Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Sunday, October 9, 2011

Pelanduk 2 serupa?

Assalammualaikum!

Rupa seiras tak semestinya dari famili yang sama. Sekiranya anda salah seorang dari mereka, berhati2lah menerima tawaran fitnah berbayar.

 

FENOMENA pelanduk dua serupa atau individu memiliki wajah yang hampir sama sering menarik perhatian orang ramai. Dalam kebudayaan Barat, mereka yang mempunyai wajah hampir seiras atau disebut ‘klon’ selalunya dikaitkan dengan personaliti hiburan, ahli politik atau kerabat diraja. Apakah Dato Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai klonnya di Malaysia?
Sebelum ini klon Presiden Amerika Syarikat ditemui di Malaysia, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2011/06/kembar-presiden-obama-di-malaysia.html
Bahkan ramai individu berwajah seiras dibayar untuk menjadi tetamu dalam majlis awam, menghadiri temu bual televisyen atau berlakon filem kerana wajah mereka seiras personaliti hiburan atau orang kenamaan.
Wajah mereka yang hampir seiras dengan individu terkenal ini boleh dilihat dalam banyak laman Internet termasuk gambar yang disediakan agensi fotografi profesional.
Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein pula didakwa mengupah beberapa klonnya sebagai taktik politik semasa pemerintahannya.
Menurut program televisyen CBS, 60 Minutes pada Januari 2008, Saddam Hussein menafikan kepada penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang dia mengupah kumpulan ‘klon’ tersebut.
Semenjak tahun 2011, seorang lelaki mirip wajah jurulatih England, Sven Goran-Eriksson bernama Derek William telah diupah oleh pasukan bola sepak negara itu untuk menggantikan Eriksson dalam jemputan rasmi dan perlawanan persahabatan.
Seperti di Malaysia, sesetengah masyarakat Barat percaya terdapat tujuh individu berwajah serupa di dunia ini.
Beberapa tahun lalu, seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Lee Peng Hock, 60, mencuri tumpuan kerana wajahnya mirip Abdullah.
Menurut Peng Hock, beliau tiba-tiba menjadi popular sehinggakan ada saja orang memanggilnya Pak Lah ke mana saja beliau pergi.
Pada Januari 2007, orang ramai digemparkan dengan kemunculan klon mirip juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi iaitu Saifulruddin Mohd. Idaham, 21, dari Cheras, Kuala Lumpur.
Saifulruddin yang merupakan seorang tukang masak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pernah diserbu orang ramai yang menyangka dia ialah penyanyi bergelar Raja SMS itu.
Pengarah Institut Perubatan Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal memberitahu, tidak mustahil setiap individu di dunia ini mempunyai wajah yang hampir serupa.
Katanya, walaupun kini bumi dihuni tujuh bilion manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa.
“Sebenarnya, semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Jika diteliti susur galur dan keturunan, wajah seiras sememangnya boleh berlaku.
Ujarnya lagi, wajah klon kebanyakannya berlaku pada manusia yang mempunyai susur galur keturunan dan bangsa yang sama.
Diolah semula dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

__._,_.___

No comments: