Assalammualaikum!
Cerita sebegini bagai fantasi, tapi inilah yang sebenarnya terjadi. Adakalanya, akak berharap orang tersayang kembali semula kerana kesilapan doktor mengatakan mereka mati.
Jika ditanya pendapat akak yang ikhlas, akak merasakan mereka itu sebenarnya belum mati, tetapi paramedic yang tersilap mengatakan beliau sudah mati. Apa-apapun, sekiranya terjadi, ini adalah peluang ke dua untuk memperbaiki diri. Di bawah ini, beberapa artikel mengenai mereka yang telah disahkan mati dan kembali hidup semula.
Lelaki mati hidup semula
JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Seorang lelaki mendapati dirinya berada di dalam peti sejuk sebuah rumah mayat apabila tersedar hampir sehari selepas keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai kesihatan.
Jurucakap jabatan kesihatan, Sizwe Kupelo kelmarin berkata, lelaki berkenaan tersedar pada tengah hari Ahad lepas, 21 jam selepas dia dibawa ke rumah mayat berkenaan selepas keluarganya menyangka dia sudah mati akibat serangan asma.
"Kakitangan kami memeriksa tubuh lelaki itu dan mendapati dia tiada nadi atau degupan jantung," kata pemilik rumah mayat itu, Ayanda Maqolo.
Namun, hampir sehari selepas pekerja rumah pengebumian itu memasukkan lelaki itu ke dalam peti sejuk mayat dan menguncinya, mereka terdengar seseorang menjerit meminta tolong.
Magolo yang ketakutan, bertindak menelefon polis. Mereka kemudian membuka peti sejuk mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.
"Lelaki itu kelihatan pucat dan bertanya bagaimana dia boleh berada di situ. Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan pulang," kata Magolo.
- AP
Lelaki mati hidup semula
Pemuda dikebumi dua tahun lalu pulang temui keluarga
JAKARTA: Pihak berkuasa kini berdepan tanda tanya kes lelaki muda sakit mental di Jakarta Utara yang dikatakan muncul semula selepas dikebumikan dua tahun lalu.
Bunyamin, 70, berkata anak lelakinya Salim meninggal dunia pada September 2008 akibat penyakit paru-paru. Salim, 18, dikebumikan di Tanah Perkuburan Budi Darma di Cakung, Jakarta Utara. Rakan dan ahli keluarga hadir ketika majlis pengebumiannya.
Namun, Salim didakwa datang ke rumah sepupunya, Atin yang berhampiran rumah mereka Rabu lalu.
“Dia datang kira-kira jam 11 malam Rabu bersama Atin. Saya amat terkejut. Salim memeluk saya dan memanggil saya bapa. Dia menangis dalam dakapan saya,” kata Bunyamin kepada Kompas.com Khamis lalu.
“Wajahnya tidak berubah. Saya teringat parut pada tangannya, namun dia kelihatan lebih rendah berbanding dua tahun lalu,” kata Bunyamin yang yakin budak lelaki itu adalah anak.
Isteri Bunyamin, Kasinah, 60, yang percaya anak lelakinya dihidupkan semula berkata: “Dia seperti yang saya ingati. Dia memanggil saya ibu,” kata Kasinah.
Salim sakit mental sejak kecil dan sering menggunakan bahasa isyarat.
Berita mengejutkan itu tersebar cepat dan ramai yang mahukan kepastian berkunjung ke rumah Bunyamin.
Khamis lalu, polis Tanjung Priok membawa Salim ke balai untuk mengesahkan identitinya. Polis akan memeriksa kubur Salim bagi memastikan siapa sebenarnya yang dikebumikan. – Agensi
mula
Noelia Serna 45 tahun mengejutkan pekerja rumah mayat kerana hidup semula selepas di sahkan mati.Seorang wanita dari Colombia di sahkan mati oleh seorang doktor telah mengejutkan seorang pekerja rumah mayat apabila mendapati wanita itu masih bernafas.
Noelia Serna telah diambil dari hospital setelah menderita serangan jantung dan disokong pada mesin sokongan hayat sebelum para doktor mengumukan kematiannya.Di rumah mayat seorang pekerja telah perasan dia bergerak-gerak dan mendapati dia masih bernafas lalu mereka menghantarnya kembali ke hospital.
Serna dipercayai mengalami Lazarus Syndrome,suatu keadaan dimana pernafasan dan kadar jantung berada ditahap yang sangat rendah sebelum kembali semula pada tahap normal.
Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) gempar apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah ‘meninggal dunia’ oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali, dalam satu kejadian, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu dikejarkan ke HSJ apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya.
Dalam kejadian di rumah mangsa di Tanah Liat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, lelaki yang dikenali sebagai Hock bertengkar dengan abangnya berusia 70 tahun sebelum tolak menolak berlaku.
Dalam pergaduhan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSJ untuk rawatan.
Menurut sumber, ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital itu, mangsa didapati tidak bernafas dan berikutan itu, dia disahkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, kira-kira 40 minit kemudian, mangsa didapati bernafas semula menyebabkan kakitangan di unit berkenaan terkejut sebelum bertindak menghantar mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Mangsa tidak langsung bernafas ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan kira-kira 40 minit kemudian mangsa bernafas semula,” katanya.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan memberi sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dan wartawan yang menunggu di hadapan wad ICU melihat isteri dan dua anak lelaki mangsa berbincang dengan doktor mengenai keadaan mangsa.
sumber:Metro
No comments:
Post a Comment