Pages

Wednesday, January 26, 2011

WIFI Wajib di Semua Premis Restoran.

Assalammualaikum! Pada tahun lalu, beribu-ribu pelajar Malaysia menerima netbook percuma. Pada tahun lalu juga, beribu-ribu pelajar IPTA menerima konsesi yuran mendaftar jalur lebar. Pada tahun lalu juga, beribu-ribu rakyat Malaysia mendapat netbook percuma apabila mendaftar jalur lebar. Bertuahnya menjadi rakyat Malaysia! Sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara bertamadun tinggi dan berwawasan. Malaysia mahukan semua rakyatnya celik ICT! Betulkah? Mulai tahun depan semua premis perniagaan WAJIB (tak sedia HARAM HUKUMNYA) ada Kemudahan Internet Tanpa Wayar WIFI. Kedai yang tak ada WIFI, Lesen Perniagaan Mereka TIDAK akan diperbaharui. Jadi macam Tunisia lah nampaknya Malaysia ni. SIAPA YANG UNTUNG BILA SEMUA KEDAI ADA WIFI? Pengguna atau Pemegang LESEN WIFI? WIFI lebih WAJIB dari status HALAL untuk RESTORAN, KAFE dan HOTEL!!! Jangan Gerai Nasi Lemak dan Warung Burger pun wajib ada WIFI cukuplah, tapi tak mustahil. ****************** Wajib sedia jalur lebar Utusan Malaysia 28 Jan 2011 KUALA LUMPUR 27 Jan. - Setiap projek pembangunan perumahan baru di ibu negara kini disyaratkan menyediakan kemudahan jalur lebar berkuat kuasa hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, peraturan itu akan membolehkan lebih ramai isi rumah mendapat kemudahan capaian internet yang lebih baik. Ahmad Fuad berkata, PREMIS PERNIAGAAN PULA AKAN DISYARATKAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INTERNET TANPA WAYAR UNTUK PENGUNJUNG PADA TAHUN DEPAN. "SEKIRANYA PREMIS-PREMIS INI BERDEGIL, KITA TIDAK AKAN MEMBERI LESEN ATAU LESEN PERNIAGAAN MEREKA TIDAK AKAN DIPERBAHARUI, ARAHAN INI AKAN BERKUAT KUASA PADA TAHUN DEPAN," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_06.htm

No comments:

Post a Comment

Bingkisan Untukku: