Assalammualaikum!
Anak-anak kita sedang jihad mencari ilmu di rusia, terancam. Tergamakkah kita membiarkan mereka tertekan, begitu? Apakah orang kita berani nak buat demonstrasi depan kedutaan Rusia di Kuala Lumpur ? Apakah kita berani desak kerajaan hentikan hubungan perdagangan dengan Rusia, hentikan pembelian senjata dari Rusia , jet Sukhoi dan MIG , akibat tindakan rakyat Rusia yang mengganggu pelajar Malaysia di sana ?
*********************
Pelajar kita di Moscow terancam
Utusan Malaysia 23 Sep 2010
SAYA terganggu mendapat berita bahawa sekumpulan penuntut-penuntut perubatan perempuan Malaysia tahun empat tajaan Mara di Moscow dihalau keluar dari rumah sewaan oleh penduduk-penduduk tempatan kelmarin sehingga melibatkan campur tangan polis.
Penuntut-penuntut tersebut semuanya telah dibawa ke balai polis akibat kekecohan ini.
Perasaan benci terhadap orang Islam semakin meningkat di kalangan penduduk Moscow selepas satu kejadian pengeboman baru-baru ini.
Penuntut-penuntut perubatan Malaysia itu yang pada mulanya dijanjikan penempatan hostel di universiti oleh Mara tiba-tiba tidak mendapat hostel yang dijanjikan kerana Mara memberi keutamaan kepada penuntut tahun pertama yang baru tiba, manakala penuntut tahun empat yang berada di tahun pengajian yang kritikal telah dinafikan hak untuk mendapat penginapan di universiti sejak tahun satu lagi.
Dengan kebencian yang makin menjadi-jadi di Moscow dan negara Rusia, saya amat bersimpati dan amat bimbang dengan keselamatan mereka yang terpaksa mengharungi kehidupan di Moscow dalam keadaan keselamatan yang makin tidak terjamin.
Mara pula hanya memberitahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Saya amat berharap Kedutaan Malaysia di Moscow dapat membantu memantau keselamatan penuntut-penuntut Malaysia di sana.
Jika kita tidak dapat menjamin keselamatan anak-anak kita di Rusia, saya cadangkan supaya Kerajaan Malaysia termasuk Mara berhenti serta-merta menghantar penuntut Malaysia ke Rusia kerana negara tersebut sesungguhnya adalah sebuah negara yang mempunyai culture yang amat berbeza dan penduduknya pula terlalu dingin terhadap orang asing khususnya orang Islam.
Bayangkan kalau anak-anak kita sendiri terpaksa melalui kehidupan yang begitu tidak tenteram dan selamat di sana, walhal pada masa yang sama, mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian perubatan mereka yang amat mencabar.
NORAIDA RAMLI
Shah Alam
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
No comments:
Post a Comment