Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Friday, February 24, 2012

Al-quran Penyelesai Masalah.

Assalammualaikum! Hebatnya al-quran tidak terperi, tapi, kita terlalu jahil untuk menyedari sehingga di tunjukkan jalannya. Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke . Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W) tanpa membacanya terlebih dahulu Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' Silah kita sama-sama amati bait-bait kata berbentuk soaljawab ini : Setiap Manusia Yang Beriman Takkan Terlepas Dari Ujian Allah. Cuba hayati dan amati ini : 1.Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ? Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:” Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3). 2.Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ? Qur’an Menjawab : boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216). 3.Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini? Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286). 4.Manusia Bertanya : Bolehkah aku menyatakan aku sudah frust/kecewa ? Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139). 5.Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ? Qur’an Menjawab : dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87). 6.Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini? Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200) Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu . (Al-Baqarah : 45). 7.Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku? Qur’an Menjawab : Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. (At-Taubah : 129). 8.Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini? Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (At-Taubah : 111) Semoga kita tabah dalam menghadapi apa jua ujian, cabaran dan dugaan hidup.Insya Allah, 'pahit akan manis akhirnya.

Friday, February 17, 2012

Amal Bergantung Kepada Niat.

Assalammualaikum! Bertemankan penghulu segala hari, marilah kita muhasabah diri untuk mengikhlaskan hati kita kepada setiap amalan kita agar selari dengan niat. Mungkin selama ini, kita terlepas pandang kes2 remeh namun itulah yang akan membentuk mahligai pahala di akhirat nanti. Amal Bergantung Kepada Niat Abul Laith Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Maisarah berkata: Allah terlah berfirman: Aku tidak menerima perkataan sesaorang hakim, tetapi aku melihat tujuan dan niatnya kepada Ku, maka aku jadikan diamnya untuk berfikir dan bicaranya sebagai zikir meski pun ia tidak berkata-kata. Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat; Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya. Dan siapa yang memperbaikki niatnya, maka Allah akan memperbaikki zahirnya. Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia. Nabi s.a.w bersabda: “Niat sesaorang mukmin lebih baik dari amal perbuatannya” Oleh sebab itu, niat itu mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya. Nabi s.a.w bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari khiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan; Siapa yang pernah di iniaya oleh Fulan boleh datang untuk dibayar. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu tuhan berkata kepadanya: Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku, lalu ia bertanya: Apakah itu. Jawab tuhan: Ia itu NIAT mu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikkan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.” Seorang ‘abid Bani Israel, ketika berjalan melihat anak bukit, lalu ia ingin, andaikan bukit itu menjadi tepung, maka akan diberinya makan kepada Bani Israel yang sedang menderita kelaparan. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi ketika itu: Katakanlah kepada ‘abid itu bahawa Allah berfirman; Telah Aku tetapkan bagimu pahala sekiranya bukit itu menjadi tepung dah kamu sedekahkanya. Juga ada riwayat: Akan dihadapkan pada hari kiamat seorang hamba, lalu ia meihat dalam suratan amalnya ada haji, umrah, jihad, zakat dan sedekah, maka ia berkata dalam hatinya; dari mana semua itu padahal aku tidak berbuat semua itu, mungkin ini bukan suratan amalku. Maka Allah berfirman; Bacalah itu suratan mu, semasa hidupmu dulu sering berkata, andainya aku mempunya harta nescaya aku jihad. Aku mengetahui akan niatmu itu, maka Aku beri pada mu pahala semua itu. Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa mu, dahn tidak melihat harta mu, dan tidak melihat keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu.

Friday, February 10, 2012

Nama2 Lain Untuk Al-quran.

Assalammualaikum! Al-quran itu suatu mukjizat, marilah kita berusaha mengenalinya. Belajarlah dan berpegang teguh padanya. Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya ialah: AL KITAB - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah berfirman yang bermaksud: "KITAB ini tidak ada keraguan padanya." (Surah Al Baqarah:2) AL FURQAN - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah pembeza yang memisahkan antara yang hak dengan yang bathil atau kebenaran dengan kesesatan dan cahaya dengan kegelapan.Allah berfirman yang maksudnya, "Maha Suci Allah yang telah menurunkan AL FURQAN kepada hamba nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." (Surah Al Furqan:1) AL-ZIKR - yang bermaksud peringatan.Hal ni sungguh jelas sekali kerana AL QURAN itu merupakan peringatan kepada manusia dan jin. Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesunggunya Kamilah yang menurunkan perigatan dan sesungguhnya Kami benar benar memeliharanya." (Surah Al Hijr:9) AL-MUBIN, AL-KARIM,AL-KALAM dan AL-NUR adalah juga nama nama AL QURAN saperti yang di sebut oleh Imam Al Sayuti di dalam kitab nya Al-Itqan. (Rujukan: Kitab Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan)

Tuesday, February 7, 2012

Haiwan Anih, Lagi?

Assalammualaikum!

Nampaknya, akak suka sangat bercerita tentang binatang/haiwan. Sebenarnya, kegemaran akak ialah haiwan, dan akak tidak penakut atau penggeli. Akak suka mengetahui prihal haiwan, kerana haiwan itu pelbagai bentuknya. Dahulu, akak mengenali kucing, hanyalah seperti kucing biasa, tapi setelah berumah-tangga dan bebas membela/membelai kucing, akak mula merasa sebenarnya, tiada ciptaan Allah yang sama. Umpamanya, tidak semua kucing mengiau. Akak ada kucing yang berbunyi “mek”, “meng”, “huak”, dan macam2 lagi. Dan sesuatu yang akak baru pelajari, ekor kucing jarang yang sama. Terlalu banyak ciptaan Allah, ideanya tiada yang terbatas.

Hari ini, mari kita kenali haiwan baru lagi. Mudah2an, adik2 di luar sana, tidaklah jemu dengan blog akak, yang nampaknya sudah lama lari dari tajuknya.

 

 

>> TIKUS RAKSASA TANZANIA <<
http://www.indonesiaindonesia.com/imagehosting/images/2821/1_giant_elephant_shrew_tikus_gajah_raksasa.jpg
dari laporan para ilmuwan, sebuah spesies mamalia baru ditemukan dalam pegunungan Tanzania. Makhluk ini terlihat aneh, julukan Rhynochocyon atau udzungwensis, sejenis pengerat berhidung panjang seperti gajah raksasa, atau sengi. Seperti dikutip laporan Journal Zoology, binatang ini seperti mengalami suatu penyilangan antara satu binatang antelop miniatur dan seekor tenggiling kecil. Itu terlihat dari wajahnya yang berwarna abu-abu, panjang moncongnya yang fleksibel, besar ukurannya, warna tubuhnya yang seperti batu amber, warna bokongnya hitam pekat dan struktur kaki yang panjang.
“Ini adalah salah satu dari sebagian besar penemuan paling menarik [dari] karier saya,” tutur Galen kepada wartawan Rathbun, dari Kalifornia Academy Sciences, yang dibantu oleh para koleganya untuk mengkonfirmasikan penemuan binatang baru kepada institut ilmu pengetahuan.
Dr Rathbun mengatakan pada BBC News situs web : “Tikus Gajah hanya ditemukan di Afrika. Mereka pada mulanya digambarkan sebagai perempuan pemberang karena mereka dengan dangkal menyerupai perempuan pemberang di Eropa dan di Amerika.”
Sebenarnya, makhluk ini punya hubungan dekat dengan sekelompok mamalia di Afrika, [yang] meliputi gajah, ikan duyung, aardvarks dan hyraxes, yang merupakan satu nenek moyang yang sama dengan mereka sekitar 100 juta tahun lalu. “Inilah alasan kenapa mereka juga dikenal sebagai sengis,” diterangkan Dr Rathbun.
Spesies baru ini pertama kali dikenali di sebuah film pada tahun 2005 di Ndundulu Forest di Tanzania Udzungwa Mountains oleh sebuah perangkap kamera yang dipimpin oleh Francesco Rovero, dari Trento Museum Ilmu pengetahuan alam di Italia. Dr Rathbun mengatakan: “Saya mendapat kepuasan tersendiri, dan berkata kepada diri sendiri: ‘orang lain memandang ini adalah sesuatu yang aneh’. Tetapi anda tidak bisa menilai sesuatu berdasarkan tampilan luarnya (foto), sehingga pada bulan Maret 2006, kita kembali dan mengumpulkan beberapa spesimen.”
Dia mengatakan pada BBC bahwa dengan cepat hal itu akan menjadi nyata bahwa penemuan mahluk baru tersebut akan menambah informasi bagi ilmu pengetahuan. Dia mengatakan: “Tikus gajah raksasa bisa dibedakan oleh pola yang warna berbeda, dan satu-satunya jenis pengerat terbesar dihutan. “Mereka memiliki perbedaan yang mencolok pada warna --sebuah spesies memiliki warna pantat keemasan dan lebih terang dibandingkan oleh pengerat-pengerat lain-- itulah sebabnya ketika kami melihat warna abu-abu dan pantat hitamnya, kami menyadari kalau dia adalah jenis yang berbeda. sangat cantik."
Bukan hanya dari perbedaan warnanya, spesies baru ini juga lebih besar dari ukuran pengerat yang biasa kita temukan. Dia mempunyai berat 700g (25oz) dan panjang 30cm (12in). Dengan hidung panjang dan lidahnya yang fleksibel, ia bisa dengan mudah mencari dan menikmati makanannya seperti serangga, larva, dan mereka aktif berburu disiang hari.
Dr Rathbun menambahkan: “Mereka adalah behaviourally yang tidak biasa -mereka tidak seperti hewan jinak lain yang bisa diajak berteman- mereka akan menghindar, segera ketika ia merasakan ada sesuatu yang asing mendekatinya.
Para ilmuwan mengatakan masih banyak hal yang harus dipelajari tentang Rhynochocyon udzungwensis ini, dan mereka berharap penelitian lebih lanjut akan membantu menjawab ribuan pertanyaan yang ada dibenak semua orang tentang bagaimana hewan ini makan, berorganisasi berburu bahkan bertahan.
Sebuah area bernama Tanzania Udzungwa Mountains adalah tempat spesies baru terkaya dibumi. Selain menemukan spesies baru ini, sejumlah binatang baru lain juga ditemukan disana, seperti ayam hutan partridge Udzungwa, Phillips’ Perempuan pemberang Kongo, dan satu monyet jenis baru yang dikenal sebagai Kipunji, demikian pula beberapa reptil serta binatang amphibi lainnya. Dr Rathbun mengatakan area ini sangat penting untuk dijaga dan dilindungi. baik Alam, maupun penghuninya. *
Sumber : BBC News
>> TIKUS RAKSASA PAPUA NUGINI <<
http://www.inilah.com/data/berita/foto/152906.jpg
INILAH.COM, Jakarta - Sebuah spesies tikus raksasa ditemukan di pedalaman hutan Papua Nugini. Tikus tersebut tidak takut sedikit pun pada manusia dan membuatnya sebagai spesies tikus terbesar di seluruh dunia.
Makhluk sepanjang 82 cm itu ditemukan oleh sebuah tim ekspedisi BBC yang sedang memfilmkan program Lost Land of the Volcano. Tikus itu merupakan salah satu dari sejumlah hewan eksotik yang ditemukan tim ekspedisi tersebut.
Seperti spesies eksotis lainnya, tikus itu dipercaya hanya hidup di kawah gunung Bosavi saja. "Ini merupakan salah satu tikus terbesar di dunia. Ini seekor tikus sengguhan, sama seperti yang ada di selokan," kata Dr Kristofer Helgen, mammalogist (ahli mamalia) yang bekerja di museum nasional sejarah dan alam Smithsonian, dan ikut mendampingi tim ekspedisi BBC.
Awalnya, tikus raksasa ini terlihat oleh jebakan kamera inframerah. Secepatnya tim itu menerka merupakan spesies yang tidak pernah tercatat oleh ilmu pengetahuan sebelumnya, akan tetapi agar yakin mereka membutuhkan hewan itu hidup.
Lalu pemandu yang menemani tim itu menangkap spesimen itu hidup-hidup. "Saya pernah punya kucing yang seukuran dengan tikus ini," kata Buchanan.
Tikus yang tertangkap tersebut memiliki panjang 82 cm diukur dari hidung hingga buntutnya, dan memiliki berat 1.5kg. Hewan itu memiliki bulu tebal berwarna abu-abu kecoklatan, hal tersebut dipercayai para ilmuwan yang memeriksanya untuk menolong hewan tersebut dalam kondisi basah dan dingin yang dapat terjadi di kawah gunung. Lokasi penemuan tikus tersebut berada di ketinggian lebih dari 1.000 meter di atas permukaan laut.
Pada penelitian awal dikatakan tikus tersebut tergolong dalam genus Mallomys, yang dihuni oleh spesies besar lainnya. Untuk sementara waktu tikus tersebut dikatakan sebagai tikus berbulu tebal Bosavi, sedangkan nama ilmiahnya belum disepakati.
sumber : inilah.com
Foto-foto tikus raksasa lainnya ..
http://i.telegraph.co.uk/telegraph/multimedia/archive/01298/rat_1298860f.jpg
http://msnbcmedia4.msn.com/j/msnbc/Components/Video/071218/a_willie_rats_071218_useme.300w.jpg
http://img45.imageshack.us/img45/4226/1h5ffkjs8.png

 

Misteri Penemuan Hewan Laut Aneh Di Guinea

Misteri Penemuan Hewan Laut Aneh Di Guinea

Ini adalah penemuan terbesar dalam sejarah hewan di Gunea dan dunia, sampai sekarang para ilmuwan masih belum mengetahui hewan apa yang penduduk Gunea temukan ini, karena bentuknya yang begitu besar dan sangat aneh karena sebelumnya mereka belum melihat y

"Penemuan hewan aneh di dunia oleh para ...

beberapa hewan yang aneh telah di temukan para ilmuan amerika dan jerman, hewan - hewan tersebut sangat aneh di tingkah laku dan tempat bahkan fisiknya aneh sekali. ini baru di tmukan oleh para ilmu pda tahun ini.

Hewan Laut TERANEH yang Belum Pernah Anda Lihat!

Hewan Laut TERANEH yang Belum Pernah Anda ...

Hewan Laut ini mengerikan mirip monster tapi ada juga yg lucu mirip Piglet di kartun Pooh Bear. Ada yang Indah sekali dibawah laut. Aneh-aneh semuanya

HEBOH!! Puluhan Hewan Laut Aneh Terbaru Ditemukan Di Bawah Lautan Indonesia

HEBOH!! Puluhan Hewan Laut Aneh Terbaru ...

Ekspedisi terbaru Amerika INDEKS-SATAL 2010 menemukan puluhan spesis aneh hewn laut dilautan Indonesia. Jangan ketinggalan, segera lihat seperti apakah hewan laut terbaru tersebut!

Hewan Yang Aneh Di Temukan Di Kegelapan Laut

Hewan Yang Aneh Di Temukan Di Kegelapan Laut

Makhluk-makhluk asing dengan bentuk tubuh yang aneh ditemukan dari dasar samudera.....

Sunday, February 5, 2012

Penemuan Haiwan/Binatang/species baru.

Assalammualaikum!

Terlalu banyak ciptaan Allah yang tidak kita kenali. Setiap hari, ada saja penemuan baru yang mengkagumkan. Dengan media internet, segala penemuan menjadi mudah untuk disebarkan.

 

 

10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographi

nts

Gurita ungu yang termasuk species baru ini ditemukandi Canada's Atlantic coast pada bulan juli


Kelelawar ini ditemukan dipapua new Guinea pada tahun 2009 dinamai Yoda BAT


Keong ini ditemukan dimalaysia tepatnya diborneo ekor keong ini 3 kali lebih panjang dari panjang kepalanya keong ini dinamai Ninja Slug

Ubur-ubur “Pelangi”:

090317 jellyfish big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Seorang ahli ubur-ubur bernama Lisa Gershwin menangkap spesies tidak dikenal pada awal bulan maret lalu ketika sedang berenang di laut dekat sebuah pulau Tasmania di Australia. Ubur-ubur ini tidak memancarkan cahaya sendiri, seperti ubur-ubur lain lakukan. Sebaliknya, ubur-ubur ini memantulkan cahaya yang masuk ke tubuhnya.

Kuda Laut Walea:

090104 01 pygmy seahorse pictures big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Kuda laut ini adalah kebanggaan buat Indonesia, karena kuda laut ini ditemukan di laut pulau Walea, Sulawesi. Kuda laut ini ditemukan berkat ketajaman mata para penyelam yang mengambil gambarnya di laut pulau Walea, yang kemudian diberi nama kuda laut Walea. Kuda laut ini memiliki tinggi 2,5 centimeter dan merupakan hewan terkecil diantara hewan vertebrata (bertulang belakang).

Ikan “Jelly”:

091029 03 bizarre gelatinous fish brazil big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National GeographicSebuah ikan aneh berkaki panjang (dua meter panjangnya!) ditemukan tewas mengambang di lepas pantai Bahia, Brazil pada September lalu. Setelah dilakukan penelitian, ternyata ikan itu adalah ikan jenis langka bloblike dari laut bagian dalam. Ikan ini kemudian diberi nama jellynose fish, karena bentuk tubuhnnya yang lembut, hidung yang pesek dan tubuhnya tidak memiliki cangkang serta langsing.

Sepasang Laba-laba “Aneh”:

091021 largest web spinning spider big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National GeographicBetina dari spesies laba-laba ini memiliki panjang kaki hingga 5 inchi (12 centimeter), sedangkan yang jantan hanya kira-kira satu inchi (2,5 centimeter). Laba-laba ini adalah hewan langka di dalam habitatnya di selatan afrika dan madagascar (meskipun mereka tidak masuk dalam film Madagaskar). Keunikan lain dari laba-laba ini adalah jaring yang dibuatnya berukuran raksasa dapat mencapai hingga tiga kaki (satu meter) lebarnya.

Tikus “Raksasa”:

090909 01 giant woolly rat big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Pertama kali ditemukan di kawah dari gunung berapi non aktif Bosavi di Papua New Guinea. Gunung berapi raksasa ini mempunyai kawah dengan lebar sekitar 2,5 mil dan dikelilingi oleh dinding setinggi hampir 1,5 mil. Tikus ini memiliki berat 3,5 pon, dan panjang sekitar 32 inchi dari hidung sampai ke ekor, memiliki bulu berwarna perak agak abu-abu, dengan bulu tipis seperti dari wol.

Laba-laba “Vegetarian”:

091012 vegetarian spider big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Hewan berkaki delapan yang diberi nama Bagheera Kiplingi itu, hidup di Amerika Tengah khususnya Meksiko dan Costa Rika. Laba-laba vegetarian yang besar tubuhnya hanya seukuran kuku orang dewasa itu memangsa ujung daun akasia. Dari pengamatan yang dilakukan menggunakan rekaman video dan analisis kimia menunjukkan laba-laba tersebut tetap mendapatkan sebagian besar makanan dari tumbuhan. Populasi di Meksiko memperoleh 90 persen makanan dari jaringan tumbuhan dan sisanya larva semut, nektar, dan lainnya.

Hiu “Seksi”:

090922 ghost shark new species picture big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Spesies baru ini diberi nama Hydrolagus Melanophasma atau nama lainnya adalah hiu hantu hitam. Hiu ini ditemukan di perairan California. Tidak seperti hiu pada umumnya, hiu jantan memiliki organ seksual pada dahinya berbentuk seperti tanduk.

Cacing “Raksasa”:

090402 01 blue pink worm big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Sebuah spesies amfibi baru dapat bertahan hidup di atas tanah tanpa lubang hidung, paru-paru, atau kaki, makhluk ini kemudian diberi nama Caecilita iwokramae. Pertama kali ditemukan di Guyana, makhluk ini adalah bagian dari kelompok amfibi yang dikenal sebagai Caecilian. Hanya ada satu spesies Caecilian lain yang diketahui hidup tanpa paru-paru. Secara umum, kehadiran paru-paru adalah salah satu karakteristik kunci yang membuat amfibi berbeda dari ikan. Caecilita hidup di darat dan hanya 4,4 inci (11 cm), sementara panjangnya mencapai 27,5 inci (70 cm).

Ikan “Drakula”:

090311 dracula fish photo big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Ikan yang jantan memiliki taring seperti dracula sehingga ikan ini diberi nama Danionella Dracula. Ditemukan di London’s Natural History Museum di dalam sebuah tangki dari akuarium ikan. Ikan ini sebenarnya ditangkap di Myanmar (Burma) dan dikirim ke museum di London. Pada kenyataannya taring yang dimiliki ikan ini tidaklah digunakan untuk memburu mangsanya akan tetapi untuk bertarung dengan sesamanya.

Burung yang sudah Punah:

090218 extinct bird photo big 10 Penemuan spesies Binatang Baru Versi National Geographic

Spesies burung ini dulu hanya dapat kita lihat pada gambar-gambar di museum hewan karena burung ini dianggap telah punah dari dunia ini oleh para ahli, akan tetapi tahun ini ditemukan kembali di Filipina, hanya saja ketika ditemukan burung ini dalam perjalanannya menuju ke panci untuk dimasak! Burung ini ditemukan oleh seorang pemburu burung di pulau Luzon, Filipina.

Sumber : http://danish56.blogspot.com/2011/01/10-penemuan-spesies-binatang-baru-versi.html

Thursday, February 2, 2012

Cerita 'dulu dan 'kini'.

Assalamualaikum! Semakin hari, akak semakin tua. Banyak sekali pengalaman hidup yang mula berubah, tak pastilah samada untuk kebaikan atau keburukan. Insya Allah, akak brdoa agar akak tidak sempat mengalami kehancuran total disebabkan pengolahan budaya 'dulu' dan 'kini'. KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang. Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas. Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi. Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'.  Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan. Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan. Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat. Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan. . Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah. Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi. Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua. Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri. Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah. Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D. Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi. Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh. Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv. Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali. Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan. Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan. Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh ***sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".    Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000. Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger. Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.   Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.   Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.   Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.   Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 55 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.   Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.   Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi. Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.   Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.   Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.   Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.   Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi. Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.  Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.   Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.   Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan. Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.   Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.  Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.   Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.  Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.  Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia. Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada? 

Lada/Cili?

Assalammualaikum!

Lada/cili sememangnya pedas, tapi, kurang pedas, ada yang merasakan kurang sedap. Di sini ada cerita/berita tentang lada/cili. Apa itu lada? dan pertangingan memakan cili hantu yang terpedas di dunia.

 

Kita tahu lada sebagai bahan biasanya kita lihat di dalam makanan harian kita. Walau bagaimanapun, berapa banyak yang kita tahu tentang lada dan seumpamanya? Sekarang biarlah saya memberitahu anda bahawa lada bukan sahaja merah dan pedas tetapi ia lebih banyak lagi untuk tawaran daripada itu.

Sebuah merah savina lada, pada tumbuhan

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda 20 jenis lada tetapi sebenarnya masa ini terdapat lebih dari tiga puluh berbeza dikenali spesis cili lada. Majoriti ini sebenarnya "liar" lada spesies (ditemui tumbuh terutamanya di Amerika Selatan), termasuk C. cardenasii, C. eximium dan C. chacoense.

Marilah kita mulakan dengan Medusa Lada

Medusa Lada (- adalah hiasan lada cili yang mempunyai warna yang sangat terang dari kuning dan oren kepada warna merah mendadak apabila masak sepenuhnya Ia adalah panjang dan nipis menghasilkan rambut ~ ular yang dikaitkan dengan mitos Yunani dewi Medusa..

Serrano Lada (Kapsikum annuum) - adalah sejenis lada yang berasal dari negeri-negeri Mexico Puebla dan Noor. Jika masih tidak masak, ia adalah warna hijau bagaimanapun; warna berbeza di tahap kematangan yang berbeza. Kadang-kadang ia adalah hijau, merah, coklat, oren atau kuning. Ia juga panas dan rangup rasa

Rocotillo Lada (

Baccatum Kapsikum) - ini adalah sejenis lada yang berasal dari Peru. Warna-warna berwarna hijau atau kuning jika tidak masak tetapi warna kematangan berbeza. Ia adalah sfera dalam bentuk, biasanya 2.5 cm panjang dan lebar 2.5cm.

Malagueta Lada (

Kapsikum frutescens var. malagueta, Solanacease) - ia adalah satu lada kecil tirus dan hijau yang bertukar merah kerana ia matang. Ia adalah 5cm panjang pada tempoh matang. Ia adalah lada sangat panas dengan pelbagai sebanyak 60,000 hingga 100,000 unit scoville.

Kimia Lada

- Adakah pelbagai jenis lada cili daripada frutescens Kapsikum. Ia mempunyai pertumbuhan lebat, ia adalah 4cm panjang pucat kekuningan hijau dan kuning dan oren sebelum masak ke merah cerah. Ini jenis lada sangat pedas kerana kadar dari 30,000 kepada 50.000 Scoville.

Lada hitam

(Piper Nigrum) - buah-buahan ini juga dikenali sebagai lada apabila kering. Ia adalah 5 milimeter diameter mempunyai warna merah gelap apabila matang sepenuhnya dan ia hanya mengandungi biji tunggal.

Naga Bhut Jolokia-adalah lada terhangat dan spiciest memukul tempat teratas dalam Skala Scoville itu. Biasanya ia berlaku dalam hibrid yang interspecific dari rantau Assam dari timur laut India. Ia adalah 5,95-8,54 cm panjang dan 2,5-2,95 lebar.

Merah Savina Lada -

ini adalah jenis kedua spiciest lada, ia terpilih diternak untuk menghasilkan yang jenis kehangatan rempah, dan buah-buahan yang berat. Kaedah bagaimana buah-buahan ini adalah menghasilkan tidak diketahui umum. Frank Garcia dari GNS Spices, di Walnut, California, adalah dikreditkan dengan menjadi pemaju Merah Savina habanero.

Habanero Lada-

habaneros belum masak berwarna hijau dalam warna tetapi apabila matang ia ternyata oren, merah dan kadang-kadang putih, coklat dan merah jambu warna. Ia adalah 2-6 cm panjang. Ia kadar 100,000-350,000 di Scoville skala.

Bonnet-Scotch juga dikenali sebagai Bonet Scotch, ia tergolong dalam keluarga yang sama seperti Habaneros. Ini buah pedas boleh dilihat dengan banyaknya di Caribbean, Maldives dan Guyana. Segar memberantas masak bonnets berubah dari hijau kepada warna dari jingga labu untuk kirmizi merah.

Itulah terutamanya ia, ingat bahawa ini adalah hanya beberapa jenis Lada kita hari ini. Persamaan spesies ini berbeza dengan kompaun yang dipanggil Capsasicin. Hari ini, Capsaicin telah didapati membawa banyak faedah kesihatan kepada tubuh badan manusia. Satu penemuan kompaun ini adalah keupayaannya untuk membantu membakar lemak.

Source: http://my.hicow.com/rocotillo-lada/kapsikum/scoville-skala-2095852.html

 

WANITA CIPTA REKOD DUNIA MAKAN 51 CILI PALING PEDAS DI DUNIA!

 

 

Seorang wanita India melumurkan matanya dengan sebiji cili hantu yang paling pedas di dunia sebelum memakan 51 cili dalam tempoh dua minit sekali gus mencipta rekod baru dunia, kata penganjur Guinness World Records.


Wanita itu, Anandita Dutta Tamuly melakukan aksi tersebut kelmarin sambil menerima sorakan hangat chef selebriti, Gordon Ramsay yang berada di Jorhat, Assam, timur laut India bagi menyertai satu program televisyen mengenai sajian dunia.

Cili hantu sebesar ibu jari itu diterima Guinness World Records sebagai yang paling pedas di dunia pada tahun 2007.

Ia dimakan oleh penduduk timur laut India untuk menyembuhkan sakit perut dan sebagai cara untuk menahan diri daripada kesan buruk akibat cuaca panas.

Cili hantu jauh lebih pedas daripada sos Tabasco dan lada Jalapeno.