Pages

Friday, February 5, 2010

Mengenali Peribadi Berdasarkan Huruf Nama Pertama.

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai
sedikit panduan.

       A         Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
                 menyesuaikan diri dalam pergaulan selain
                 bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat
                 mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan
                 kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
                 marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

       B         Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang
                 rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
                 penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
                 penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
                 dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
                 tersinggung.

       C         Ramah dan pandai berbicara. Ini yang
                 menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
                 Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan
                 selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah
                 remeh.

       D         Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan,
                berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya
                 itulah yang menghasilkan kejayaan dalam
                 mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu
                 bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

       E         Pandai dan penuh pertimbangan dalam
                 menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang
                 bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri
                 apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
                 hati orang lain terluka.

       F         Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah
                 dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.
                 Tidak setia dan amat berhati-hati bila
                 berbelanja.

       G         Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya
                 mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
                 rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
                 bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

       H         Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak
                 pernah melukai perasaan orang lain. Selalu
                 tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
                 berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

       I         Suka memendam perasaan dan permasalahan.
                 Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu
                 terhadap orang lain. Suka menangis..

       J         Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
                 menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
                 merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak
                 tegas.

       K         Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria
                 walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka
                 bercerita rahsia sendiri.

       L         Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai
                 kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri
                 urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
                 berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

       M         Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika
                 dikongkong, mereka akan berontak. Senang
                 dijadikan sahabat, kerana mereka tidak
                 berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

       N         Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka
                 suka menghulurkan tangan menolong orang lain
                 tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
                 bersedih hati dan kurang percaya diri.

       O         Serba boleh. Suka memendam perasaan dan
                 permasalahan serta sukar mempercayai orang
                 lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong
                 dan suka memilih teman.

       P         Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya
                 banyak idea dan sangat kretif. Sering
                 melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang
                 lain. Agak pendendam dan boros.

       Q         Setia dan mudah memaafkan orang lain.. Suka
                 meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras
                 kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

       R         Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun
                 dengan kerja yang disukai dan
                 bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita..
                 Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara
                 ketika marah.

       S         Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
                 Tidak suka pada orang yang suka memungkiri
                 janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain
                 sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya
                 meledak-ledak.

       T         Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu
                 menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun
                 atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
                 selain senang gugup, terutama bila bersalah.

       U         Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif
                 baginya merugikan orang lain. Tidak tahan
                 dengan kritikan dan kurang pandai menyusun
                 kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

       V         Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai
                 meyesuiakan diri.. Selain itu, mereka juga
                 pandai menguasai orang disekitarnya dengan
                 cerita-cerita yang memikat. Tidak suka
                 berterus terang.

       W         Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat
                 menawan. Punya toleransi yang tinggi dan
                 ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur,
                 tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
                 kesabaran dan kelembutan.

 

       X         Budi pekertinya halus. Suka melakukan
                 pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak
                 akan berbaik dengan mereka yang
                 menyinggungnya.

       Y         Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai
                 menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
                 mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
                 mengemukakan pendapat.
  

 

 

   Z         Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam
                 pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar
                 menonjolkan diri

--

No comments:

Post a Comment

Bingkisan Untukku: