Pages

Thursday, January 26, 2012

Menipu Secara SMS?

Assalammualaikum! Masihkah anda ingat pada peraduan ‘gores dan menang’ yang pernah digunakan sesetengah pihak untuk menipu orang ramai bagi membeli produk tidak perlu? Kini, taktik sama timbul semula, tetapi kali ini melalui khidmat pesanan ringkas 'SMS'. Tak tahulah, bagi akak pengguna Celcom prepaid, sering diganggu dengan 'SMS' promo yang tidak perlu dan boleh memerangkap. Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, banyak sekali promo 'call me tone' yang ditawarkan. Secara tiba2 akak menerima panggilan dari celkom menyuruh akak menekan 1 untuk 'yes' atau 2 untuk 'no' kepada lagu 'call me tone' yang baru diiklankan. Secara maimai, akak tertekan 1, maka datanglah 'sms' yang mengatakan rm1.50 telah dicaj dari akaun anda. Ada seorang kawan pula bercerita tentang menerima 'SMS' cemas dari ayahnya yang berbunyi: "Tolong topup rm30 kat number ni, ayah kat balai polis. Ada masalah." Dengan segra anak itu, telah mengirimkan topup kepada number yang disangkanya number tumpangan ayahnya. rupa2nya, ayahnya tak apa2 dan tidak ada masalah polis atau pun topup. Anaknya ditipu! Dan ironisnya, suatu hari, akak terdengar perbualan beberapa orang remaja yang sedang mengajar gengnya skrip meminta topup persis skrip ayah kepada anak. Dahsyatkan? Begitulah antara beberapa kisah 'SMS' yang mungkin anda/akak terima. Mungkin harganya tidak mahal, tapi, jika dilonggokkan, mahu jadi jutawan SI PENIPU tu! Terbaru, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Krishnan menerima SMS yang menyatakan “tahniah, anda menang hadiah percuma. Dapatkannya dengan menghantar SMS kepada nombor.....”. Tidak sabar mengetahui apa hadiah terbabit, Dr Krishnan terus menjawab SMS itu dan menghantarnya kepada nombor lima digit disertakan dan beberapa saat kemudian beliau menerima mesej menyatakan beliau melanggani satu perkhidmatan. “Saya terkejut dengan mesej saya terima, selepas memberi tindak balas menyebabkan saya kehilangan kredit prabayar RM4. Jika saya terima beberapa SMS sedemikian, berapa bayaran kredit saya yang akan hilang? Saya memang tidak perlukan khidmat ditawarkan. “Apa yang buat saya naik angin, saya perlu menjawab jika saya mahu khidmat terbabit dihentikan dan sebanyak RM1 kredit saya dipotong. “Hanya dengan sekelip mata sahaja kerana tertipu dengan SMS pertama, saya hilang RM5. Semuanya kerana ingin tahu apa hadiah yang saya menang. Sekiranya 100 pengguna prabayar terkena taktik ini, pihak itu dapat RM500 hanya dalam beberapa minit sahaja dan di negara ini terdapat ratusan ribu pengguna prabayar," katanya. Aktivis sosial dan pengguna Gurmukh Singh berkata, hanya pengguna telefon prabayar sahaja yang menerima SMS sebegini. “Setiap orang yang menerima SMS sebegini akan memberi tindak balas tanpa usul-periksa. “Pengguna perlu mengabaikan SMS ini kerana ia strategi memperdayakan pengguna. Tiada sesiapa yang mahu memberi hadiah melainkan ada tujuan lain," katanya. -

No comments:

Post a Comment

Bingkisan Untukku: