Assalammualaikum!Apa kata kita lapangkan masa membaca tips dibawah prihal membeli perabot yang sesuai untuk kediaman. Oleh kerana hanya memiliki rumah rlat 3 bilik, Akak kurang meminati perabot yang dirasakan menyemak. Memadai dengan ada sebuah katil kelamin, beberapa buah almari, sebuah meja makan, sebuah meja komputer dan kabinet dapur. Entah apa rupa image yang ditonjolkan oleh perabot rumah kami, tidak pernah diambil peduli. Yang pentingnya, keselesaan diri.
PERANCANGAN teliti perlu dilakukan sebelum membeli perabot baru bagi mengelak pembaziran atau kurang sesuai dengan konsep pilihan yang anda inginkan.
Kesesuaian
Pastikan keluasan rumah sesuai dengan reka bentuk dan saiz perabot. Pilih perabot yang sesuai dengan konsep dekorasi di rumah kerana ia mampu membangkitkan imej lebih menarik. Perabot moden mungkin dianggap ringan dan ringkas, tetapi ia menggambarkan sesuatu yang berani dan elegan.
Bilangan penghuni Jika mempunyai ramai anak kecil atau warga emas, pilih perabot yang mempunyai elemen keselamatan. Ambil langkah selamat dengan membeli perabot bersifat praktikal, tahan
lasak dan sesuai untuk semua peringkat umur. Jika masih bujang atau tinggal sendirian, pilih perabot yang ringkas dan tidak terlalu besar bagi mengelak ia menggunakan banyak ruang. Jika berkeluarga, daptkan pandangan semua pihak.
Warna dan fabrik Perincian dari segi warna turut membangkitkan keseronokan dan keselesaan ketika menggunakan sesuatu ruang. Elak membeli warna kurang diminati bagi mengelak anda tertekan hingga mengambil keputusan menukar perabot baru.
Warna dan fabrik lembut belum tentu sesuai diketengahkan di ruang tempat kanak-kanak bermain.
Pastikan ruang tamu tidak tampil dengan warna terlalu berani kerana ia menjadi tumpuan. Ruang bacaan antara yang memerlukan penataan harmoni.
Fungsi Fikirkan juga fungsi setiap ruang sama ada menjadi tempat keluarga bersantai atau sebaliknya. Pilihan perabot seharusnya membabitkan sofa empuk bersama meja kopi kayu keras sesuai untuk keluarga yang gemar menikmati hidangan ringan ketika menonton. Sementara fabrik sofa itu perlu dilindungi daripada sebarang tumpahan air
kopi. Anda perlu peka dalam menyerlahkan suasana selesa.
No comments:
Post a Comment
Bingkisan Untukku: