Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Monday, May 3, 2010

Rahsia Wanita Tanah, Api, Air dan Angin

Rahsia Wanita Tanah, Api, Air dan Angin
Oleh : Adif. rs

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa
sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara
ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur
api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui
anak ke berapa dalam keluarga.
Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
Air - kedua, Keenam, kesepuluh
Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat
tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban
demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan
diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak
suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan
untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga
sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai
ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak
hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan
kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan
hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik
dan menarik dihadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Mudah disukai ramai
Tidak suka membantah, malah cukup mendengar kata.

No comments: