Wednesday, January 26, 2011
WIFI Wajib di Semua Premis Restoran.
Assalammualaikum!
Pada tahun lalu, beribu-ribu pelajar Malaysia menerima netbook
percuma. Pada tahun lalu juga, beribu-ribu pelajar IPTA menerima
konsesi yuran mendaftar jalur lebar. Pada tahun lalu juga, beribu-ribu
rakyat Malaysia mendapat netbook percuma apabila mendaftar jalur
lebar. Bertuahnya menjadi rakyat Malaysia! Sesungguhnya Malaysia
adalah sebuah negara bertamadun tinggi dan berwawasan. Malaysia
mahukan semua rakyatnya celik ICT! Betulkah?
Mulai tahun depan semua premis perniagaan WAJIB (tak sedia HARAM
HUKUMNYA) ada Kemudahan Internet Tanpa Wayar WIFI. Kedai yang tak ada
WIFI, Lesen Perniagaan Mereka TIDAK akan diperbaharui. Jadi macam
Tunisia lah nampaknya Malaysia ni. SIAPA YANG UNTUNG BILA SEMUA KEDAI
ADA WIFI? Pengguna atau Pemegang LESEN WIFI?
WIFI lebih WAJIB dari status HALAL untuk RESTORAN, KAFE dan HOTEL!!!
Jangan Gerai Nasi Lemak dan Warung Burger pun wajib ada WIFI cukuplah,
tapi tak mustahil.
******************
Wajib sedia jalur lebar
Utusan Malaysia 28 Jan 2011
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Setiap projek pembangunan perumahan baru di ibu
negara kini disyaratkan menyediakan kemudahan jalur lebar berkuat
kuasa hari ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata,
peraturan itu akan membolehkan lebih ramai isi rumah mendapat
kemudahan capaian internet yang lebih baik.
Ahmad Fuad berkata, PREMIS PERNIAGAAN PULA AKAN DISYARATKAN
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INTERNET TANPA WAYAR UNTUK PENGUNJUNG PADA TAHUN
DEPAN.
"SEKIRANYA PREMIS-PREMIS INI BERDEGIL, KITA TIDAK AKAN MEMBERI LESEN
ATAU LESEN PERNIAGAAN MEREKA TIDAK AKAN DIPERBAHARUI, ARAHAN INI AKAN
BERKUAT KUASA PADA TAHUN DEPAN," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_06.htm
Kata Kunci:
Kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment