Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Sunday, July 3, 2011

Cerita Lintah.

Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Dengan bentuk tubuh yang bergerutu,licin,liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asalnya dimana seekor induk lintah boleh menghasilkan 100 hingga 300 benih sekali bertelur.
Lintah adalah haiwan daripada kelompok Filum Annekida iaitu cacing kategori Hirudinea. Terdapat lebih kurang 300 jenis lintah di seluruh dunia yang berjaya ditemui saintis dimana hanya 20 jenis spesies sahaja yang diketahui untuk tujuan perubatan.
Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah yang memcukupi untuk mengawan dan membiak. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk pembesaran lintah.
Sejak ribuan tahun lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Ternyata kaedah penyemburan dengan menggunakan lintah merupakan tatacara yang telah digunakan dari abad pertengahan lagi.
Seekor lintah mengandungi zat-zat dimana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka anataranya seperti Nitric Oxide berfungsi menegang. Hirudin berfungsi menghalang pembekuan darah, Pheromone berfungsi menngkatkan ransangan seksual, Histamin berfungsi sebagai vasolidator iaitu pengembangan saluran darah seterusnya membantu meningkatkan aliran darah serta Hysluronidase sebagai bahan untuk bius.
Hirudin digunakan untuk mencegah pengumpulan darah terutama untuk merawat trombosis, sejenis keadaan sumbatan pada saluran darah yang mana ia dapat melancarkan perjalanan darah seseorang. Kandungan hirudin yang tinggi didalam lintah adalah anti-koagulan iaitu menghalang pembekuan darah yang sangat berkesan.
Selain itu lintah yang digunakan bagi melancarkan pengaliran darah dapat menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat terutama bagi penyakit strok dan meningkat prestasi seksual lelaki. Masyarakat Meayu menggunakan lintah untuk mengubati sakit kepala, darah tinggi dan kudis.Air liur lintah boleh memulihkan tisu yang rosak, Ia banyak digunakan dalam campuran bahan kosmetik. Ia jugamenjadi pilihan utama dalam perubatan tradisional Melayu terutama dalam merawat kesihatan lelaki.
Di Amerika pakar pakar telah menggunakan lintah untuk mengubati barah dan kulit muka. Ia telah diiktiraf di Amerika sebagai ubat dan disahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika ( FDA)

 

Lintah atau pacet dapat hidup di payau, sawah atau takungan air. Hewan ini punya kebiasaan menghisap darah hewan lain atau manusia. Karena itu anda harus berhati2 bila berada di genangan air, rawa-rawa atau sungai-sungai. Kalau sudah menghisap darah manusia, hewan ini akan terus melekat dikulit takkan terlepas walau anda mencabutnya dengan sekuat tenaga, ia baru melepaskan korbannya bila sudah merasa puas dan tubuhnya menggelembung penuh dengan darah mangsanya.

       Bila digigit lintah cepatlah ambil abu rokok, taburkan abu tersebut, atau alkohol pada tubuhnya maka is akan mati. Lintah ini walau tubuhnya putus jadi dua, ia tidak akan mati, potongan tubuhnya akan menjadi lintah baru.

        Jenis lintah yang bagus untuk pengobatan ialah yang berwarna hitam kecoklatan dan bersih. Lintah mengandung protein dan zat anti pembeku darah, zat ini secara ilmiah disebut hirudin atau hemaphilin, khasiatnya yang utama mencegah zat-zat pembeku darah.

         Pada akebanyakan penderita mati pucuk(impotens), biasanya urat atau jalan darah disekitar batang zakar ada yang tersumbat atau beku,sehingga zakar tidak tegang, jika batang zakar disapu minyak lintah dan diurut-urut (lakukan berkali-kalu) makan darah di sekitar zakar menjadi besar.

1. Cara Mengolah LIntah

    Lintah biasanya diambil pada musim kemarau, cara menangkapnya dengan abu, atau dititis dengan minyak tanah seterusnya dikeringkan dengan menjemurnya dibawah  sinar terik matahari atau di panggang.

    Lintah yang sudah dibersihkan digoreng dengan minyak bijan sampai kering kuning kemudian di keringkan.

2. Beberapa Khasiat LIntah

    a. Memecahkan darah

    b. Melancarkan haid yang tidak teratur

    c. Membesarkan dan menegangkan zakar

    d. Lintah yang hidup digunakan untuk menghisap bagian tubuh yang sakit      seperti      gatal- gatal,ruam dan kudis-kudis yang sukar sembuh.

3. Penggunaannya

    a. Diminum dalam bentuk serbuk 2 - 4 gram

    b. Untuk obat oles, lintah hidup direndam dan diambil cairannya

4. Pantangan

a.Mereka yang lemah badan, kurang darah, yang tidak memiliki darah beku,

      wanita hamil dilarang menggunkan obat ini.

    b. Lintah tidak boleh dicampur dengan garam

Terdapat 500 jenis sepsis lintah di seluruh dunia tetapi hanya satu jenis sahaja yang digunakan dalam industri perubatan farmaseutikal iaitu hirudo medicinalis atau lebih dikenali sebagai lintah sawah.

Lintah sawah boleh diperolehi di sawah padi atau di sungai. Ia mempunyai satu jalur kuning di bahagian bawah perut, di bahagian bawah perut lintah pula terdapat warna hijau dan coklat, manakala bahagian atas lintah berbulu.

Dahulu tidak ramai yang tahu khasiat lintah, sebenarnya lintah mempunyai kelebihan sebagai antikoagulan iaitu pencair darah. Lintah digunakan untuk rawatan kesan luka, darah beku dan di eropah lintah digunakan untuk rawatan menyambung tangan, telinga putus dan  sambung semula urat-urat.

ikan & Kosmetik daripada lintah
Terdapat kosmetik dan alat kecantikan yang menggunakan Hirudin (bahan dalam saliva lintah). Hirudin ini kebanyakannya terkandung di dalam losen kulit. Namun, selalunya losen ini adalah untuk penggunaan klinikal, bukan sekadar losen kecantikan. Losen ini bertindak membaiki kulit lebih-lebih lagi selepas pembedahan atau kemalangan. Disebabkan kehebatan bahan dari lintah pada reaksi kulit, kebanyakan kosmetik dihasilkan adalah untuk PENJAGAAN KULIT. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada lintah yang pernah dihasilkan adalah seperti pelembap bibir, lembapan badan, skin masker form, veil for hair strenghthening, krim bawah mata, tonik pencuci, losen badan, minyak sapuan kulit, tonik kulit, sabun, tonik rambut dan mosturizer muka.
Bahan yang terkandung di dalam lintah yang boleh digunakan sebagai alat kecantikan dan kosmetik :
1) melembapkan kulit (Have humidifying properties)
2) melembutkan kulit (Soften the skin)
3) meningkatkan keanjalan kulit (Increase elasticity of skin)
4) mengurangkan kedutan (Reduce wrinkles)
5) mengurangkan sensitiviti kulit (Reduce sensitivity of skin to external factors (protective properties) )
6) menjadi bekalan bahan semula jadi kulit (Supply skin and saturate, if necessary)
7) mengelakkan rekahan kulit (Eliminate effect of retraction of skin)
8) mengelakkan tompokan putih di kulit (to eliminate blemishes and whiteheads/blackheads on the skin)
9) membersihkan kulit (To clear the skin)
10) mengurangkan pigmentasi (Hinder pigmentation of the skin)
11) Sebagai anti penuaan (Decelerate aging of skin or anti-aging
12) Meningkatkan kadar pertukaran bahan biologi kulit (Stimulate exchange of substances in skin)
13) Meningkatkan kualiti salur darah kulit (Improve microcirculation of blood in capillary system of skin)
Dari sini membuktikan bahan yang terkandung di dalam lintah sesuai untuk dijadikan alat solek, kosmetik dan kecantikan.Walaupun begitu penggunaan lintah demi tujuan kosmetik semata-mata tidak menjadi halangan pada pandangan syarak. Allahu A’lam.
Rujukan: http://www.mymkkk.org/efiqh/view_soalan.php?id=46

Khasiat-khasiat lintah
• Melancarkan pengaliran darah
• Menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat
• Melegakan kembung perut
• Menyembuhkan penyakit Gout
• Melegakan penyakit Stroke
• Mengurangkan sakit sengatan binatang buas
• Membesarkan alat kelamin serta meningkatkan rangsangan seksual 

No comments: