Jangkamasa tidur seseekor kucing pada setiap hari adalah berubah-ubah dan ini bergantung kepada keadaan selera makannya yang memuaskan, daya rangsang seks, umur, dan keadaan musim. Anak kucing dan kucing tua tidur lebih lama dari kucing dewasa yang sihat. Kombinasi keselesaan dalam kehangatan, keselamatan dan perut kenyang boleh menjadikan kucing, tanpa mengira umurnya, mengantuk setiap jam pada tiap-tiap hari. Tempat yang paling ideal bagi kucing yang tinggal di rumah untuk tidur ialah di atas kerusi, katil ataupun dalam bakul timbunan kain tuannya atau di atas bendul tingkap. Kucing yang tidak bertuan lebih gemar tidur dalam kotak yang tidak berguna.
Semasa tidur kucing akan membuat berbagai pergerakan dengan menggunakan tapak dan misainya dan ini memberikan satu tanggapan yang ianya sedang enak dibuai mimpi. Penyakit tidak boleh tidur masih belum ditemui samada ianya berlaku di kalangan kucing. Ujian biasa yang dilakukan tetapi tidak boleh dipercayai menunjukkan bahawa sekiranya dihalang dari tidur selama seminggu kucing akan mati.
Kebanyakan aktiviti kucing lebih gemar dilakukan pada waktu malam dan ketika cuaca gelap, justeru itu waktu tidur mereka tidak sama dengan kita.
Semua kucing dilahirkan buta. Mata anak kucing masih tertutup selama tujuh hingga sepuluh hari selepas dilahirkan. Pada mulanya retina matanya tidak langsung berkembang dan penglihatannya menjadi samar-samar. Seseekor anak kucing terpaksa belajar untuk mengenali, memahami bayang-bayang yang diterima retina matanya dan otak memproses isyarat yang diterimanya. Anak kucing tidak boleh melihat sejelas kucing dewasa selama tiga bulan. Selepas itu penglihatan matanya menjadi sangat penting bahkan menjadi deria terpenting bagi kucing.
Penglihatan mata kucing dianggap sebagai deria yang luar biasa. Matanya boleh melihat dengan jelas dalam lingkungan 287°. Dengan mobiliti kepala ianya boleh meneroka penglihatan yang jauh dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri. Penglihatannya mungkin tidak boleh ditumpukan dengan baik terhadap objek yang berhampiran, tetapi ianya boleh melihat dengan jelas dalam lingkungan jarak tujuh kaki.
Pada waktu siang penglihatannya sangat baik. Pada waktu malam dengan bantuan kesamaraan lampu jalanraya atau sinaran bulan, ianya boleh melihat dengan jelas.
Kucing lebih menggunakan deria penglihatan daripada deria penciuman ketika memburu. Ketajaman penglihatan mata ini secara spontan akan disesuaikan dengan keadaan pertukaran cahaya. Dalam keadaan cahaya terang anak mata akan mengecut menjadi kecil memanjang dan apabila keadaan bertukar menjadi gelap ianya akan terbuka luas bagi membolehkannya melihat dalam keadaan yang samar-samar.
Dalam cahaya kegelapan, mata kucing kelihatan bersinar dan keadaan ini menimbulkan sangkaan yang kucing boleh melihat dalam gelap. Tanggapan ini tidak tepat kerana yang sebenarnya mata kucing adalah seperti batu penanda jalanraya. Ianya boleh memantulkan balik sinaran yang mengenainya dan menjadikan matanya kelihatan hidup bercahaya.
Salah satu aspek yang paling menggembirakan mempunyai kucing sebagai binatang kesayangan ialah ketika melihat mereka bermain, terutamanya anak-anak kucing bermain sesama adik-beradik atau dengan ibu mereka. Apa yang dimaksudkan dengan 'permainan' anak-anak kucing sebenarnya merupakan satu aspek 'pembelajaran' yang terpenting bagi anak-anak kucing, biasanya dari ibu mereka.
Kebanyakan dari gerak-geri 'bermain' yang dilalui oleh anak-anak kucing samada secara naluri atau 'diajar' oleh ibu mereka. mengandungi pergerakan yang berkaitan dengan menangkap mangsa, melawan musuh atau menyelamatkan diri dari suatu situasi yang merbahaya. Gerak-geri yang dimaksudkan itu termasuklah perlawanan olok-olok, menggigit dan mencakar tanpa melukakan, menghambur, mengelak serangan lawan dan lari dari musuh.
Memang sungguh menakjubkan melihat anak-anak kucing bergilir-gilir memainkan peranan sebagai penyerang atau sebagai yang kena serang. Selain dari sebagai latihan jasmani yang menyeronokkan, 'permainan' juga membantu anak-anak kucing membina koordinasi otot dan kecekapan menyelamatkan diri mereka.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kucing
Kucing Elakkan Penyakit Jantung.
PEMILIK kucing sudah lama mendakwa bahawa membela kucing baik untuk kesihatan. Dakwaan ini telah dibuktikan oleh para pengkaji. Hasilnya sangat mengejutkan apabila kajian menunjukkan, orang yang memelihara kucing berisiko 40 percent lebih rendah meninggal akibat serangan jantung dan berisiko 30 percent lebih kecil menderita penyakit jantung.
Apa rahasianya? Menurut pengkaji, pemulihan kesihatan jantung dirangsang oleh aktiviti duduk dan bermain dengan kucing. Aktiviti ini terbukti menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tekanan (stress).
Selain baik untuk jantung, pemilik kucing juga dikatakan kurang menghidap penyakit kanser. Pemilik kucing, menurut pakar, lebih banyak terpapar alergen. Kerana itu, sistem kekebalan tubuh mereka juga lebih kuat.
Di samping itu, dengkuran kucing juga diyakini mempunyai manfaat postif. Hasil kajian awal menunjukkan bahwa getaran dari dengkuran kucing bisa menstimulasi pemulihan dan pertumbuhan tulang.
Tidak hanya manfaat fizikal, kucing juga dapat menjadi sumber ketenangan emosi, khususnya untuk orang-orang yang hidup sendiri atau hidup dalam situasi stress. Kucing bisa menemani dan mengurangi perasaan resah. Dan kerana hanya memerlukan penjagaan yang minima, kucing sangat sesuai untuk orang-orang usia lanjut.
Selain memberi ketenangan pada pesakit, kucing juga terbukti mepunyai kesan positif terhadap orang-orang yang menderita penyakit mental. Menghabiskan waktu dengan kucing dapat membantu orang mempelajari batas-batas, keterampilan sosial dan juga komunikasi saat berinteraksi dengan haiwan.
Beberapa pesakit sakit mental, seperti diuraikan di laman ezinearticles.com, mengaku bahawa kucing dapat memahami keadaan mereka sehingga membuat mereka tidak berasa sendirian dan mengurangkan rasa frustasi. Kajian telah membuktikan bahawa pemilik kucing mempunyai mekanisme penyelesaian masalah yang lebih baik dan lebih patuh terhadap disiplin perubatan mereka. (IK/OL-06)
source: media indonesia, redbubble.net
Lawa, Kucing Istimewa Dengan 26 jari
PADANG BESAR - Seekor kucing betina milik pasangan suami isteri di Kampung Alor Sena dekat sini memang istimewa. Ini kerana ia yang diberi nama Lawa memiliki 26 jari pada kakinya.
Lebih istimewa, Lawa dikatakan cekap menjaga sekitar rumah tuannya yang terletak di kawasan sawah daripada ancaman haiwan perosak seperti tikus mungkin lantaran jari kakinya yang banyak itu.
Lawa yang berusia enam bulan, memiliki tujuh jari di kaki kanan dan kiri hadapan manakala dua kaki belakangnya masing-masing mempunyai enam jari.
Menurut pemiliknya, Bakri Abu Hanifah, 49, sejak dia memelihara Lawa empat bulan lalu ketika usianya dua bulan, masalah tikus sawah yang kerap mengganggu rumah dan kebun mereka sudah tiada lagi.
"Menariknya, Lawa tidak makan tikus yang dibunuhnya dan dalam sehari, Lawa tangkap lebih lima ekor tikus," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Sena dekat sini semalam.
Seekor Kucing Menyelamatkan Pemiliknya Dari Perompak.
Peter Choyce,seorang pria berkursi roda roda pada suatu siang menikmati hari bersama laptopnya di teras rumah. 2 orang pria yang mengendarai mobil melihat hal itu sebagai sasaran empuk dan turun untuk merampoknya. Salah seorang dari mereka meninju wajah peter dan mencoba merampas laptopnya.
Tak disangka Unshskins,kucing hitam putih peliharaan peter menyerang para perompak itu dan mencakar wajah mereka hingga berdarah. Aksi Unshkins menyelamatkan harta dan nyawa peter.
Kucing Yang Menyelamatkan Sebuah Keluarga Dari Kebocoran Gas
Winnie adalah seekor kucing pahlawan bagi pemiliknya,ketika gas bocor pada tengah malam dan membahayakan nyawa keluarganya,winnie langsung beranjak ke kamar utama dan mengeong dengan keras untuk membangunkan seluruh isi rumah dan memperingatkan mereka akan bahaya di ruang bawah tanah. Karena Winnie tidak ada korban jiwa dalam kejadian itu.
Kucing Selamatkan Rumah Tuannya Daripada Terbakar.
Pepper Sedang Membuka Tingkap Di Dapur Tuannya
EXETER - Seekor kucing jantan bernama Pepper menjadi wira selepas ia menyelamatkan rumah tuannya daripada hangus terbakar, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam kejadian pada Sabtu lepas, kucing berusia lima tahun itu membuka tingkap rumah tuannya, Phil dan Sharon White di daerah Devon, Britain dengan menggunakan kakinya.
Tindakan Pepper itu menyebabkan jiran-jirannya menghubungi pihak bomba selepas mereka melihat asap keluar dari tingkap itu. Akibat tindakan haiwan itu, asap tersebut keluar menerusi tingkap berkenaan.Asap itu berpunca daripada ketuhar yang tidak ditutup menyebabkan ia terbakar "Pepper keluar masuk melalui tingkap itu dengan sesuka hatinya," kata Sharon yang tiada di rumah kerana menghadiri parti berama suaminya semasa kejadian.
Pasukan bomba bergegas ke rumah mereka yang bernilai £350,000 (RM1.7 juta) itu dan memadamkan kebakaran yang bermula di bahagian dapur sebelum ia merebak. – Agensi
Dianne Busscher dibangunkan jam 4:45 oleh jeritan kucing.Busscher terbangun untuk melihat apa yang menyebabkan keributan.Apa yang dilihatnya adalah asap dan api,cepat-cepat ia menyambar kucing dan bergegas kembali ke dalam untuk membangunkan suami dan kelima anak mereka.
Kucing boleh bercakap mama di Jawa Timur
KUCING bernama Keting ini didakwa boleh bercakap beberapa patah perkataan.
JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.
"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam.
Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.
"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.
Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.
Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi
No comments:
Post a Comment