Mesin Pembersih Lembu?
Thursday, July 22, 2010
Mesin cuci badan lembu
GAMBAR menunjukkan seekor lembu dicuci dengan mesin berus di sebuah ladang di Sweden.
STOCKHOLM - Sebuah syarikat di Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Mesin itu boleh meningkatkan penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.
Pengeluar mesin itu, DeLaval menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.
Sebanyak 30,000 unit mesin itu telah dijual di Sweden dan kini mula meneroka pasaran United Kingdom.
"Berus yang berputar ini merupakan alat membersih diri yang membuatkan lembu-lembu lebih gembira, sihat dan produktif," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan. - Agensi
Selamat datang ke laman bacaanku. Laman ini adalah koleksi berita ringan yang mengkagumkan. Di sini, ayat-ayat cinta berpuisi sendiri. Di sini, ada diary terbuka, mempamirkan adegan dan peristiwa. Di sini, aku setia menunggu, bersama salam segunung rindu. Ziarahilah aku selalu. dan dapatkanlah madah pujangga dan tips cinta yang sering diperbaharui setiapkali anda ke mari. Nota: Penulis dan Idola di laman ini adalah OKU penglihatan seperti aku.
Pages
▼
No comments:
Post a Comment
Bingkisan Untukku: