Pages

Tuesday, July 5, 2011

Orang Kafir Membaca Al-quran.

Assalammualaikum! Tidak berapa dulu, kita digemparkan dengan kisah President Amerika, Barrack Obama membaca al-quran, malah pernah memberi penghormatan kepada al-quran dan pernah menghalang upacara pembakaran al-quran. Ini tidak menghairankan kerana Nenek dan bapa saudara Obama berugama islam. Kini kita diwartakan tentang Tony Blair membaca al-quran terjemahan pada setiap hari. Marilah kita berdoa agar mereka semua diberi hidayat dan kekuatan untuk menganuti ugama bimbingan al-quran pada suatu hari nanti.
Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi

B

No comments:

Post a Comment

Bingkisan Untukku: