Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, February 23, 2011

Cara Mengenali Barangan Dari Kulit Babi.

Assalammualaikum!

Kita seringkali wassas dalam pemilihan makanan tapi tidak dalam pemilihan barangan dan asesori. Kenapa begitu?

Dalam sibuk bergaya memperagakan fesyen dan jenama hebat, cuba elakkan dari menggunakan barangan yang diperbuat dari kulit babi.

 

Utama > Tahukah Anda? > Cara Kenali Barangan diPerbuat Daripada Kulit Babi

Cara Kenali Barangan diPerbuat Daripada Kulit Babi

 

Saiz font:

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

titik segitiga
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

  1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.  Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
  2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
  3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
  4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

contoh kulit babi

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya

No comments: