Destinasi masjid tercantik
KUALA KANGSAR, bandar diraja di Perak mempunyai kira-kira 39,300 penduduk. Ia terletak berhampiran Sungai Perak dan terkenal dengan tempat bersejarah.
Nama Kuala Kangsar dipercayai diambil daripada perkataan Kuala Kurang-Sa yang bermaksud 100 tolak satu.
Disebabkan kedudukannya hampir dengan Sungai Perak, Kuala Kangsar sering dilanda banjir. Bah besar pernah berlaku pada 1926.
Istana Sultan Perak terletak di Kuala Kangsar sejak kurun ke-18. Malah, ketika zaman pemerintahan British, residen pertama ke negeri itu, James W W Birch beroperasi dari bandar diraja itu.
Kuala Kangsar turut terkenal sebagai tempat pertama menanam pokok getah yang pernah menjadi industri utama negara.
Jika bertandang ke Kuala Kangsar, anda boleh melihat pokok getah itu yang kini menjadi sejarah negara.
Dua jambatan menghubungkan Kuala Kangsar ke Sayong ialah Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah dan Jambatan Sultan Iskandar.
Jika datang dari arah selatan atau utara, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Dari Kuala Lumpur, perjalanan menggunakan kereta mengambil masa dua jam.
Kuala Kangsar memang terkenal dengan tempat menarik, antaranya Istana Kenangan, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Medan Selera Sungai Perak dan kolam air panas.
>Masjid Ubudiah
Masjid ini dianggap antara masjid tercantik di negara ini dengan kubah dan menara yang menggambarkan seni bina yang klasik.
Ia direka bentuk arkitek, Arthur Benison Hubback yang pernah terbabit mereka bentuk Stesen Keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur.
Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah 1, ia terletak berhampiran Muzium Diraja Bukit Chandan.
Masjid itu siap pada akhir 1917 dengan kos, RM200,000, jumlah yang agak mahal ketika itu. Ia dirasmikan, Sultan Abdul Jalil Karamtullah Shah.
>Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK) dahulunya adalah sekolah lelaki untuk golongan elit.
Pengetua pertamanya ialah W Hargreaves. Sejak 1965, MCKK diterajui pengetua daripada orang Melayu.
Pada Jun 2006, kolej itu mencatat sejarah apabila menerima tetamu kehormat, Mahajara Akihito and Permaisuri Michiko dari Jepun yang melawat kolej itu.
MCKK terkenal kerana melahirkan ramai cerdik pandai di negara ini termasuk perdana menteri dan menteri kanan selain golongan diraja.
>Medan Selera Sungai Perak.
Siapa yang pernah datang ke bandar diraja ini pasti tidak melepaskan peluang menikmati keenakan laksanya selain cendol pulut.
C19505_1.gif
Jika teringin menikmati masak lemak ikan patin, sepanjang gerai di medan selesa terbabit menjual makanan itu. Ia menjadi tumpuan penduduk tempatan termasuk pelancong asing.
1265184685953_468x60.gif
No comments:
Post a Comment