Monday, May 30, 2011
Pemilihan Cat Yang Bijak.
Assalammualaikum!
Warna cantik dipandang, adakalanya tidak bersesuaian dengan mood. Lima langkah utama memilih cat sesuai untuk kediaman anda
1) Pilih warna digemari
Bagi memberikan suasana selesa kepada anda dan keluarga pemilihan warna tepat amatlah penting.
Antara langkah terbaik adalah membawa gambar kediaman atau beberapa sampel fabrik dari kediaman ke kedai atau pusat pameran cat supaya warna yang dipilih sesuai dan selari kehendak anda.
Pelbagai jenis cat yang berada di pasaran dan faktor yang membezakan di antara kesan kilatan pada sapuannya memberikan impak berbeza.
Dapatkan khidmat nasihat dari kedai cat yang anda kunjungi berkenaan pilihan sesuai.
2) Padankan sampel fabrik
Anda yang mempunyai dan menempah langsir boleh membawa cebisan fabrik atau gambar supaya boleh dipadankan dengan sebarang pilihan cat pada katalog.
3) Mendapatkan sampel cat
Ia penting untuk disesuaikan dengan konsep penataan.
4) Cuba sampel pada dinding
Bawa pulang sampel yang diberikan.
Cuba pada dinding dan jangan lupa untuk melabelkan setiap kepingan sampel dengan kod warna sebagai rujukan.
5) Pilih yang terbaik
Perhatikan sampel ketika siang, malam dan hari mendung.
Pilih yang bersesuaian dengan perabot, aksesori dan keseluruhan dekorasi ruang kediaman anda.
Kesesuaian warna:
Warna putih, kuning cair dan biru pucat digunakan untuk mewarnai keseluruhan ruang luar dan dalam kediaman.
Warna biru boleh menampakkan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas, selesa dan nyaman.
Elak menggunakan warna putih untuk bilik anak-anak yang masih kecil kerana ia mudah kotor akibat contengan kreatif mereka.
Bagaimanapun putih dalam kebanyakan hal memberi kelebihan kerana ia menjadikan bilik semakin cerah ketika malam dan membuatkan ruang kecil lebih luas.
Warna itu juga mudah disesuaikan dengan semua jenis perabot dan perhiasan.
Warna garang seperti kuning, oren dan merah dikatakan dapat merangsang selera makan dan sesuai melatari dinding ruang makan.
Biru laut serta warna pastel sesuai untuk bilik tidur kerana ia mendatangkan kesan kesegaran dan ketenangan.
Jika pejabat anda dicat dengan warna garang, elakkan menggunakan warna berkenaan untuk kediaman dan membuatkan anda lebih letih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment