Zaman ini, banyak sekali minuman yang dijual di dalam botol plastik. Malangnya kerana kurang kreatif, tidak banyak botol plastik terpakai yang dikitar semula. Oleh kerana bentuknya yang ringan dan terapung, maka telah mendatangkan ilham oleh orang bijak pandai untuk menjadikan sebuah bot plastik daripadanya.
Bot botol plastik tiba di Sydney
GAMBAR menunjukkan bot Plastiki belayar melepasi bangunan Sydney Opera House semalam.
SYDNEY - Sebuah bot yang diperbuat daripada 12,500 botol plastik tiba di Pelabuhan Sydney semalam sekali gus menamatkan perjalanan merentasi Lautan Pasifik selepas belayar dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada 20 Mac lalu.
Bot yang diberi nama Plastiki yang merupakan idea keluarga terkenal dalam perbankan di Britain itu diberi sambutan meriah selepas mengharungi perjalanan sejauh 15,000 kilometer.
"Kami berasa sungguh teruja berada di sini," kata ketua projek bot tersebut, David de Rothschild.
Seramai enam orang menaiki bot itu yang berhenti di Pulau Line, Samoa Barat dan New Caledonia sebelum tiba di Australia.
Botol-botol itu diikat pada platform bot dan dicantumkan dengan barang plastik dan gam diperbuat daripada biji buah gajus dan tebu.
Bot itu menggerakkan kemudi dengan menggunakan tenaga solar manakala janakuasa memperoleh tenaga dengan menggunakan konsep basikal.
Air yang digunakan di atas bot itu ialah daripada air kencing yang dikitar semula.
Kelasi-kelasi bot tersebut menggunakan laman web, blog dan Twitter untuk berkomunikasi dengan penyokong misi untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar itu. - AFP
www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt... -
No comments:
Post a Comment