Assalammualaikum!
Elak kesalahan sepanjang Ramadhan
PERTAMA : Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan uzur yang dibenarkan syara’)
Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari : sesungguhnya barangsiapa yang telah makan (batal puasa)hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu)
Amat besar dosanya mereka yang berbuka pada bulan Ramadhan tanpa uzur yang dibenarkan syara’. Nabi ada bersabda seperti yang telah didiriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah. : “Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu walaupun ia berpuasa selama-lamanya.”
KEDUA : Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan bersahur di akhir malam yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w : Telah berkata Zaid bin Thabit : Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian kami mengerjakan solat subuh. Aku bertanya kepada Zaid berapa lama tempo antara habis makan sahur dengan solat? Jawab Zaid kadar 50 ayat al Quran”. (Al Bukhari dan Muslim)
KETIGA : Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan besar sedangkan pada waktu tersebut pada hakikatnya adalah masa terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam.
Allah berfirman : Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar (Az Zariat : 18)
Telah ditanya kepada Rasulullah s.a.w oleh seorang sahabat : Wahai Rasulullah waktu bilakah doa paling didengari oleh Allah? Jawab baginda : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” (At Tirmizi)
KEEMPAT : Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Walaupun solat bukan syarat sah puasa namun ianya adalah tonggal kepada keislaman seseorang. Kita sering mendengar ada sebilangan jamaah yang hanya hadir ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat Sunat Tarawih tetapi tidak melaksanakan solat maghrib.
KELIMA : Tidak mengutamakan solat subuh berjamaah sebagaimana Tarawih.
Ramai yang lupa bahawa kelebihan solat subuh berjamaah menyamai pahala menghidupkan seluruh malam dengan beribadah
KEENAM : Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alas an ia adalah ibadah.
Al Imam As Sayuti telah menegaskan bahawa hadis yang menyebut tidur orang berpuasa itu ibadah adalah hadis yang sangat lemah (al Jami’ as Soghir)
Seterusnya baca di
http://ismaterengganu.com
No comments:
Post a Comment