Assalammualaikum!
Di hari ibu ini, marilah kita, muhasabah diri dengan mengingati peristiwa-peristiwa dan perilaku yang tidak sepatutnya kita lakukan pada ibu. Terkadang, kita terlupa mendahului ibu dalam segala hal.
Berikut ini sebuah kisah masyarakat biasa terjadi kepada sesiapa sahaja.
Ingatlah Kepada Ibumu,
Orang kata aku lahir dari perut ibu..,
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu,
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu,
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu,
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!,
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu,
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu,
Bila nak bermanja… aku dekati ibu,
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu,
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu,
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu,
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu,
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat,
marah..ibu,
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu,
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu,
Aku selalu teringatkan ..Ibu,
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu,
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu,
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu,
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!,
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu,
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu,
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu,
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu,
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu,
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu,,
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu,
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu,
Yang selalu puji aku.. Ibu,
Yang selalu nasihat aku.. Ibu,
Bila nak kahwin..,
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu.
Aku ada pasangan hidup sendiri,
Bila seronok… aku cari pasanganku,
Bila sedih… aku cari Ibu.
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku,
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu.
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku,
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku.
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku,
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu.
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada,
pasanganku,
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu.,
Selalu… aku ingat pasanganku,
Selalu… Ibu ingat kat aku.
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku,
Entah bila.. aku nak talipon Ibu.
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku,
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku.
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu,
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun,
cukuplah”.,
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus,
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu,
sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu….
Sunday, May 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment