Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, April 11, 2012

Permukaan Jam Tercalar?

Assalammualaikum!

 

Akak secara peribadi hanyalah meminati jam bercakap, senang untuk diurus, dan alhamdulilah, tidak begitu mahal harganya walaupun barang bukan buatan Malaysia. Sewaktu bersekolah dahulu, akak sering mendapat hadiah jam tangan braile tanda kecemerlangan pelajaran. Pada ketika itu, jam braile adalah asesori eksklusif. Akak menjaga jam tersebut dengan baik, namun demikian tetap menerima teguran bahawa jam tangan akak kotor kerana selalu membaca waktu dengan jari berpeluh. akak malu dengan teguran jam kotor itu. Sekarang, alhamdulilah. jam bercakap dan jam pada telefon telah banyak menolong.

Berikut adalah sebuah e-mail yang dipetik dari laman Yahoogroup yang dirasakan bermanfaat.

 

Petua Hilangkan Calar Pada Cermin Jam

wartashubhi

Posted by Mohd Shubhi Abdul


Pemberian kawan sejak zaman bujang dulu

Hampir semua orang ada jam. Kalau bukan jam tangan, tentu ada jam pada telefon bimbit. Sekarang ini kita sudah jarang dengar orang bertanya, "pukul berapa sekarang encik?".

Kalau masa dulu-dulu dalam satu hari sudah tentu sekurang-kurangnya ada sekali orang akan bertanyakan waktu pada mereka yang memakai jam tangan. Sebelum kemunculan quartz, pereka cipta jam menggunakan seni mekanikal halus untuk membuat jam, maka tidak hairanlah harganya agak mahal pada waktu itu.

Saya meminati jam sejak dari sekolah rendah lagi. Setiap kali balik Sekolah Stowell di Bukit Mertajam, saya terpaksa berjalan kaki merentasi pekan untuk ke perhentian bas balik ke Penanti.

Biasanya saya akan singgah di pertengahan jalan di Pasaraya Bukit mertajam untuk menyejukkan badan di bangunan yang berhawa dingin itu. Sambil itu saya akan leka sehingga 20 ke 30 minit melihat jam-jam yang dipamerkan di dalam almari kaca. Meleleh air liur saya melihat keindahan jam-jam yang ada di situ.

Saya kagum dengan keindahan jam yang berkilat, warna tanah yang berbagai dan perjalanan jarum halus yang lancar tidak berhenti. Ia sesuatu yang amat seni, indah dan penuh dengan ketelitian. Bayangkan pergerakan enjin yang seni dan halus di dalam bekas besi jam dan bagaimana pembuat jam melakukannya.

Begitulah hampir setiap hari saya tak akan lepas peluang pergi melihatnya. kalau amoi yang jaga itu baik dia akan ambil salah satu jam yang saya berkenan dan kenakan pada tangan saya sekejap walaupun dia tahu saya tak akan beli. Saya tersenyum lebar, puas dan berazam akan milikinya bila besar nanti.

Sehingga sekarang minat pada jam tak pernah luput dari diri saya. kalau pergi ke kompleks beli belah, kedai jam adalah salah satu tempat kegemaran saya. Saya akan leka melihat satu demi satu jam terutamanya yang mahal-mahal dari jenis automatik atau mekanik. Sekarangpun saya masih tak mampu beli kerana harganya mencecah puluhan ribu.

Walaupun saya minat jam, peliknya saya tak pernah beli jam. Rezki saya murah kerana dari dulu sampai sekarang saya hanya memakai jam yang dihadiahkan orang kepada saya. Cukuplah jam-jam yang saya minat disimpan oleh tauke-tauke jam di kedainya.

Jam yang lama dipakai sudah tentu tidak akan lepas dari tercalar apabila bergeser dengan benda keras. Ini akan meninggalkan kesan halus yang dapat menghapuskan keindahan jam yang kita pakai. Jika sebula satu calar kecil, lama-lama akan ada berpuluh-puluh calar pada jam kita.

Jika anda ada jam yang anda sayang tetapi ada kesan calar yang banyak pada jam-jam tersebut, jangan risau. Anda boleh memulihkannya seperti baru bersinar-sinar dengan menggunaka ubat gigi. Calitkan sedikit ubat gigi pada jari anda dan gogok pada permukaan cermin yang bercalar itu.

Jika ada banyak, buat lah sekerap mingkin sehingga kesan calarnya hilang. Anda boleh cuba sekarang jika ada jam anda yang calar. Selamat mencuba.

No comments: